Friday, September 30, 2005

Malas nak letak tajuk. Dah berapa hari Mak Lijah cuba untuk masukkan posting tapi tak berjaya. Samada sistem tak betul atau Mak Lijah yang tak betul. Bosan betul. Daripada banyak ilham nak dicurahkan, terus terbantut sampai berasap-asap telinga. Frust betul tak dapat nak salurkan ilham sebab seminggu yang lepas ni adalah minggu yang santai. Tak ada tension, tak ada confusion. Aman damai. Mulai Isnin ini, kembalilah semula kekalutan dan kepanikan. Bosannya.

Ah... sudahlah. Dah boleh create posting pun.

Friday, September 16, 2005

Getaran Jiwa

Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

I must confess that I enjoy the world of entertainment. Be it music or theater or movies etc. But it all started when I was young, when I first learnt the "taugeh" notes. Masa tu, subjek muzik adalah satu opsyen, tidak wajib seperti sekarang di sekolah-sekolah rendah. Dari situlah Mak Lijah belajar "membaca" dan meminati lagu dan irama. Mak Lijah mula belajar bermain alat muzik menerusi harmonica. Kemudian, flute, diikuti oleh keyboard dan akhir sekali, gitar. Antara kesemua alat muzik itu, hanya gitar saja yang Mak Lijah dah tak ingat cara mengiramakan dia. Dan rasanya dah tak sanggup untuk memetiknya lagi kerna tak rela mengematukan jari-jemari ini.

Sekitar 70an dan 80an, Mak Lijah banyak didedahkan dengan muzik barat apabila Abang sulung Mak Lijah (yang lebih fanatik kegilaannya terhadap muzik) kerapkali memutarkan lagu Beatles, Boney M, Anne Murray, Bee Gees, ABBA, dan tidak katinggalan juga lagu-lagu oleh Broery Marantika, Flybaits, Black Dog Bone, Carefree, DJ Dave, Uji & Hail etc. di record playernya.

Pada ketika yang sama, Mak Lijah simply enjoy the movies. Seingat-ingat Mak Lijah, filem pertama yang Mak Lijah tonton ialah sebuah filem Hindustan di panggung Rex, Jalan Pasir Berdamar, di Teluk Anson (Sekarang Teluk Intan). Kami (Mak Lijah dan anak jiran yang sungguh kamceng) dibawa oleh pembantu-pembantu rumah kami, Kak Yah dan Kak Asmah, menaiki beca dengan tambang 20 sen, pergi-balik semata-mata untuk menonton wayang itu yang sungguh hit pada ketika itu. Sayang Mak Lijah tak ingat nama filem itu, mungkin Chalte Chalte. Selepas dari itu, minat terhadap movies was history.

Semasa di universiti, Mak Lijah dipaksa menonton sebuah teater muzikal demi memenuhi credit hours. Paksaan itu telah membuatkan Mak Lijah terus jatuh hati dengan bidang itu. Dalam kesempatan memenuhi masa ketika praktikal di Kuala Lumpur ini dulu, Mak Lijah telah menonton Sirih Bertepuk Pinang Menari. Likewise, the rest was history.

Selain daripada bidang seni yang melibatkan suara dan bunyian, Mak Lijah juga amat meminati dan pernah mencuba bidang seni halus, seperti lukisan cat air dan batik. Ini belum masuk perihal seni kraftangan yang Mak Lijah gunakan sepenuhnya semasa menjadi wedding planner pada tahun 2002 dan 2003 dulu.

Dalam banyak-banyak bidang ini, mungkin irama dan lagulah yang lebih dekat di hati kini, sesuai dengan persekitaran dan peredaran masa. Although I still go to the movies, it is just for the children now (ada sekali menonton Mr. & Mrs. Smith dengan Pak Lijah). I listen to a lot of songs, watched quite a number of concerts, bought enough CDs and I'm happy!


Rasanya kalau Mak Lijah tidak berkerjaya seperti sekarang, mungkin Mak Lijah telah memiliki sebuah agensi event management yang akan dinamakan Cakpong Inc.

Wednesday, September 07, 2005


Abang dalam monorel on the way to BTS. Posted by Picasa

Sunday, September 04, 2005

All the best, Abang!

Esok, 5 September 2005, Abang akan menduduki peperiksaan UPSRnya. Sesuatu yang dah lama "ditunggu" oleh Mak Lijah, Pak Lijah dan Abang .

