Wednesday, June 25, 2008


Hari ni Kakak tambah satu lagi digit kepada umurnya, that would turn her into a 10-year-old teenager. Wow.. dah jadi anak dara dah dia..
Rasa macam baru semalam Mak Lijah masuk bilik bersalin di Kedah Medical Centre untuk melahirkan dia. She was only 2.83 kg when she made her grand entrance into the world.
Dari kecil lagi Kakak dah menonjolkan kemanjaan dia. Maklumlah, girl... And now, dia diapit oleh two boys, an abang and an adik lelaki and still thinks and acts like she's the youngest. Alahai anak daraku...
Selamat Hari Jadi Kakak
Semoga menjadi anak yang solehah, rajin, menghormati orang tua, sopan-santun, bijak dan sihat senantiasa...

Wednesday, June 18, 2008

Hot Hanoi

..................

Yeay... dah balik... Seronoknya dapat balik Mesia. 12 hari di Hanoi, aduss... letih sungguh... Tak healthy langsung. Sempat pergi gym sekali jer.. Swimming pool langsung tak dan. Lepas makan, duduk balik di meja rundingan and talk, and listen, and sigh, and sleep at 2 a.m.

Balik jer Malaysia, belasah nasi lemak daun pisang duluuuu......




Masa mula-mula landing kat airport Hanoi tu dah terasa gigitan suhunya yang tinggi. Selepas mengutip beg, terkejut badak sekejap dengan panggilan-panggilan untuk menaiki teksi mereka. USD16... Hmm...
Maka cepat-cepatlah Mak Lijah melompat masuk ke dalam MPV yang terpilih sebab tak tahan rasa bahang yang mengejutkan kulit Mak Lijah ni.

As usual, Mak Lijah cuba berbual dengan pemandu teksi untuk find out about the city, the people, Ha Long Bay... bla..bla..bla.. but I ended up frustrated sebab dia tak reti cakap omputih. Hampeh..

About 15 minutes in the taxi, tiba-tiba tak rasa dah dingin air-cond tu. Rasa angin panas jer.. Eh, apa dah jadi ni? Rupa-rupanya air-cond dah tak berfungsi. Kebetulan ke apa ni? So Mak Lijahpun dengan susah payahnya minta dia turunkan cermin kereta sebab dah rasa meruap yang melampau. Malangnya samada dia tak faham atau cikgu dia pesan, cermin tingkap tidak mahu dia turunkan. Lama-kelamaan Mak Lijah dah tak tahan sebab berpeluh-peluh yang amat dan kerana melihat kegelisahan Mak Lijah yang sengaja dibuat-buat, akhirnya pemandu teksi itupun menurunkan cerminnya. Which did not make much difference sebab udara di luar ibarat wap yang keluar dari cerek yang airnya sedang mendidih.

Sampai saja di Sofitel Plaza Hotel dan apabila pintu dibuka oleh pekerja hotel, Mak Lijah melompat keluar sebab nak bergegas masuk dalam hotel dengan harapan dapat menikmati kedinginan hotel. Dalam masa menanti beg itu pun, sempat lagi suhu menggigit-gigit kulit ini.

Tak sangka Hanoi sepanas ini...

Dek kerana suhu yang panas ni, Mak Lijah decided to only go out to survey Hanoi after 6 pm, hoping that it would have cooled down by then. Tapi hampa sebab suhu tak turun-turun dan berjalanlah Mak Lijah di Hang Gai dalam kepanasan 37 darjah celcius.

Dinner di sebuah restoran Melayu tak jauh dari situ.

Baru first day dan Mak Lijah tak akan sambung cerita Hanoi sebab tiada yang terlampau menarik untuk dinotakan. Pun begitu, Mak Lijah kagumi jugalah creativity orang-orang Viet Nam meng'interesting'kan the look of helmetnya...

Selain daripada itu, keindahan landscape Hanoi hanya dapat Mak Lijah nikmati sejam setengah yang terakhir di kota Hanoi apabila sempat melihat bangunan-bangunan lamanya hasil peninggalan penjajah yang hanya mengaut keuntungan tanpa meninggalkan kesan-kesan kemajuan dan kemodenan di negara itu.



Hai..hai.. Bye..bye.. Hanoi...

Pics in Hanoi

Creative, aren't they?





Got to try it on...