Monday, August 01, 2005

Sungai Mekong Mengalir Lesu

Hati Mak Lijah tersentuh melihat rakyat Laos yang rata-rata hidup di bawah paras sederhana. Mungkin ada beberapa buah banglo mewah di sekitar pekan Vientiane, tapi ia hanya lebih menggambarkan jurang ekonomi yang sungguh jelas.

Laos adalah negara paling miskin di kalangan negara Asean dengan jumlah penduduk lebih sedikit dari enam juta. Dengan saki-baki pentadbiran komunis yang masih ada, mereka masih lagi merangkak-rangkak menggapai taraf ekonomi yang selesa.
Tidak seperti Sungai Nil di Mesir, Sungai Mekong tidak dijadikan sebagai salah satu sumber ekonomi. Seingat-ingat Mak Lijah, Sungai Mekong seringkali disebut dalam buku Geografi dulu, seolah-olah ia adalah nyawa kepada rakyat di negara-negara yang disalirinya seperti Vietnam, Cambodia dan Myanmar. Mungkin ia bukan nyawa bagi Laos. Tidak ada aktiviti langsung pada sungai itu. Yang menarik mengenai Vientiane secara khusus dan Laos secara umumnya adalah bagaimana mereka menjadikan Agama sebagai tarikan pelancong. Rata-rata wat-wat Budha dipromosikan sebagai "a must-see place". Amat mudah sekali untuk menemui wat-wat ini kerna ia sentiasa ada di setiap laluan kami.
Secara keseluruhannya, pekan Vientiane kelihatan 30 tahun terkebelakang. Macam pergi Padang Besar 15 tahun lalu. Mujurlah ada Don Chan Palace, sebuah hotel milik rakyat Malaysia dan merupakan hotel terbesar di Vientiane. Ada lah juga bangunan tinggi. Selain dari Don Chan, tiada lagi bangunan yang melebihi enam tingkat.
Pun begitu, Mak Lijah ralat jua kerna tidak dapat betul-betul melawat sekitar Vientiane. Keadaan tidak mengizinkan. Tak apa, lah. Vientiane, aku datang lagi September ini.
...dan Sungai Mekong terus mengalir lesu.

2 comments:

Anonymous said...

Maklijah ada jugak pi luar negara semasa bertugas. Aku ni hanya melangut ditepi verandah Canderasari menanti surat panggilan mesyuarat ke Sabah atau Sarawak. Itu pun dah cukup bangga. Apapun, Maklijah dapat jejak kaki negara orang tu pun dah cukup bagus. Naik kapalterbang Mas yang canggih, makan sedap, tidur hotel yang sentiasa dingin..itu satu kenikmatan yang jarang orang dapat menikmatinya. Bersyukurlah dengan apa yang Maklijah dapat rasai.

Anonymous said...

Alaa... John pun dok luar negara sekarang ni. Dok 3 tahun plak tu. Dianm-diam jer lah...