Sunday, December 21, 2008

Ouch..!

.................................



Aduh laa... Kenapalah jadi macam ni. Terhenjut-henjut kaki Mak Lijah dibuatnya.





Punyalah dramatik kejadiannya. Haritu we all saja ja nak bawa Mak Tok and Pak Tok melihat rumah yang kami baru beli nun di sana tu dengan perancangan untuk terus saja lunch satay di
K@j@ng. So kami bertolak dari Selayang pada kira-kira pukul 11.30 pagi dan menyusur lebuhraya yang jam-less haritu . Alangkah bestnya kalau tiap-tiap hari bekerja pun macam tu.





Kami sampai kat kawasan 'rumah baru' kami pada kira-kira pukul 12.10 pm dalam cuaca yang agak mendung. Waaahh... banyak kedai dah dibuka rupanya. Ada 3-4 buah restoran, kedai dobi, kedai tayar, mini market dan yang paling best... ada KLINIK KUCING..! So sweet.... Selalunya hanya klinik haiwan where we have to be extra careful when dogs were brought in (am still confused over dog-touching after Yasmin's movie).





Dah banyak progress dibuat over the house and dah dikunci pun oleh developer. So we couldn't get into our own house. Tapi ada satu rumah lain yang designnya exactly macam rumah Mak Lijah yang tak dikunci sebab ada sorang pekerja Bangla tengah mengecat rumah tu. So dapatlah kami masuk dan buat tour untuk Mak Tok and Pak Tok.





Kakak and Danisy sangat excited sebab playground hanyalah five metres away from our front gate. Dan otak Mak Lijah pun berligar-ligar mencari idea nak buat kitchen, garden, wardrobe dan macam-macam lagilah. Cuma kurang puas hati sikit pasal our bathroom is a bit too small for a master bedroom. Bilik Abang kat 'penthouse' di tingkat paling atas pulak ada bigger bathroom than ours.





Dah puas pusing-pusing kat situ perutpun mula terasa lapar dan Danisy pulak dah mengadu dahaga. Lalu Mak Tok, Pak Tok and the children pun got on to the MPV and proceedlah to the famous satay which is like only 15 minutes drive away from the house.





Sampai saja kat kawasan parking tu, ada la this grey
Pr@t@n aeroback yang park betul-betul kat corner nak masuk ke kawasan letak kereta. Apa punya driver lah.. Tak pikir langsung pasal orang lain. So Mak Lijahpun voluteered lah untuk jadi parking attendant sekejap sebab tak nak kereta kami kemek/bercalar dek kejahilan manusia tak bertimbang rasa tu. Alang-alang dah keluar kereta tu, Mak Lijah pun suruhlah Pak Lijah terus ke lot parking yang terletak betul-betul di hadapan restoran tu while I just walked there.





Ramai betul orang harini. Maklumlah hari minggu dan Mak Lijah tengok macam ada family day jer kat situ sebab ada beberapa kereta company sebuah syarikat media tabloid yang femes parked kat situ. Sambil dok cat walk menuju ke restoran tu, Mak Lijah tengok-tengok juga meja mana bakal dituju sebab rasa macam penuh sesak jer. Makin ramai pulak orang yang masuk at about the same time.





Tiba-tiba...













Adoilaa.... Adoi..... !!!






Eh.. kenapa aku terduduk ni.... Eh... Sakitnya kaki .... Ya Allah.... Kaki aku termasuk lobang rupanya... Adoi... !!!





Adoi....!!! Sakit lagi hati Mak Lijah sebab terjatuh betol-betol depan restoran tu dengan bersaksikan mereka semua tu.... Arrrggghhh.... glamer nyer... !!!




Nak bangun tak boleh sebab sakit sangat....Adoilaaa... Macamana boleh terjadi kejadian tu...? By then, Pak Lijah arrived dengan kereta and diapun turunkan cermin. Dari jauh dia tanya kenapa Mak Lijah duduk. Tak terkeluar dah suara ni, hanya mulut jer yang terkumat-kamit menyebut "jatuh" dengan lemah-gemalai dan muka yang herot petot menahan sakit....













"Oh... ingatkan letih tunggu kami, sampai kena duduk..."

5 comments:

Anonymous said...

Ooohhh... Memang nampak ouch...!! So how's the foot now?

maklijah said...

Anonymous: Still sakit walaupun jalan dah tak berapa terhinjut-hinjut lagi.

z.a.i.r.e.e.n said...

adoooooi...malunyeeee.... hehehee...

Anonymous said...

Macam kaki gajah..

Semut Api said...

dah baik kaki tu?