Sunday, April 08, 2007

I can cook!

Ingat tak dulu ada satu show kat TV - Yam Can Cook? Or... what was it? Dah terlupa, tapi ada nama Yam, lah..Dia ajar memasak, and he made it look so easy. Memang masak ni mudah jer. Ikut kitalah, nak makan yang mudah tapi sedap, or nak masak yang susah tapi sedap juga (or may be not, kalau tak menjadi).

Tapi Mak Lijah nak citer pasal petang ni - I CAN COOK..! Bukannya Mak Lijah cannot cook, tapi just couldn't cook. Dah berapa lama Mak Lijah tak pegang kuali. Dah berapa lama Mak Lijah tak menumis, menumbuk, memotong etc.

I've been travelling a lot lately... A LOT. Jarang sekali Mak Lijah ada a complete weekend of both Saturday and Sunday together. Kalau tak fly on weekdays, at least Saturday or Sunday mesti dah burnt atas kapalterbang. So finally, minggu ni Mak Lijah dapat a good set of weekend. Memang Mak Lijah teringin nak memasak, tapi rasa macam nak spend the time first dengan anak-anak and Pak Lijah.

Bermula pagi Saturday (kebetulan Putihah pulak nak take weekend off), Mak Lijah, Pak Lijah, kakak and Danisy pergi ke Bangsar, cari kedai N*kia. Nak beli handphone baru. Punyalah lama tak ke situ, rupanya dah naik Bangsar Village. Perak sungguh Mak Lijah. Dulu ada Hankyu Jaya (terasa kuno sangat) dan that big Chinese Restaurant. Sekarang dah tak ada. Dah naik this Bangsar Village yang besar and so cool. So we bought some groceries kat supermarket dia, selepas beli hp dan selepas Danisy and kakak tengok rabbit. OK lah, not bad... Terjumpa dengan boss lama Mak Lijah di situ yang dah bersara tahun lepas. Bila Danisy komplen lapar, we ate at Madam Kwan. Pehtu, pergi ke Ampang, amik cincin yang Mak Lijah repair kat situ. Balik rumah semua terkelepek letih... Malam we all pi makan kat Johny's Restaurant yang ada steambot tu. Abang pun decided to ikut sebab tak mahu kelaparan sorang-sorang kat rumah.

Hari ni, we all pi KLCC, tengok wayang and had lunch kat situ. Dah lewat petang, perut rasa lapar and rasa nak memasak tu bagai meronta-ronta. So Mak Lijah checked the fridge and checked with Pak Lijah on what he wanted to have for dinner. A few days ago dia ada tanya if we still had ikan patin, so Mak Lijah ingat nak masak tempoyak ikan patin lah. Tapi akhirnya, for the next one hour we had ikan patin masak lemak cili padi, ikan patin goreng bersambal, sayur buncis and daging goreng especially for Danisy. Sebenarnya nak goreng jugak ikan puyu pekasam, tapi tak sempat sebab Pak Lijah dah duduk kat meja and everybody dah sangat lapar.

Hey... I can cook, lah! Lama tak memasak, puas hati rasanya, walaupun tak banyak jenis lauk. Puas hatilah dapat memotong ikan patin, mengupas bawang, menumbuk cili padi, menumis cili...etc. Kelakar pun ada, rasanya... Esok Mak Lijah cuti. Rasa macam nak pergi pasar Selayang tu. Dah berbulan-bulan tak pergi. Nak masak apa, ek, esok?

4 comments:

Anonymous said...

tahnia mak lijah... entah bila lagi akan dapat memasak semula....

Anonymous said...

Suka ya tak selalu terbang ...?

Anonymous said...

lani kampung mak lijak musim harum manis. tak balik kampung ka? atau pun Tok Su dah pos mempelam!

Anonymous said...

Harum manis sudah selamat dihadamkan...