Kat asrama kena masak sendiri ke, Mama?
Boleh bawa PSP ke, pergi asrama?
Tidur kena pakai baju sekolah ke, kat asrama?
Kalau tinggal di asrama, Abang tak boleh balik berapa tahun?
Begitulah musykilnya Abang about going to asrama. Mula-mula dulu, dia tak berminat langsung bab kena pergi sekolah berasrama. Maklumlah, anak manja. Tapi sejak dapat PSP dan i-pod (entah apa benda tu pon Mak Lijah tak tau), minat dia mula bertambah sedikit demi sedikit. Mungkin dia rasa dia patut membalas keseronokan mendapat PSP dengan persetujuannya ke sekolah berasrama, tambahan pula diberitahu yang Victoria Institution itu antara lima sekolah terbaik di Malaysia, di kalangan sekolah bukan berasrama penuh. Lagi pun, Mak Lijah beritahu dia yang sekolah tu mempunyai pancaragam yang terbaik di kalangan sekolah-sekolah di Malaysia.
Mula-mula Mak Lijah sendiri agak keberatan untuk membenarkan dia ke sekolah asrama sebab rasanya, Mak Lijah ni mudah rindu. Tapi bila memikirkan masa depan dia, sikap dia dan kesibukan Mak Lijah, Mak Lijah rasa, keputusan untuk menghantar dia ke VI adalah sesuatu yang baik. Mak Lijah akur, bahawa dengan keputusan ini, Mak Lijah akan kehilangan masa-masa emas untuk melihat dia membesar melalui gerbang remaja, proses pembentukan identitinya, dan sebagainya...
Selamat Maju Jaya Abang. Semoga keputusan Mama ini betul dan Mama tidak akan kehilanganmu.
Wednesday, December 14, 2005
Perihal Asrama
No comments:
Post a Comment