Dah masuk tujuh hari kita berpuasa. Semalam Mak Lijah berjaya buat agar-agar laici. Yummy.. Puas hati sebab sedap juga jadinya. Resepi pun mudah sangat. Dah lama nak buat tapi tak pernah ada masa. Dulu pun pernah juga try test buat, tapi tak menjadi. Kurang rasa laicinya.
Semalam juga Mak Lijah berjaya membuat ayam percik. Rancangan nak buat home made ayam percik dah ada sejak hari Selasa lagi, tapi tak dapat juga nak buatnya. Tapi jangan haraplah ayam percik tu dipercik di atas arang, yer? Ayam percik berjumpa dengan Cik Oven jer.
Pendek kata, semalam Mak Lijah dapat masak 90% hidangan berbuka. Puas hati. Tapi oleh kerana dah memang tebiat suka membeli, ada juga lauk paru dan kepak ayam bermadu yang dibeli di Pasar Ramadhan dekat dengan Stadium Selayang tu. Penuh meja dengan lauk pauk dan kuih-muih.
Hari ni? Kami berkunjung ke rumah Kak Mah, biras Mak Lijah yang tinggal di Semenyih, sempena lawatan kami ke Bangi. Kak Mah berniaga juadah berbuka manakala pada hari-hari lain bukan bulan Ramadhan, Kak Mah berniaga lauk-pauk di hadapan rumah dia. Lauk-pauk dia memang lazat-lazat belaka. Kiranya Mak Lijah "memasak" di Semenyih lah hari ni. Dapat ler ayam masak merah, gulai ayam, keli berlada, pajeri nenas, gulai nangka.. nyam..nyam...sedapnya. Masa kami baru sampai, Kak Mah sedang menggentel tepung untuk dibuat buah melaka. Budak-budak tu pun apa lagi, terus jer bersila sebelah Mak Long diorang sebab diorang memang suka sungguh melihat orang masak. Buah melaka tu pun jadi mangsa tapau juga.
On the way balik ke rumah, singgah di Hyper Bintang untuk membeli kerang dan koay teow untuk meneruskan plan nak buat char koay teow. Oleh kerana Kakak sibuk nak tolong, Mak Lijah pun suruh dia bersihkan koay teow, kupas kulit udang dll. Bila nak menumis bawang, diapun sibuk juga nak kacau. Akhirnya, dengan rasa kurang pasti, siap juga lah char koay teow ala Mak Lijah... Jangan tak tau.. Mak Lijah buat juga buah melaka walaupun dah ada. Saja suka-suka sebab Kakak nak menolong.
And again meja penuh dengan lauk-pauk...
Sunday, September 07, 2008
Diari Ramadhan
4 comments:
Gigihnye masak!!! Good good, keep up the good work. Hehe. I pun 'masih gigih' - only once baru pegi pasar ramadhan, only to buy fruits and kuih2. Tak 'tergamak' nak beli lauk2 memikirkan tiap2 hari yg hujan, and the possibility that the lauks are re-cooked. :)
Allo cik Lijah..ce bg sini resipi agar2 laici tu..mana la tau rajin nak try kan?
salam maklijah..pertama kali kesini...kulit blog kita sama...he..he...
Penuh tak mengapa asalkan habis di makan. Saya tahu masakan Mak Lijah sure licin dalam setengah jam...
Post a Comment