Thursday, January 19, 2006

This is not the way

Kakak dan Danisy tak berapa sihat 3-4 hari sudah. As usual, Kakak yang akan demam and selsema dulu, lepas tu baru berjangkit ke Danisy. However, Kakak recovered quite quickly juga this time, unlike dulu. Tapi batuk Danisy pula berpanjangan .

On Tuesday night, masa bersiap-siap untuk tidur, I noticed that Danisy was panting with a few coughs. Being a super active boy, I kind of didn't pay too much attention to that and told him to stop jumping and sit next to me. Obediently he followed my instructions, and sat on the bed like a good boy. And again I heard him panting, with a wheezing sound. Oh..oh..Time to do something.

Tengok jam, dah pukul 10.10 malam. Bila dicongak-congak, kalau pergi ke Hospital Selayang (Danisy ada rekod di situ), that would take me at least one hour baru boleh mengadap doktor betul-betul (sebelum tu kena jumpa Pembantu Perubatan dulu). By then, Danisy would have slept on my lap and would be too heavy for me to carry him from one room to another. So, Mak Lijah pun mengambil keputusan untuk pergi ke klinik sajalah. Call dulu klinik 24 jam tu to find out if they have a nebulizer. Nasib baik ada. And Danisy, as usual, was all excited about going to see a doctor.

"What took you so long? You can see very well that it is difficult for him to breath. Sorrylah, this is not the way to treat a child."

Dusyummm......

Adus... bagai buah durian terjatuh atas kepala Mak Lijah. Hello...???? If I had known much earlier, I would have gone to Hospital Selayang and not come to see you!

Apa-apapun, Mak Lijah rasa bersalah juga kerana tidak monitor Danisy's cough, knowing he is an active boy who jumps about like a kanggaroo and very seldom complains about pain (imitate Kakak dia, ada lah.). Cuma Mak Lijah rasa tersinggung dan terkezut bila doktor tu cakap macam tu kat Mak Lijah as if Mak Lijah ni tak reti nak jaga anak. Dah ler Pak Lijah tak der. Kena pergi klinik sorang-sorang dengan Danisy saja.

Monday, January 09, 2006

Pengorbanan

Pagi tadi Mak Lijah dengar perbincangan mengenai pengorbanan kat radio Era sempena Hari Raya Korban esok. Banyak versi pengorbanan yang diceritakan oleh pendengar-pendengar.

Mak Lijah rasa, pengorbanan yang paling besar yang Mak Lijah buat ialah mengenai kerjaya Mak Lijah. Kerjaya Mak Lijah sekarang ini, bukanlah pilihan Mak Lijah sepenuhnya. Ia adalah pilihan Mak dan Ayah. Mak Lijah hanya menurut kehendak mereka selaku seorang anak yang taat walaupun pada ketika itu Mak Lijah telahpun mempunyai kerja yang stabil di sebuah organisasi ternama, sesuai dengan jiwa Mak Lijah dan bergaji lumayan. Mungkin ada hikmah atas semua ini dan Mak Lijah yakin rezeki ada di mana-mana. Dengan itu Mak Lijah hanya pasrah dengan ketentuan ini.

Kerapkali jua Ayah Mak Lijah bertanya samada dah terasa kelebihan berkerjaya seperti sekarang. Walaupun jauh di sudut hati Mak Lijah rasa belum lagi tercapai sesuatu yang betul-betul memuaskan hati, Mak Lijah hanya mengaku sahaja demi menjaga hatinya.

Kedua, Mak Lijah rasa pengorbanan yang paling besar ialah akur dengan kehendak Mak dan Ayah supaya Mak Lijah tidak belajar di luar negara tetapi melanjutkan pelajaran di tingkatan enam di Penang Free School dan seterusnya di Universiti Sains Malaysia. Eloklah juga, if not, tak pulak ketemu dengan Pak Lijah. Mak Lijah cuma ralat sebab sehingga ke usia ini, Mak Lijah masih belum berkesempatan untuk menyentuh salji, manakala Abang dan Teh berkesempatan untuk ke luar negara untuk belajar berbanding Mak Lijah.

Kiranya, pengorbanan Mak Lijah banyak dipengaruhi oleh Mak dan Ayah. Tak apalah. Asalkan mereka bahagia. Mak Lijah pon, taklah menderita sangat. Pun begitu, Mak Lijah masih tercari-cari sesuatu dalam hidup Mak Lijah yang boleh mengimbangi pengorbanan itu. Dan ianya masih belum diketemui lagi.

Ada juga beberapa lagi pengorbanan yang Mak Lijah ingin simpan dan kunci rapat-rapat dalam lipatan hidup Mak Lijah. Biarlah ia menjadi tugu dalam ingatan Mak Lijah semata.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA semua...

Hensem tak?

"Mama, tadi Danisy nampak ghost kat belakang."
"Iye? Kat belakang mana?"
"Kat belakang rumah."
"Dia buat apa kat situ?"
"Tak tahu, dia berdiri je. Mata dia kaler pink"
"Kaler pink? Rambut dia pendek ke panjang?"
"Pendek."
"Bila Danisy nampak ghost tu?"
"Siang tadi masa Danisy nak pergi padang."
"Dia cakap apa kat Danisy?"
"Dia cakap, Danisy... Danisy hensem tak?"
"Habis tu Danisy cakap apa?"
"Hensemlah..."

Tuesday, January 03, 2006

Dah 2006

Selamat tahun baru semua.

Mak Lijah berazam nak mengamalkan kehidupan yang sihat tahun ini. Kononnya nak makan healthy food jer. Nak exercise regularly. Nak manage stress and emotion properly.

Tengoklah. Nak tercapai ke idak. Matlamatnya supaya Mak Lijah tak perlu tukar wardrobe baru, tak bela banyak jerawat akibat stress, tak marah-marah kat Kakak dan yang penting, cuba untuk stay young (chewah!) dan semoga tak mati cepat, insya- Allah. Sempatlah menghuni bungalo milik sendiri. Sempatlah sentuh salji. Sempatlah tengok anak-anak dewasa. Sempatlah pergi konvokesyen mereka. Sempatlah jadi wedding planner untuk anak-anak sendiri. Sempatlah menimang cucu.

Sempat ke?