Sunday, July 17, 2005

I thought so...!

Tahniah Yasmin, atas kemenangan besarnya menerusi SEPET.

Sejak dua menjak ni, ramalan Mak Lijah tepat belaka. Bermula dengan terkeluarnya Reza, Aidil (Mak Lijah ramal penyingkiran Aidil di Jakarta) dan Ekin (ikut turutan dengan tepat sekali) dan yang latest ni, pelakon wanita terbaik dan filem terbaik bagi Festival Filem Malaysia. Even ramalan for most promising actress and actor pun tepat juga.

Mak Lijah somehow dapat merasakan kekuatan Sepet pada malam ini kerana ia bertanding di sisi Puteri Gunung Ledang (yang dikatakan saingan paling hampir), Pontianak Menjerit dan Gengster, yang, walaupun tidak menontonnya, Mak Lijah rasa terlalu tidak setanding.

Mak Lijah telah pun memberi komen terhadap kedua-dua filem itu dalam blog yang lepas, maka tak perlulah Mak Lijah tambah lagi kerana ianya sudah cukup menggambarkan pandangan mengapa mereka patut menang atau tidak.

Mak Lijah cuma terkilan sebab Dib tewas kepada Ida walaupun kedua-dua amat Mak Lijah minati equally. Mak Lijah suka tengok Dib berlakon jadi pembantu rumah yang selamba.

Sekali lagi tahniah buat Yasmin, semoga filem seterusnya akan terus diiktiraf!

Wayang siapa kalau bukan wayang kita.

2 comments:

Anonymous said...

wah terer nye mak lijah meramal.. teringat ahlil nujum negara pak belalang la pulak.. :)

Anonymous said...

Filem Sepet memang best. Watak dan skrip yang selamba. Tak lupa cara filem tu diambil secara photographic yang menarik. Mungkin Puteri Gunung Ledang jealous filem mahal nya tak berjaya menandingi filem bajet murah Sepet yang jauh lebih berkualiti. Apapun, yang paling penting penonton berpuashati menonton Sepet dari Puteri Gunung Ledang. Producer filem patut menimbang citarasa penonton dari membikin filem untuk menaikkan nama sendiri dan cari glamour.