Wednesday, February 21, 2007

Saja suka-suka! -AN UPDATE

5 things I would do if I were a millionaire:
1. Pergi Mekah menunaikan haji tiap-tiap tahun, bawa seluruh anggota keluarga termasuk ibu mertua dan ipar duai, dan bagi duit poket 2,000 pound sterling sorang.
2. Melancong tempat-tempat pilihan.
3. Beli rumah sederhana besar, 7 bilik tidor, ada swimming pool dan kawasan rumah yang luas. senang nak wat kenduri, tak yah kacau jalanraya nak wat khemah.
4. Derma - RM5,000 tiap-tiap bulan kepada : (i) rumah anak-anak yatim; (ii) rumah orang-orang tua; derma kepada mana-mana organisation yang wat research tentang penyakit2 kronik yang masih tak ada obatnya
5. Buka beberapa bisnes besar-besaran, bagi adik-beradik uruskan dan Mak Lijah dapat elaun taukeh jer tiap-tiap bulan.


5 bad habits:
1. Persistent
2. Tak suka senyum tak tentu pasal dan (macam CD) org yg tak kenal, kalau first time jumpa, mesti cakap Mak Lijah sombong.
3. Susah nak mesra dengan orang yang baru Mak Lijah kenal.
4. Moody (not a morning person).
5. Kadang-kadang strict yang melampau (especially on work).


5 things I hate doing:
1. Whatever that is related to pakaian (membasuh, menyidai, memungut, melipat, menggosok dsb), kecuali memakai sahaja.
2. Disuruh buat sesuatu masa baru nak start makan.
3. Menunggu kerja orang lain siap supaya kerja kita siap.
4. Turning down permintaan orang yang datang jumpa kita untuk minta tolong (tak sampai hati nak bagitau "tak boleh")
5. Waiting...waiting...waiting....


5 things I'll never do:
1. curang
2. berhutang dengan along
3. bunuh diri (macam CD)
4. potong que (kat tol, cashier shopping complex, ATM, toilet) (macam CD)
5. makan benda haram


5 things I regret doing:
1. tak serius study masa nak SPM, STPM and USM dulu.
2. kecewakan mak dan ayah suatu ketika dulu
3. didn't enjoy habis-habisan masa teenager dulu (mak n ayah = very strict)
4. not accepting offer to go oversea untuk study dulu
5. tak jaga gigi yang sangat sensitip ni betul-betul


5 fave toys or things:
1. HP
2. Notebook Dell ni.
3. My black car - hadiah dari Pak Lijah
4. Remote control Astro
5. earings


Nak tambah - 5 most hated things:
1. Having to repeat over and over again over the same thing
2. Having to listen the same thing over and over again
3. Orang potong que - MEMANG SANGAT PANTANG
4. Road bullies
5. Beli something yang mahal, tapi tak nak guna or benda tu mendatangkan masalah pulak.

Thursday, February 15, 2007

HAPPY BIRTHDAY ABANG!

Hari ni umur Abang dah 14 tahun. Dah besar panjang anak teruna Mak Lijah ni. Mak Lijah hadiahkan dia sebuah basikal yang looks really cool. Regenya tak lah cool... Hot juga purse Mak Lijah. Tak taulah dia suka ke tidak. I know he wanted a new handphone, tapi Mak Lijah tak nak hadiahkan hp sebab bukannya dia nak guna untuk telefon Mak Lijah ke sesiapa, more of as a toy. Nak download lagulah, nak main gamelah, hantar mms lah.. dan macam-macam lagi yang bukan fungsi hp yang sebenar. So Mak Lijah hadiahkan basikal yang boleh dia gunakan untuk pergi rumah kawan-kawan dia atau untuk main bola dan ke mana-mana saja yang dia suka kecuali pergi melepak tak tentu pasal... and I know that basikal is his second dalam wish list dia.

Mak Lijah pon dah tak nak beli accessory sukan kat dia. Beli sekejap punah segala. Guna bagai nak rak. Bukannya murah. Sarung tangan bola regenya RM99 satu. Beli 2 bulan sekali. Dah ler sekarang ni tengah gila sukan. Hari-hari balik lambat sebab ada game rugby. Tahun ni sekolah dia dapat tempat ke tiga. Bangganya bukan kemain lagi. Tak apalah, dua-tiga minggu ni asyik balik lambat saja, asalkan dia puas hati dapat wakil sekolah. Lepas ni sibuk dengan water polo pulak. Adehhh...

Apa-apapun Abang... Selamat ulangtahun. Semoga Abang cemerlang dalam segala aktiviti sukan dan pelajaran, ya?

Friday, February 02, 2007

The View 1

Yes, this is me, Mak Lijah, berdiri dalam kesejukan salji dan keindahan Davos.
Alahai... bagai bermimpi rasanya. Perak, kan?

The View 2

Mak Lijah - On the balcony of the hotel we were staying, Parsenn, in little Davos.


The View 3


This is another one small portion of little Davos. View from Sheraton.