Wednesday, December 21, 2005

A Wet Journey

After a month-long of going back from office at 9.00 - 10.00 pm, this seven-days break is a well deserved one. Sebab tu agak mudah pulak permohonan cuti ini diluluskan. Pon begitu, cuti ke utara ini hanya betul-betul dirancang pada hari Khamis, 15 Disember. Puas mencari-cari hotel, akhirnya Mutiara Beach Resort menjadi pilihan kerana dah tiada pilihan. Semua hotel dah penuh ditempah manakala Holiday Inn pulak dah bosan sebab dah tiga kali menginap di situ sepanjang tahun ini.

Maka bermulalah perjalanan pada kira-kira pukul 10.30 pagi di awal hari Sabtu yang suram cuacanya. Sampai di Ipoh, langit semakin suram dan matahari rasa malu pula nak bercahaya. Di Kuala Kangsar, wiper pun mulalah merentakkan tarinya sambil kami menyusur Taiping dan seterusnya Bukit Merah sehinggalah kami tiba di Penang Bridge, hujan tidak langsung membayangkan ia nak berenti walau sekejap.

Anehnya, sampai di Jalan Masjid Negeri, di Pulau Pinang, jalan tak pula basah, tapi langit masih mendung. Mengikut laluan Fettes Park, budak-budak mulalah komplen pening sebab Daddy guna jalan short cut untuk ke Tanjung Bungah, padahal bukanlah short sangat kalau diambilkira laluan berliku yang mengkehendakkan kita memperlahankan kereta.


Begitulah wetnya perjalanan sehingga kami sampai di Teluk Bahang, di mana letaknya Mutiara Beach Resort. Budak-budak pon, apa lagi... terkam ke swimming pool lah.. Seronok kemain lagi diorang berendam, sampai biru bibir Kakak. Tapi Mak Lijah... tak sempat basah sampai ke pinggang pun sebab tak tahan... sejuk... Lepak di tepi kolam jer... Pun begitu, kira-kira pukul 6.00 petang, gerimis pun terundang...

Esoknya cuaca bersimpati dengan kami kerna matahari tidak lagi tersipu-sipu. Budak-budak pun seronok main di tepi pantai. Apabila Mak Tok dan Pak Tok telefon (untuk memberitahu bahawa Perlis dilanda bah dan rumah mereka sudah diputuskan bekalan air), segera dipesan suruh budak-budak tu kembali ke hotel kerana bimbangkan kuasa ombak ngeri yang melanda Teluk Bahang setahun lalu.

Kami check-out dari situ petang itu untuk check-in di The Northam, sebuah hotel di Georgetown yang dikatakan hanya mempunyai bilik suite. Not bad for a RM200 per nite. Biliknya luas, mempunyai pemandangan yang cantik dan yang penting, memanglah bertaraf suite, siap dengan mesin faksimile, dua set tv, jacuzzi dalam bilik mandi yang luas, bilik tidur berkatil Super King sized yang terpisah dari ruang tamu dan mempunyai sebuah ruang pejabat kecil. I'm impressed! Namun budak-budak kecewa kerana tiada swimming pool untuk kanak-kanak, malahan swimming pool untuk dewasa juga agak kecil dan tidak menarik langsung seperti di Mutiara. I know there's a catch somewhere.

The next morning, Mak Lijah menelefon Mak Tok untuk memberitahu yang kami sedang bersiap-sedia untuk balik Perlis. Sebaliknya Mak Tok memberitahu yang lebuhraya di Jitra telah dinaiki air, pekan Kangar telah tenggelam, even Alor Setar is inaccessable. Mak Tok and Pak Tok had to drive to Padang Besar to eat and to buy drinking water. They can't go anywhere further than that. Kesian mereka! Sedihnya Mak Lijah kerana tak dapat menolong mereka evacuate. Pun begitu, Mak Lijah kerapkali menelefon mereka untuk mengetahui perkembangan. Manalah tahu, kut-kut tiba-tiba Kampung Santan yang tak pernah bah pulak buang tebiat dia, sebab Empangan Timah Tasoh letaknya hanyalah kira-kira 15 km saja dari rumah Mak Tok dan PakTok.

Maka percutian kami dipendekkan kerana terpaksa memulakan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang dingin dalam hujan sesuram hati Mak Lijah kerana tidak dapat kembali ke Perlis...

What a wet journey...

1 comment:

Anonymous said...

Salam kenal Mak Lijah, selalu juga baca blog Mak Lijah ni..lompat dari blog Cyberdad..at least ada juga cuti-cuti m'sia dengan family during school holiday ni. Saya tak sempat nak kemana-mana. Nasib baik juga Mak Lijah tak stranded kat Perlis..Mesti Mak Tok & Pak Tok kena banjir ye..kesian depa..