Wednesday, November 15, 2006

Do You Have The Heart To Hurt This Child?

Sungguh menyakitkan hati dan sedih membaca about the trial of a stepmother who murdered a boy, Syakir, in Ampang Jaya. When I first read kisah ni semalam, Mak Lijah terus telefon Danish to tell him that I love him - an instantaneous act of a mother.

To add to this was the story about the Pakistan man who poured the gasoline on to his stepchild. What kind of human is that?

How could anyone have the heart to hurt a small child? Ni sampai bunuh anak kecil yang tak berdosa dan tak berdaya melawan tu. Perangai apa namanya tu? Binatang pun tak bunuh anak. Sakit sungguh hati ni.

Ramai isteri-isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak, dan manusia macam ini tergamak membunuh anak kecil itu. Apa lagi yang dapat dikatakan mengenai manusia berhati syaitan seperti itu?

Tuesday, November 14, 2006

Manusia Berhati Syaitan

MANUSIA APA NAMANYA NI? PATUT DICURAHKAN PETROL JUGA KAT LELAKI TAK GUNA NI DAN DIBUAT UNGGUN SAJA.


‘Anak menggelupur dijilat api’

KOTA BHARU 13 Nov. – Seorang isteri tidak menyangka lelaki warga Pakistan yang menjadi suaminya tiga bulan lalu sanggup membakar ibu mertua dan anak tirinya dengan petrol di rumah mereka di Kampung Bukit Payung, Pasir Akar, Jerteh, pagi semalam, hanya kerana perselisihan kecil.
Che Rohani Deraman, 28, berkata, dia cuba membantu tetapi terlambat kerana ketika itu mangsa, Siti Hajar Abdullah, 64, bersama cucunya, Nurul Isyirah Mohd. Halmi, 3, dan jiran, Banu Dagang, 67, sudah menggelupur kesakitan setelah api menyambar pakaian mereka.
Berikutan itu, Nurul Isyirah yang melecur hampir seluruh badan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil manakala Siti Hajar yang terbakar hampir 30 peratus dirawat di Wad 4 HUSM.
Jiran mereka, Banu yang hanya melecur di bahagian belakang badan dan kaki, diberi rawatan sebagai pesakit luar.
Che Rohani yang ditemui di HUSM hari ini berkata, perkahwinan kali kedua tiga bulan lalu yang dianggap boleh membawa lebih kebahagiaan bagi keluarganya, akhirnya menimbulkan musibah dan dia serik untuk meneruskan perkahwinan tersebut.
Sebelum kejadian, Che Rohani, ibu kepada seorang anak itu menceritakan dia berselisih faham dengan suaminya kerana melengah-lengahkan urusan untuk memperbaharui pasport dan dia (Che Rohani) keberatan untuk menemaninya ke Pejabat Imigresen.
‘‘Ekoran itu, dia merungut lalu bergegas keluar dari rumah sebelum balik semula dengan membawa bersama petrol yang diisi dalam kampit plastik.
‘‘Ketika itu, ibu saya (Siti Hajar) bersama jiran yang ternampak suami saya, menegurnya kerana membawa petrol ke dalam rumah lalu terjadi pertengkaran,” ujarnya.
Dalam pertengkaran kira-kira pukul 9 pagi, anaknya yang ketika itu berada di dapur berlari keluar untuk melihat nenek dan bapa tiri bergaduh, sebelum suspek yang menjalankan perniagaan permaidani dari rumah ke rumah mencurah bahan api lalu menyalakannya.
‘‘Sebaik saja Nurul Isyirah berada bersama neneknya, tiba-tiba api terus menyambar dan membakar ketiga-tiga mereka.