Tadi Mak Lijah nyaris kena saman. Chiss... Tak pernah-pernah Mak Lijah kena tahan polis. Tapi, nak dijadikan cerita, mujur pulak ditahan polis sebab kalau tidak, Mak Lijah tak akan sedar yang lesen memandu Mak Lijah dah mati tiga haribulan hari tu..
Macam-macam hal berlaku lately ni kat negara kita. What a state we are in, now. Tolonglah... nak Raya ni. Just stop the whole comical act, puhleeeezzz...!!!! Let's live in peace... and have a wonderful Raya this year like every other year.
And talk about Raya.. Mak Lijah dah siap dua jenis kuih. Cuma yang satu tu, macam kuih trial jer sebab RUPA TIADA, RASA ADA. He..he..he.. Cobaan yang ke entah berapa kalinya nak wat kuih semperit. Nampak gayanya jadi hidangan berbuka je lah. Mau tak nya, jenuh dok bersilat dengan Kakak dan Danisy yang tompang sama nak buat kuih. Itupun Kakak komplen sebab buat waktu siang, dia tak boleh nak rasa. Sebenarnya memang strategi Mak Lijah buat siang supaya kuih tu boleh tahan sampai ke rumah Mak Tok Raya nanti.
Been quite busy since early this month. Jumpa the Kiwis (again) at the request of a colleague who had to take over the role for a while. Masa ni lah news bertalu-talu keluar pasal ISA lah.. pasal kickdefellalah.. Aduiii... apa nak jadi ni? I happen to know this guy. Tak sangka dia active (too) in this way.
And now I am confused with this film Gubra. Dalam satu babak tu, ustad tu mengusap kepala anjing yang dok melepak tengah jalan. Will somebody please enlighten me of this thing? Kita orang Islam tak haram ke pegang anjing? Bukan ke kita kena samak? Does that mean that ustad tu akan samak tangan dia selepas itu when he could have just avoided touching the dog? Confused...confused...
Tahun ni Raya turn balik kampung Mak Lijah di Santan, Perlis... yahooo.... !!!
Sunday, September 21, 2008
macam-macam hal...
Sunday, September 07, 2008
Diari Ramadhan
Dah masuk tujuh hari kita berpuasa. Semalam Mak Lijah berjaya buat agar-agar laici. Yummy.. Puas hati sebab sedap juga jadinya. Resepi pun mudah sangat. Dah lama nak buat tapi tak pernah ada masa. Dulu pun pernah juga try test buat, tapi tak menjadi. Kurang rasa laicinya.
Semalam juga Mak Lijah berjaya membuat ayam percik. Rancangan nak buat home made ayam percik dah ada sejak hari Selasa lagi, tapi tak dapat juga nak buatnya. Tapi jangan haraplah ayam percik tu dipercik di atas arang, yer? Ayam percik berjumpa dengan Cik Oven jer.
Pendek kata, semalam Mak Lijah dapat masak 90% hidangan berbuka. Puas hati. Tapi oleh kerana dah memang tebiat suka membeli, ada juga lauk paru dan kepak ayam bermadu yang dibeli di Pasar Ramadhan dekat dengan Stadium Selayang tu. Penuh meja dengan lauk pauk dan kuih-muih.
Hari ni? Kami berkunjung ke rumah Kak Mah, biras Mak Lijah yang tinggal di Semenyih, sempena lawatan kami ke Bangi. Kak Mah berniaga juadah berbuka manakala pada hari-hari lain bukan bulan Ramadhan, Kak Mah berniaga lauk-pauk di hadapan rumah dia. Lauk-pauk dia memang lazat-lazat belaka. Kiranya Mak Lijah "memasak" di Semenyih lah hari ni. Dapat ler ayam masak merah, gulai ayam, keli berlada, pajeri nenas, gulai nangka.. nyam..nyam...sedapnya. Masa kami baru sampai, Kak Mah sedang menggentel tepung untuk dibuat buah melaka. Budak-budak tu pun apa lagi, terus jer bersila sebelah Mak Long diorang sebab diorang memang suka sungguh melihat orang masak. Buah melaka tu pun jadi mangsa tapau juga.
On the way balik ke rumah, singgah di Hyper Bintang untuk membeli kerang dan koay teow untuk meneruskan plan nak buat char koay teow. Oleh kerana Kakak sibuk nak tolong, Mak Lijah pun suruh dia bersihkan koay teow, kupas kulit udang dll. Bila nak menumis bawang, diapun sibuk juga nak kacau. Akhirnya, dengan rasa kurang pasti, siap juga lah char koay teow ala Mak Lijah... Jangan tak tau.. Mak Lijah buat juga buah melaka walaupun dah ada. Saja suka-suka sebab Kakak nak menolong.
And again meja penuh dengan lauk-pauk...