After nearly 13 years of marriage, soal beraya di mana doesn't really matter anymore. Be it beraya di Perlis ke or Pahang ke, sama saja seronoknya. Cuma the first few years saja agak mencabar sebab faktor penyesuaian suasana dan makanan. Kalau di rumah Mak Lijah di Perlis, memohon ampun dan maaf dari Mak dan Ayah is the first thing to do and done 'automatically' the moment we come back from sembahyang sunat Raya. Tapi di Pahang, hmm...
The first few years of beraya di Pahang juga rasa agak sayu juga sebab ketiadaan ketupat daun palas. Imagine? Instead of sepatutnya rasa sayu sebab tak beraya first day di kampung sendiri, I was sad sebab tak dapat makan ketupat daun palas! Mak Lijah rasa janggal makan rendang dengan nasi impit. To me, partner nasi impit ialah kuah kacang sahaja. Tapi sekarang Mak Lijah dah pandai sikit, a few days sebelum beraya di Pahang, Mak Lijah dah siap order ketupat daun palas kat sesiapa yang pandai buat ketupat di area rumah Pak Lijah, normally orang utaralah. Tumpang periuk diorang tu...
Nevertheless, Raya tahun ini terasa hambar bagi Mak Lijah. It all began bila Pak Lijah announced that dia kena pergi Korea on third Raya. Memang announcement tu telah affected my Raya mood. Bukan apa, bila jadi macam tu, terganggulah rancangan untuk beraya di rumah Mak Lijah di Perlis. Maknanya, semua plan kami adik-beradik untuk berkumpul dan buat annual Raya BBQ terkubur begitu saja.
Raya ni pulak Mak Lijah demam selsema. Boring sungguh bertemankan kotak tisu. Terketar-ketar tangan ni buat kuah laksa. Nak tolong buat lemang pun Mak Lijah terpaksa surrender. Raya kedua dah balik KL. Esokya, hantar Pak Lijah ke airport. Raya ke empat, Mak Lijah drove the MPV alone ke Perlis dengan budak-budak tu and Putihah kat belakang. By then, abang and adik Mak Lijah dah bertolak untuk balik ke KL dari Perlis. Selisih atas highway lah gamaknya. Mujurlah Mak Lijah ada this brilliant idea untuk singgah di Penang dan beraya dengan abang sulung Mak Lijah. Mak Lijah juga telah berjaya memujuk mereka untuk balik Perlis bersama-sama Mak Lijah. So all ten of us got into the MPV and drove to Perlis. At least ada juga Abang Jamil and his family to share my misery.
Di Perlis, Mak Lijah hanya sempat beraya di rumah Pak Long Man di Tok Kayaman, rumah Kak Yam di Kampung Belukar dan rumah Kak Gayah di Santan itu sendiri. Hari Rabu, drove back to KL dan Thursday masuk kerja just to find loads of work and being informed that my boss complained of my taking such a long leave. Padahal dia dah di well informed two weeks before Raya about my leave and he had even agreed. Bukannya runtuhpun pejabat kalau Mak Lijah tak ada... Saja nak buat isu dengan Mak Lijah.
Gitulah Rayaku.
Saturday, November 12, 2005
Gitulah Rayaku
1 comment:
best juga berkonvoi balik ke perlis..memang sedih kalau 'the other half' tak ada, kena bertugas semasa raya..
Post a Comment