Monday, January 09, 2006

Pengorbanan

Pagi tadi Mak Lijah dengar perbincangan mengenai pengorbanan kat radio Era sempena Hari Raya Korban esok. Banyak versi pengorbanan yang diceritakan oleh pendengar-pendengar.

Mak Lijah rasa, pengorbanan yang paling besar yang Mak Lijah buat ialah mengenai kerjaya Mak Lijah. Kerjaya Mak Lijah sekarang ini, bukanlah pilihan Mak Lijah sepenuhnya. Ia adalah pilihan Mak dan Ayah. Mak Lijah hanya menurut kehendak mereka selaku seorang anak yang taat walaupun pada ketika itu Mak Lijah telahpun mempunyai kerja yang stabil di sebuah organisasi ternama, sesuai dengan jiwa Mak Lijah dan bergaji lumayan. Mungkin ada hikmah atas semua ini dan Mak Lijah yakin rezeki ada di mana-mana. Dengan itu Mak Lijah hanya pasrah dengan ketentuan ini.

Kerapkali jua Ayah Mak Lijah bertanya samada dah terasa kelebihan berkerjaya seperti sekarang. Walaupun jauh di sudut hati Mak Lijah rasa belum lagi tercapai sesuatu yang betul-betul memuaskan hati, Mak Lijah hanya mengaku sahaja demi menjaga hatinya.

Kedua, Mak Lijah rasa pengorbanan yang paling besar ialah akur dengan kehendak Mak dan Ayah supaya Mak Lijah tidak belajar di luar negara tetapi melanjutkan pelajaran di tingkatan enam di Penang Free School dan seterusnya di Universiti Sains Malaysia. Eloklah juga, if not, tak pulak ketemu dengan Pak Lijah. Mak Lijah cuma ralat sebab sehingga ke usia ini, Mak Lijah masih belum berkesempatan untuk menyentuh salji, manakala Abang dan Teh berkesempatan untuk ke luar negara untuk belajar berbanding Mak Lijah.

Kiranya, pengorbanan Mak Lijah banyak dipengaruhi oleh Mak dan Ayah. Tak apalah. Asalkan mereka bahagia. Mak Lijah pon, taklah menderita sangat. Pun begitu, Mak Lijah masih tercari-cari sesuatu dalam hidup Mak Lijah yang boleh mengimbangi pengorbanan itu. Dan ianya masih belum diketemui lagi.

Ada juga beberapa lagi pengorbanan yang Mak Lijah ingin simpan dan kunci rapat-rapat dalam lipatan hidup Mak Lijah. Biarlah ia menjadi tugu dalam ingatan Mak Lijah semata.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA semua...

4 comments:

Ayah said...

Pengorbanan yang besar kepada ibu bapa namun janganlah ia menjadi tanda tanya kepada kita di kemudian hari...

Sesuatu yang duniawi buleh dicapai dengan banyak cara lain....

Dan jangan terlalu memendam perasaan tentang pengorbanan kita, anggap ianya ikhlas dan akhirnya ianya menjadi sesuatu yang menikam kalbu...

Anonymous said...

maklijah, kita grad dr tpt yg sama la :)

dah register alumni? hahahaha

Anonymous said...

Besarpengorbanan MakLijah tu. Saya dulu tak masuk RMC kerana tidak dipersetujui mak.Memang tidak nampak kelebihan atau kekurangan kerana ianya sesuatu yang tidak kita ketahui tapi kepuasan melihat mereka senang membuatkan kita lupa semuanya.

maklijah said...

Ayah - tak pendam pon..

CD - tak register, hanya pernah attend sekali jer alumni dinner beberapa tahun lalu.

bukatutup - Ya betul... kepuasan mereka adalah kepuasan kita jua. Mereka bangga memperkenalkan kita sebagai who we are now.