Apa lagi yang dapat Mak Lijah katakan kepada dia selain dari, "Do your best, leave the rest to God". Ini merupakan kata-kata yang pernah ayah Mak Lijah pesan setiap kali Mak Lijah akan menduduki apa-apa peperiksaan penting.

I have tried my utmost best to see that Abang is all prepared for the exam but boys will be boys, what more can I do? Abang, I must say, is a brilliant child. He excelled in English and Science. Unfortunately, he is simply enjoying life just a little bit more by simply being a typical boy. He just likes to play! He loves football (sampai pecah cermin tingkap rumahlah) and badminton and the PC is all his whenever I don't use them (which is most of the time now). That's why he could not do as good for other subjects like Maths because Maths requires too much time and he just could not wait to go out to play, whilst Bahasa Melayu is too complicated for him.

Mak Lijah kini hanya pasrah. Biarlah apapun keputusan yang dia bakal perolehi nanti, asalkan dia dapat menikmati kehidupannya sebagai kanak-kanak like any other kid should. Dia pun kini mula kelihatan teruja apabila diminta mengisi borang permohonan ke asrama penuh kerana katanya hanya yang terpilih sahaja diberikan borang tersebut. Sekurang-kurangnya itu memberikan dia motivasi untuk mendapat semua A walaupun selama ini pencapaian itu does not really matter to him.

Well, Mohamad Irsyad Affan, all the best to you. Mama tak pernah jemu berdoa supaya Abang dapat melakukan yang terbaik dan memperoleh keputusan yang setimpal dari peperiksaan ini.

Thursday, September 01, 2005

Merdeka Di Mataku

Blog ini tidak akan mengisahkan kepatriotisme Mak Lijah terhadap sentimen ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-48.

Kira-kira 22 tahun lalu, semasa Mak Lijah di tingkatan tiga, dua bulan menjelang sambutan kemerdekaan, Mak Lijah dan geng akan mula membuat latihan untuk perbarisan. Mula-mula di padang sekolah dahulu. Hampir setiap tengahari kecuali hari Rabu, kami akan memulakan latihan pada pukul 1.45 pm dan tamat pada pukul 3 pm. Hari Rabu pula, latihan akan bermula pada pukul 4 pm, siap dengan uniform sekali. Seminggu sebelum sambutan kemerdekaan, raptai akan diadakan di Stadium negeri yang letaknya di sekitar Datuk Keramat (Penang pun ada Datuk Keramat juga).

Tiba hari jadinya, kami akan berkumpul di Stadium seawal jam 5.30 pagi. Bayangkan mencari geng dalam kegelapan.

Begitulah Mak Lijah menyambut kemerdekaan setiap tahun. Yang manisnya, pada tahun terakhir Mak Lijah terlibat dalam perarakan kemerdekaan itu, sekolah kami telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik. Hanya ada satu sahaja hadiah, tiada tempat ke dua dan ke tiga.
Yang pahit akan jadi manis jua. Segala kepenatan berlatih di tengah panas terik dan adakalanya dibasahi hujan terbayar dengan kemenangan itu. Walaupun diselimuti dengan keletihan dan adalakanya rasa malas kerana terpaksa bangun terlalu awal, Mak Lijah sentiasa participate dengan rasa bangga sebab ianya sambutan kemerdekaan yang melibatkan pelbagai peringkat dan ribuan manusia.
Menonton perarakan samalam di kaca tv mengingatkan kembali pengalaman Mak Lijah terlibat sedemikian dahulu. Ada juga rasa simpati kepada kanak-kanak dan remaja yang terlibat dengan perarakan itu kerana selain dari latihan yang berulang kali di bawah terik matahari, Mak Lijah pasti mereka juga perlu berada di situ seawal 4 pagi. Mak Lijah harap mereka ini tidak akan trauma dengan penglibatan mereka untuk terus participate di tahun-tahun mendatang.
Kini Mak Lijah merdeka dari semua itu. Merdeka dari latihan di bawah panas matahari dan sejuk hujan, merdeka dari bangun pukul 4 pagi, merdeka dari menggilap kasut dan menggosok uniform, merdeka dari herdikan anggota tentera yang tak berhati perut, merdeka untuk menonton Mawi dan yang peting, merdeka untuk menonton sambutan kemerdekaan sepenuhnya.
Merdeka...Merdeka...Merdeka...