Friday, September 16, 2005

Getaran Jiwa

Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

I must confess that I enjoy the world of entertainment. Be it music or theater or movies etc. But it all started when I was young, when I first learnt the "taugeh" notes. Masa tu, subjek muzik adalah satu opsyen, tidak wajib seperti sekarang di sekolah-sekolah rendah. Dari situlah Mak Lijah belajar "membaca" dan meminati lagu dan irama. Mak Lijah mula belajar bermain alat muzik menerusi harmonica. Kemudian, flute, diikuti oleh keyboard dan akhir sekali, gitar. Antara kesemua alat muzik itu, hanya gitar saja yang Mak Lijah dah tak ingat cara mengiramakan dia. Dan rasanya dah tak sanggup untuk memetiknya lagi kerna tak rela mengematukan jari-jemari ini.

Sekitar 70an dan 80an, Mak Lijah banyak didedahkan dengan muzik barat apabila Abang sulung Mak Lijah (yang lebih fanatik kegilaannya terhadap muzik) kerapkali memutarkan lagu Beatles, Boney M, Anne Murray, Bee Gees, ABBA, dan tidak katinggalan juga lagu-lagu oleh Broery Marantika, Flybaits, Black Dog Bone, Carefree, DJ Dave, Uji & Hail etc. di record playernya.

Pada ketika yang sama, Mak Lijah simply enjoy the movies. Seingat-ingat Mak Lijah, filem pertama yang Mak Lijah tonton ialah sebuah filem Hindustan di panggung Rex, Jalan Pasir Berdamar, di Teluk Anson (Sekarang Teluk Intan). Kami (Mak Lijah dan anak jiran yang sungguh kamceng) dibawa oleh pembantu-pembantu rumah kami, Kak Yah dan Kak Asmah, menaiki beca dengan tambang 20 sen, pergi-balik semata-mata untuk menonton wayang itu yang sungguh hit pada ketika itu. Sayang Mak Lijah tak ingat nama filem itu, mungkin Chalte Chalte. Selepas dari itu, minat terhadap movies was history.

Semasa di universiti, Mak Lijah dipaksa menonton sebuah teater muzikal demi memenuhi credit hours. Paksaan itu telah membuatkan Mak Lijah terus jatuh hati dengan bidang itu. Dalam kesempatan memenuhi masa ketika praktikal di Kuala Lumpur ini dulu, Mak Lijah telah menonton Sirih Bertepuk Pinang Menari. Likewise, the rest was history.

Selain daripada bidang seni yang melibatkan suara dan bunyian, Mak Lijah juga amat meminati dan pernah mencuba bidang seni halus, seperti lukisan cat air dan batik. Ini belum masuk perihal seni kraftangan yang Mak Lijah gunakan sepenuhnya semasa menjadi wedding planner pada tahun 2002 dan 2003 dulu.

Dalam banyak-banyak bidang ini, mungkin irama dan lagulah yang lebih dekat di hati kini, sesuai dengan persekitaran dan peredaran masa. Although I still go to the movies, it is just for the children now (ada sekali menonton Mr. & Mrs. Smith dengan Pak Lijah). I listen to a lot of songs, watched quite a number of concerts, bought enough CDs and I'm happy!


Rasanya kalau Mak Lijah tidak berkerjaya seperti sekarang, mungkin Mak Lijah telah memiliki sebuah agensi event management yang akan dinamakan Cakpong Inc.

No comments: