Tuesday, December 27, 2005

Cobalah Untuk Setia

apalah mau kasih
kau pilih diriku di dalam hidupmu
nyatanya ku lihat kini
tak bisa kau coba untuk setia

sudah cukuplah sudah
ku memberikan waktu
kau selalu tak bisa
mencoba untuk setia

yang selalu ku inginkan
yang selalu ku nanti
kau coba untuk mengerti
apalah erti mencinta

dan harus kau sadari
bila ingin bersamaku
jangan coba kau ingkari
cobalah untuk setia

masihkah aku diinginkan
masihkah aku didambakan
masih ada waktu untuk mu
bersama mu akanku jalani hidup

Sunday, December 25, 2005


Selepas 13 tahun... Posted by Picasa

Dah 13 tahun...

Inilah hasilnya...

Pejam-celik, pejam-celik, 13 tahun dah rupanya.

Macam roda, a box of chocolate, tsunami pon ada. Pendek kata, macam-macam ada...

Kadang-kadang sunshine, kadang-kadang storm.
Adakala marshmallow, adakala peria.
Selalunya ABC, selalu gak air cerek.
Biasanya English Rose, biasa juga belacan Batu Maung
Sesekali sutera, sesekala belacu.
Seketika Himalaya, seketika Marianas Trench.
Kerapkali Garfield, kerapkali Aslan juga...

Begitulah ibaratnya selama 13 tahun ni.

Semoga kami tabah menghadapi dugaan, cekal menghadapi cabaran, teguh menghadapi rintangan dan kukuh kasih sayang kami berdua.

Selamat ulang tahun perkahwinanku yang ke tiga belas.


Tak sabarnya... Posted by Picasa


Keseronokan Kakak dan Danisy jelas terpancar... Posted by Picasa

Wednesday, December 21, 2005

A Wet Journey

After a month-long of going back from office at 9.00 - 10.00 pm, this seven-days break is a well deserved one. Sebab tu agak mudah pulak permohonan cuti ini diluluskan. Pon begitu, cuti ke utara ini hanya betul-betul dirancang pada hari Khamis, 15 Disember. Puas mencari-cari hotel, akhirnya Mutiara Beach Resort menjadi pilihan kerana dah tiada pilihan. Semua hotel dah penuh ditempah manakala Holiday Inn pulak dah bosan sebab dah tiga kali menginap di situ sepanjang tahun ini.

Maka bermulalah perjalanan pada kira-kira pukul 10.30 pagi di awal hari Sabtu yang suram cuacanya. Sampai di Ipoh, langit semakin suram dan matahari rasa malu pula nak bercahaya. Di Kuala Kangsar, wiper pun mulalah merentakkan tarinya sambil kami menyusur Taiping dan seterusnya Bukit Merah sehinggalah kami tiba di Penang Bridge, hujan tidak langsung membayangkan ia nak berenti walau sekejap.

Anehnya, sampai di Jalan Masjid Negeri, di Pulau Pinang, jalan tak pula basah, tapi langit masih mendung. Mengikut laluan Fettes Park, budak-budak mulalah komplen pening sebab Daddy guna jalan short cut untuk ke Tanjung Bungah, padahal bukanlah short sangat kalau diambilkira laluan berliku yang mengkehendakkan kita memperlahankan kereta.


Begitulah wetnya perjalanan sehingga kami sampai di Teluk Bahang, di mana letaknya Mutiara Beach Resort. Budak-budak pon, apa lagi... terkam ke swimming pool lah.. Seronok kemain lagi diorang berendam, sampai biru bibir Kakak. Tapi Mak Lijah... tak sempat basah sampai ke pinggang pun sebab tak tahan... sejuk... Lepak di tepi kolam jer... Pun begitu, kira-kira pukul 6.00 petang, gerimis pun terundang...

Esoknya cuaca bersimpati dengan kami kerna matahari tidak lagi tersipu-sipu. Budak-budak pun seronok main di tepi pantai. Apabila Mak Tok dan Pak Tok telefon (untuk memberitahu bahawa Perlis dilanda bah dan rumah mereka sudah diputuskan bekalan air), segera dipesan suruh budak-budak tu kembali ke hotel kerana bimbangkan kuasa ombak ngeri yang melanda Teluk Bahang setahun lalu.

