Remember this photo?
....................................
...................................
Suatu lewat petang, sambil memandu, membawa Kakak pulang dari mengaji.
..............
Kakak : Mama... masa Mama tingkatan satu sampai enam, Mama tak pakai tudung, ek?
..............
Mak Lijah : Erk... (sambil menelan air liur)
.
Kakak : Mama pakai tak?
.
Mak Lijah : Errmm... Kenapa Kakak tanya? (Malaikat lalu kejap. Sambil dapat mengagak what's coming after this...)
Kalau Kakak nak pakai tudung, pakailah. Mama suka. Baguslah kalau Kakak nak pakai tudung. Memang perempuan Islam kena pakai tudung. Tutup aurat.
.
Kakak : (Pause. Thinking, I guess) Nanti masa Kakak tingkatan satu, Kakak nak pakai tudunglah.
.
Mak Lijah : (Sekali lagi menelan air liur) Alhamdulillah...Kenapa nak tunggu sampai tingkatan satu baru nak pakai?
.
Kakak : Errm... Sebab sekarang Kakak malu lagi. Malu kat Aunty N.
(Aunty N takes her back from school every day and she is a Hindu)
.
Mak Lijah : Betul ke Kakak nak pakai tudung? Tapi kalau Kakak nak pakai tudung pergi sekolah, Kakak kena juga pakai tudung pergi mana-manapun, macam Kak Farah (our neighbour). Janganlah pakai tudung sebab nak pergi sekolah saja.
.
Kakak : Ye lah... Memanglah pakai tudung pergi mana-manapun. Takkan nak pergi sekolah jer... Apalah Mama ni...
.
Mak Lijah : Baguslah. Kenapa Kakak tak cakap awal-awal. Boleh Mama belikan Kakak tudung cantik banyak-banyak masa Mama pergi Jakarta hari tu.
.
Kakak : (Tersengih) Heh... Lambat lagilah, Mama... Masa tingkatan satu nanti.
.
Mak Lijah : (Harap-harap tak lupalah masa di tingkatan satu nanti). Tak apalah... Bila-bila pun nak pakai.
//
...
By then, kami dah sampai rumah. Alahai anak daraku... Agaknya dapat inspirasi selepas Mak Lijah belikan dia telekung comel bercorak butterfly di Tanah Abang haritu. Sembahyangpun dah tak payah suruh. Masuk time jer, dia dah kat sejadah.
jj
Alhamdulillah...