Thursday, August 28, 2008

Diari 10 Hari - Chapter 2

Burrpp... Alhamdulillahh... Sedapnya makan kat Sri Pumpong. Lauk semua habis licin di"selesai"kan oleh anak-anak Mak Lijah. Lagipun diorang memang tengah lapar. Tapi... nak dapat menikmati hidangan tu bukannya mudah.. Mula-mula tak ada meja kosong sebab ramai sangat orang, lepas tu, queuenya bukan main panjang lagi.. Tak sempat nak betol-betol tengok semua hidangan. Apa-apapun, janji dapat ikan keli dan sayur cendawan. Yummy...

Dah selesai makan dan semua bagai ular sawa tersadai, kami sambung balik perjalanan dan Danisy pun rewind balik soklan dia:

Sekarang pukul berapa?

Nak sampai pukul berapa?

Lagi berapa kilometer?


Akhirnya, selepas membeli pisang goreng RM5 (dapat satu beg plastik penuh), 2 kilo buah dokong dan 10 tongkol jagung di simpang Gunung Keriang, kami pun sampai di Kampung Santan pada kira-kira pukul 3.30 petang dalam gerimis. By then, Teh and family dah pun sampai (they flew in the day before). Danisy sangat excited tengok "rumah baru" Mak Tok sambil terlompat-lompat dan berlari-lari exploring the renovated part of the house. Mak Lijah pun excited juga sebab I got the color I wanted for our new, large bedroom (walaupun Pak Lijah kata warnanya suram. Hey, it's lilac, you know.. warna romantik!) and we had a much bigger family area. Problem is.. filling them up!

Abang Jam and Abang Adik arrived later with their family dan rumahpun jadi riuh-rendah.

And so everybody got themselves busy catching up with each other. Macam tak jumpa lima tahun. Bila dikira-kira, ada 20 manusia dalam rumah kecil itu. Yang absent hanyalah Feera, my anak sedara yang ada kelas on Monday, so tak dapat nak join us in Santan. Malam tu dinner macam kenduri, padahal bukanlah ramai sangat pun. Obviously we now need a much bigger dining table.

Yang peningnya, although we have more rooms now, budak-budak tu (all six of them) still insisted that they want to sleep depan tv kat family area tu beramai-ramai. Adoilaa.. bukannya apa, Mak Lijah juga lah yang kena angkat tilam nanti....

Finally the house was quiet at about midnite... Fuuuhh... lega...

Monday, August 25, 2008

Diari 10 Hari

Wah...wah...wah... Cuti sakan Mak Lijah kali ni. Padan muka depa. Ingat Mak Lijah ni robot ka? He..he...he... Dah balik dari cuti ni, rasa berat betol kaki ni nak menekan minyak dan brek dalam traffic jam pepagi buta tadi. Itupun mujur masih ingat lagi cara-cara nak start enjen dan memandu.

Mak Lijah applied and diapproved cuti selama lima hari minggu lepas. Pecah rekod tahun ni. Nak Raya nanti, tak taulah pulak, kan? Pagi-pagi Sabtu tu, kami started off dari Selayang pada kira-kira pukul 9.00 am to the over-excitement of the children. Dah lebih sebulan Danisy dok sebut pasal nak balik rumah Mak Tok dia sebab dia excited nak tengok "rumah baru" Mak Tok (read : renovated).

Sampai saja kat tol Rawang, Danisy pun tanya :

"Sekarang pukul berapa?"

Jawab : Sembilan setengah

"Pukul berapa nak sampai?"

(Errk...)

Dan Danisy pun akhirnya tertidur sebab bosan sangat duduk sorang-sorang kat seat belakang sekali. Tak ada siapa untuk bergaduh sebab Kakak dan Abang sat in the middle row.

Kami tak singgah mana-mana R&R (yang ternyata sesak) untuk makan but we only stopped untuk meluruskan urat sebentar dan menyahut panggilan nature.

Tol di Jelapang dah ada new structure. Dah lebih besar, tapi jalan masih lagi dua lorong while they were still working on the third and fourth lane. Hopefully by end of Ramadhan, all three or four lanes would be ready. Pray hard.

By the time we reached Bukit Merah, biola rosak pun mulalah berbunyi. Dan Pak Lijah pun buat announcement that we were going to lunch at Pumpong. Yeay....!!! My favourite eating place...! Macam tau-tau je Mak Lijah teringin nak makan kat situ.

Haa... Tau tak kat mana restoran Pumpong yang menghidangkan menu yang lazat tu?

Menu :

Kari kepala ikan
Ikan keli panggang
Ayam masak lemak
Sayur cendawan
Sambal tumis udang
Ulam dan sambal

(Kalau ikutkan hati, nak juga sup tulang, sotong, telur ikan dll)

Tu dia...

(Note : Ini baru diari hari pertama cuti)


Friday, August 08, 2008

WFV3184

To the driver of this vehicle:



YOU should die alone. Do not kill other people at the cost of your dangerous driving. YOU do not deserve to live to take other people's life.

Tuesday, August 05, 2008

Monday, August 04, 2008

Dia datang lagi

Dia akan datang juga, setiap tahun. Tak perlulah Mak Lijah bersusah-payah. Tak perlulah Mak Lijah berfikir panjang. Tak perlulah Mak Lijah risau. Kerana dia tetap akan datang juga.

Sorrylah.. tapi Mak Lijah memang crazy over this crazy, smelly, thorny fruit. Cuma kena berhati-hati sikit pasal intake sejak akhir-akhir ni. Maklumlah, level of tolerance dah semakin merosot.

Mak Lijah teringat suatu kisah yang berlaku kira-kira dua tahun lalu. Masa tu Malaysia menjadi tuan rumah kepada suatu mesyuarat antarabangsa. Semasa majlis perasmian, VVIP telah mempelawa para tetamu untuk menikmati the thorny fruit memandangkan ianya in season pada ketika itu. Mak Lijah mendengar saja ucapan tersebut sambil tersenyum sinis dan berkata to myself, "yeah... right.."

And so majlis perasmian pun tamat dan mesyuarat pun bermula. Sedang Mak Lijah sibuk ke hulu ke hilir mengendalikan segala bagai, tiba-tiba Mak Lijah mendapat sms ni:

Please get the best durian in town..bla...bla...bla...

WHAT...? You've got to be kidding me... !!
Oh my...oh my...

And so off I went to this Authority in Selayang with Zukri and lots of money to buy the best durian. Ha...ha...ha... Padan muka Mak Lijah. Jadi kerja pulak membeli dua bakul besar durian. Kami diberitahu, that the two "species" they are giving us are D24 and 101. We were given the privilege to taste the fruit and they were just gorgeous...!!! Superb giler.. Sayangnya 101 agak susah untuk diperolehi di sini kerana ianya untuk dieksport sahaja.

So that was one fruity story that remained fresh in my memory every time dia datang lagi.