Blog ini tidak akan mengisahkan kepatriotisme Mak Lijah terhadap sentimen ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-48.
Kira-kira 22 tahun lalu, semasa Mak Lijah di tingkatan tiga, dua bulan menjelang sambutan kemerdekaan, Mak Lijah dan geng akan mula membuat latihan untuk perbarisan. Mula-mula di padang sekolah dahulu. Hampir setiap tengahari kecuali hari Rabu, kami akan memulakan latihan pada pukul 1.45 pm dan tamat pada pukul 3 pm. Hari Rabu pula, latihan akan bermula pada pukul 4 pm, siap dengan uniform sekali. Seminggu sebelum sambutan kemerdekaan, raptai akan diadakan di Stadium negeri yang letaknya di sekitar Datuk Keramat (Penang pun ada Datuk Keramat juga).
Tiba hari jadinya, kami akan berkumpul di Stadium seawal jam 5.30 pagi. Bayangkan mencari geng dalam kegelapan.
Begitulah Mak Lijah menyambut kemerdekaan setiap tahun. Yang manisnya, pada tahun terakhir Mak Lijah terlibat dalam perarakan kemerdekaan itu, sekolah kami telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik. Hanya ada satu sahaja hadiah, tiada tempat ke dua dan ke tiga.
Yang pahit akan jadi manis jua. Segala kepenatan berlatih di tengah panas terik dan adakalanya dibasahi hujan terbayar dengan kemenangan itu. Walaupun diselimuti dengan keletihan dan adalakanya rasa malas kerana terpaksa bangun terlalu awal, Mak Lijah sentiasa participate dengan rasa bangga sebab ianya sambutan kemerdekaan yang melibatkan pelbagai peringkat dan ribuan manusia.
Menonton perarakan samalam di kaca tv mengingatkan kembali pengalaman Mak Lijah terlibat sedemikian dahulu. Ada juga rasa simpati kepada kanak-kanak dan remaja yang terlibat dengan perarakan itu kerana selain dari latihan yang berulang kali di bawah terik matahari, Mak Lijah pasti mereka juga perlu berada di situ seawal 4 pagi. Mak Lijah harap mereka ini tidak akan trauma dengan penglibatan mereka untuk terus participate di tahun-tahun mendatang.
Kini Mak Lijah merdeka dari semua itu. Merdeka dari latihan di bawah panas matahari dan sejuk hujan, merdeka dari bangun pukul 4 pagi, merdeka dari menggilap kasut dan menggosok uniform, merdeka dari herdikan anggota tentera yang tak berhati perut, merdeka untuk menonton Mawi dan yang peting, merdeka untuk menonton sambutan kemerdekaan sepenuhnya.
Merdeka...Merdeka...Merdeka...
2 comments:
ehh..betuk ke 12 tahun lalu ...mak lijah form tiga..muda bebenor ye
Maaf, kesilapan teknikal. Sudah dibetulkan.
Post a Comment