Wednesday, June 20, 2007

Selamat Hari Ayah, Ayah!


I know it's a bit too late to talk about this, tapi baru hari ni Mak Lijah jumpa gambar Ayah dengan Mak ni. Tahun ni Mak Lijah tak sempat nak hantar kad to Ayah. Tapi we still called him malam tu. Happy Ayah's Day, Ayah!
Back to this picture. Gambar ni diambil masa both of them came to KL just after I arrived back home from Davos. We took them to Bukit Cerakah to fulfill Ayah's wish of visiting the Taman Iklim kat Bukit Cerakah tu. Kebetulan pula masa pergi tu, memang "musim sejuk" dan tengah "snowing". Dah lama Ayah mengidam nak pergi Bukit Cerakah ni. Seingat-ingat Mak Lijah, Ayah pernah sebut teringin nak pergi situ masa Abang was only five years old. So must have been like some nine years ago. Maknanya it took us that many years to finally bring him there. Padahal bukannya jauh sangatpun.
Ayah was happy, walaupun menggigil sebab suhu bawah 0 darjah dan tak bawa apa-apa jeket. Mak was happy. Kakak and Adik, toksah ceritalah.
Apa-apapun, Ayah, again, Happy Ayah's Day!


Thursday, June 14, 2007

Shanghai Beach


I was in Shanghai recently. Teringat pula lagu Shanghai Beach nyanyian Francis-something dulu. So what about Shanghai? Mana ada beachnya? Tak nampakpun? Yang nampak hanyalah skycrapersnya.
(Oh, masa nak landing tadi nampaklah juga pantainya.)

I was actually excited dapat pergi semula ke tanah besar China ni. My first trip ke negara tu was last year, ke Nanning dan Guangzhou. But that was a very short trip. Kali ni lebih lama, about 10 days.

According to Wikipedia, Shanghai is the largest city of the People's Republic of China and the ninth largest in the world. Shanghai mempunyai airport yang canggih walaupun jauh dari town (macam KL-KLIA lah). Imagine negara ni masa zaman pak ngah tu dulu... Dan imagine kalau dia masih hidup, dapatkah Shanghai maju seperti ini hari ini?

Terletak on the banks of Delta Sungai Yangtze di timur China, Shanghai mempunyai pemandangan yang cantik, dan inilah gambar yang Mak Lijah dapat ambil dari bilik hotel yang terletak di tingkat 28 (auuww... tingginya!).
Shanghai adalah paradise untuk bershopping... Aduh.. Koyak paket (pronounced as pah-kate) Mak Lijah macam ni... Mana taknya, barang-barangnya sangat murah berbanding dengan Malaysia dan kualitinya tidak setanding dengan harganya! Murah tapi berkualiti. .Mana nak dapat? Lagipun, barangan branded yang dijual di negara-negara maju di barat kini kebanyakannya dibuat di China. Just name it, Aigner... Calvin Klein... Osh Kosh... dan lain-lain lagi. Alahai...
Of all the places, Mak Lijah telah melepak di S*bucks di river banks pada suatu lewat petang (yang berbaloi). Dengan kedinginan angin sepoi-sepoi bahasa (mujur pakai baju lengan panjang) dan sekali-sekala terpercik titisan gerimis halus (or was it air sungai?), asyik betul menikmati kopi panas kegemaran Mak Lijah. Cantik pemandangannya apabila melihat kapal-kapal yang tipikal keChinaannya belayar menyusur sungai tu. Ohh... macam menonton wayang rasanya...
Tuntutlah ilmu walau ke negeri China sekalipun. Kenapa China menjadi analogi?
(Bersambung - kalau ada masa)



Monday, June 11, 2007

Takjub


Dah siap packing.
Ini dia beg yang dibawa.

Di dalamnya (selain pakaian kerja), ada telekung baru (beli di Jakarta the week before), setokin, gunting, buku panduan umrah dan haji - sangat penting (termasuk senarai doa-doa) dan beberapa lagi item yang berkaitan dengan menunaikan umrah.

Suspense nya...

Bersediakah aku?

Betul ke aku ni yang nak pergi ke Mekah?
Mak Lijah...?

Iye, tak mimpi.. tak mimpi...
..dan akhirnya.. takjubnya Mak Lijah, dah tak terungkap lagi...

Sunday, June 10, 2007