Monday, February 13, 2006

Standing Ovation

MENAKJUBKAN

Mak Lijah beri 4.5 bintang (dari 5 bintang) kepada persembahan mereka. Mak Lijah macam tak percaya teater Malaysia mampu mempersembahkan sedemikian hebat. Gabungan dan koordinasi yang mantap telah menzahirkan suatu ilham yang sebegitu indah dan mereka sememangnya layak mendapat standing ovation.

Terima kasih Puteri Gunung Ledang The Musical kerana telah mengubah persepsi dan pendirian Mak Lijah tentang teater Malaysia.

AC Mizal
Kehadiran dia dalam mana-mana drama atau show memang Mak Lijah noted. Suara dia sedap dan dia memang pandai berlakon. Tapi Mak Lijah memang kagum dengan persembahan dia dalam PGLTM selaku Gusti Adipati. Suaranya yang lunak itu dizahirkan dengan sebegitu baik dan dipergunakan sepenuhnya.

Stephen aka Hang Tuah
Aduh...machonya suara dia dan dia sendiri pun kelihatan macho jua. Kalaulah album dia femes kat Mesia, dah pasti Mak Lijah masukkan dalam senarai penyanyi lelaki favrit Mak Lijah selepas Jamal Abdillah, Mawi dan M. Nasir. Sayangnya, orang yang Mak Lijah tunggu-tunggukan persembahannya (dialah pendorong kuat Mak Lijah ke IB) dalam PGLTM ini mengecewakan Mak Lijah. Dia memang amat berbakat, tapi pertuturan (ada sekali tersasul menyebut Majapahit sebagai Mejapehit) dia sebagai Hang Tuah tidak diiringi oleh intonasi perasaan yang yang sewajarnya. Ekspresi wajah juga kurang terserlah untuk menggambarkan perasaan ketika tergoda, sedih, dan kepenatan. Mak Lijah hanya suka semasa dia menyanyi jer, tapi ketika nak bertutur saja, Mak Lijah rasa cukup seriau.

Sultan Mahmud
Segala pendapat negatif Mak Lijah terhadap dia (Adlin Aman Ramli) semasa dan selepas AF telah Mak Lijah lupuskan sama-sekali selepas menonton dia di PGLTM. Pandainya dia menari. Sungguh Mak Lijah terkezut. Tapi Mak Lijah lebih kagum dengan bakat beliau mengarah dan 'menjadikan' PGLTM bersama-sama Zahim Al Bakri. Bukan mudah menyusun, menggubah, menyatukan segalanya especially untuk sebuah teater muzikal seperti ini. Beliau juga membawa watak Sultan Mahmud dengan cemerlang sekali.

Vocal performance
Komen Mak Lijah mengenai ini hanyalah ditujukan kepada AC Mizal, Stephen dan Adlin sahaja kerana kesemuanya mempunyai vokal yang sangat baik. Vokal Tiara dan lain-lain... malas nak ulas...

...bersambung selepas ini.

Tontonlah...

 
 Posted by Picasa

Berbaloi...

 
 Posted by Picasa

Sunday, February 12, 2006

Before I forget

Semalam Mak Lijah pergi menonton PGL the Musical, something I have been waiting to watch anxiously. Before I forget (sebab tak sempat nak komen sekarang), I need to put down these following points:

1. AC Mizal
2. Stephen aka Hang Tuah
3. Sultan Mahmud
4. Vocal performance
5. Props
6. Musical arrangements
7. Pocahontas
8. Dancers / supporting roles
9. Promo
10. Istana Budaya

Tunggu komentar Mak Lijah sekejap lagi sebab hari ni Mak Lijah sibuk menggubah hantaran untuk kawan yang nak kawen 18 Februari ni.