Kami check-out dari situ petang itu untuk check-in di The Northam, sebuah hotel di Georgetown yang dikatakan hanya mempunyai bilik suite. Not bad for a RM200 per nite. Biliknya luas, mempunyai pemandangan yang cantik dan yang penting, memanglah bertaraf suite, siap dengan mesin faksimile, dua set tv, jacuzzi dalam bilik mandi yang luas, bilik tidur berkatil Super King sized yang terpisah dari ruang tamu dan mempunyai sebuah ruang pejabat kecil. I'm impressed! Namun budak-budak kecewa kerana tiada swimming pool untuk kanak-kanak, malahan swimming pool untuk dewasa juga agak kecil dan tidak menarik langsung seperti di Mutiara. I know there's a catch somewhere.

The next morning, Mak Lijah menelefon Mak Tok untuk memberitahu yang kami sedang bersiap-sedia untuk balik Perlis. Sebaliknya Mak Tok memberitahu yang lebuhraya di Jitra telah dinaiki air, pekan Kangar telah tenggelam, even Alor Setar is inaccessable. Mak Tok and Pak Tok had to drive to Padang Besar to eat and to buy drinking water. They can't go anywhere further than that. Kesian mereka! Sedihnya Mak Lijah kerana tak dapat menolong mereka evacuate. Pun begitu, Mak Lijah kerapkali menelefon mereka untuk mengetahui perkembangan. Manalah tahu, kut-kut tiba-tiba Kampung Santan yang tak pernah bah pulak buang tebiat dia, sebab Empangan Timah Tasoh letaknya hanyalah kira-kira 15 km saja dari rumah Mak Tok dan PakTok.

Maka percutian kami dipendekkan kerana terpaksa memulakan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang dingin dalam hujan sesuram hati Mak Lijah kerana tidak dapat kembali ke Perlis...

What a wet journey...

Wednesday, December 14, 2005

Perihal Asrama

Kat asrama kena masak sendiri ke, Mama?

Boleh bawa PSP ke, pergi asrama?

Tidur kena pakai baju sekolah ke, kat asrama?

Kalau tinggal di asrama, Abang tak boleh balik berapa tahun?

Begitulah musykilnya Abang about going to asrama. Mula-mula dulu, dia tak berminat langsung bab kena pergi sekolah berasrama. Maklumlah, anak manja. Tapi sejak dapat PSP dan i-pod (entah apa benda tu pon Mak Lijah tak tau), minat dia mula bertambah sedikit demi sedikit. Mungkin dia rasa dia patut membalas keseronokan mendapat PSP dengan persetujuannya ke sekolah berasrama, tambahan pula diberitahu yang Victoria Institution itu antara lima sekolah terbaik di Malaysia, di kalangan sekolah bukan berasrama penuh. Lagi pun, Mak Lijah beritahu dia yang sekolah tu mempunyai pancaragam yang terbaik di kalangan sekolah-sekolah di Malaysia.

Mula-mula Mak Lijah sendiri agak keberatan untuk membenarkan dia ke sekolah asrama sebab rasanya, Mak Lijah ni mudah rindu. Tapi bila memikirkan masa depan dia, sikap dia dan kesibukan Mak Lijah, Mak Lijah rasa, keputusan untuk menghantar dia ke VI adalah sesuatu yang baik. Mak Lijah akur, bahawa dengan keputusan ini, Mak Lijah akan kehilangan masa-masa emas untuk melihat dia membesar melalui gerbang remaja, proses pembentukan identitinya, dan sebagainya...

Selamat Maju Jaya Abang. Semoga keputusan Mama ini betul dan Mama tidak akan kehilanganmu.

Sunday, December 04, 2005

Era Murung

It has been quite a while since I last posted something. In between then and now, banyak perkara berlaku yang membawa Mak Lijah ke era kemurungan ini. Itu yang malas nak hantar apa-apa ke sini, nanti mempengaruhi hasilnya.

Pun begitu, terasa nak post something here sebab dah puas dok blog hopping kat 'rumah' orang lain.

Macam-macam alkisah boleh berlaku dalam sekelip mata, kan? Leka sedikit, terpesonglah laluan yang kita tempuhi setiap hari. Kalau tak teguh semangat, memang hancurlah sebuah kehidupan. Mujur sokongan ayah dan mak mencantum calaran.

Mak Lijah jenis yang tak suka berkongsi emosi di wajah. Penyu menangis siapa yang tahu!

Be strong Mak Lijah (sekadar mengingatkan diri)!