Wednesday, January 31, 2007

The Snow

PLEASE ENDURE WITH ME. THIS BREATHTAKING MOMENT OF MY LIFE MAY BE OF IMMATERIAL TO SOME OF YOU. TAPI BAGI MAK LIJAH YANG BERASAL DARI KAMPUNG SANTAN, PERLIS, THAT PARTICULAR EXPERIENCE WAS ONE HELL OF A PRECIOUS PIECE OF MY BEING ALIVE

Aku Yang Perak

Akhirnya Mak Lijah dapat juga menyentuh salji. Dapat berjalan semasa salji turun dengan lebatnya. Hmm… Betul ke semua ni? Betul lah tu. Ada gambar ni pun. Masa mula-mula diberitahu Mak Lijah akan ke Davos, pertama sekali yang terkeluar dari mulut Mak Lijah ialah “At last...snow!” (by now, some of you may have guessed what I do for a living).

Touch down saja kat airport Zurich, Mak Lijah nampak putih jer kat landasan. Salji kah tu? Keluar saja dari perut kapalterbang, bernafas pun dah keluar asap. Apatah lagi bercakap. Oh..!! Perak nye aku! Salji dahpun turun the day before. Yang tinggal adalah landasan ais.

The Journey

As we were driving to Davos, Mak Lijah refused to kelipkan mata sebab tak nak miss a single second to cherish the beautiful, scenic view (of my dream) of snow covered mountains, trees, houses etc. Mak Lijah describekan kat Kakak my experience tu seperti berada dalam movie Narnia.

By the time we reached Davos, salji mula turun. Mak Lijah tadahkan tangan yang bersarung bagi merasa kehalusan salji. Aduh.. bestnya... Rasa kelakarpun ada sebab ketawakan diri sendiri yang begitu teruja dengan “kejayaan” untuk menyentuh salji akhirnya selepas bertahun-tahun memendam rasa. Banyak ler gambar dirakamkan for the memorable event in my entire life.

The next day, salji mula turun seawal pukul 5 pagi lagi. Berjalan ke tempat mesyuarat pun semasa salji sedang turun dengan lebatnya. Dan pemandangan teramat indah sekali. Betul ke aku berada di sini? Betul ke semua ini sedang berlaku ke atas diri aku?

AKIBATNYA...! Mak Lijah demam the next day.


The Preparations

I thought I did quite a preparation juga demi melindungi diri dari kedinginan salji pada suhu 10 darjah bawah paras beku (minus 10). Mak Lijah dah pakai thermal (beli kat One Utama) untuk suhu 0 darjah ke bawah, black long coat yang tebal (Calvin Klein, beli kat LA), bersarung tangan (beli kat Tie Rack, KLIA – aduh mahalnya!) dan berkasut but (beli di Hong Kong). Ramai yang telah menghulurkan nasihat, termasuk Abang Mak Lijah, apabila dapat tahu Mak Lijah akan ke Davos and that it would be my first encounter with the snow.

Tapi ternyata orang yang perak seperti Mak Lijah masih lemah untuk mengharung suhu di bawah paras beku. Maka merangkul sajalah di atas katil di bawah duvet yang tebal dalam bilik hotel di 101, Knightsbridge (by then, we had flown out to London) dan tidurlah Mak Lijah dibuai mimpi bermain salji lagi...

Alahai.. aku and The Snow.

2 comments:

Anonymous said...

AKU YANG PERAK. Nak tanya sikit Mak Lijah.
'AKU' = Mak Lijah
'Yang' = Nama lain bagi Mak Lijah kan?
'Perak' = Bukan negeri Perak kan?
.....hmmm.... btw Nice Blogg n interesting... keep it up! It's me your nephew!

Anonymous said...

Errk.. Dear nephew, cemana kita connected, ek?