Thursday, February 15, 2007

HAPPY BIRTHDAY ABANG!

Hari ni umur Abang dah 14 tahun. Dah besar panjang anak teruna Mak Lijah ni. Mak Lijah hadiahkan dia sebuah basikal yang looks really cool. Regenya tak lah cool... Hot juga purse Mak Lijah. Tak taulah dia suka ke tidak. I know he wanted a new handphone, tapi Mak Lijah tak nak hadiahkan hp sebab bukannya dia nak guna untuk telefon Mak Lijah ke sesiapa, more of as a toy. Nak download lagulah, nak main gamelah, hantar mms lah.. dan macam-macam lagi yang bukan fungsi hp yang sebenar. So Mak Lijah hadiahkan basikal yang boleh dia gunakan untuk pergi rumah kawan-kawan dia atau untuk main bola dan ke mana-mana saja yang dia suka kecuali pergi melepak tak tentu pasal... and I know that basikal is his second dalam wish list dia.

Mak Lijah pon dah tak nak beli accessory sukan kat dia. Beli sekejap punah segala. Guna bagai nak rak. Bukannya murah. Sarung tangan bola regenya RM99 satu. Beli 2 bulan sekali. Dah ler sekarang ni tengah gila sukan. Hari-hari balik lambat sebab ada game rugby. Tahun ni sekolah dia dapat tempat ke tiga. Bangganya bukan kemain lagi. Tak apalah, dua-tiga minggu ni asyik balik lambat saja, asalkan dia puas hati dapat wakil sekolah. Lepas ni sibuk dengan water polo pulak. Adehhh...

Apa-apapun Abang... Selamat ulangtahun. Semoga Abang cemerlang dalam segala aktiviti sukan dan pelajaran, ya?

2 comments:

Anonymous said...

happy besday abang

Helena said...

happy birthday abang....