After six whole days of coming back late from work (meeting, actually), maka hari ni, sampailah ke penghujungnya. Esok nak pi round-up jer. Bosan dah hari-hari breakfast and lunch kat hotel. Rindu teh tarik Akbar. Hari ni, mulalah berangan, if only I could get away for a nice long holiday abroad. Masa meeting tadi depa dok sebut ada satu meeting di Rotorua in April nanti. Jelesnya, sebab Mak Lijah tak terlibat dalam meeting tu.
Maka Mak Lijah pon beranganlah nak pi situ one day. Dah ler frust hari tu tak dapat pi NZ masa nak buat master dulu.
Dulu-dulu Mak Lijah pernah menyenaraikan (privately) wishlist of five places I want to go at least once in my life (mengikut keutamaan):
1. New Zealand
2. Netherlands
3. Taman Negara
4. Paris
5. Switzerland
Out of this list, Mak Lijah telah sampai ke Amsterdam, Taman Negara dan Paris (bukan mengikut turutan). Switzerland = touch n go jer sebab transit kat Geneva masa nak pi Madrid dulu, so tak leh diambil kira.
Out of the two left from the wishlist, my strongest 'yearning' now is to go to New Zealand. Keinginan ini, sekiranya dimakbulkan, Mak Lijah akan rasa macam mimpi, macam masa menerima tawaran untuk buat masters on my birthday dulu. My strong interest in NZ ni sejak dari zaman sekolah lagi, masa belajar geografi (that's also for Netherlands). Mak Lijah terpikat dengan description about the country, about its economy, bentuk mukabumi, people, cuaca, culture dsb. Tambahan pula, homepage on tourism di situ dengan gambar-gambar yang cantik dan kreatif amatlah menarik. Banyak sekali tourist spot dia. Bestnya...!
Bilalah Mak Lijah nak ke sana, ek? Meleleh air liur...
Friday, March 24, 2006
Five places I want to go
Thursday, March 16, 2006
Danisy dah tidur
Esok dah nak masuk hari Jumaat and Mak Lijah asyik balik after seven jer. Hari ni especially, Mak Lijah sampai rumah pukul 7.40 p.m. Lepas cium Danisy, Mak Lijah terus jer mandi dan sembahyang. Bila ajak Danisy dinner, dia kata dah makan. Aik? Pandai pula makan without Mak Lijah around. Sambil Mak Lijah makan dengan Abang and Kakak, terdengar dia membebel about Barney yang sedang ditontonnya.
Later, sambil Mak Lijah dok pilih-pilih channel mana nak tekan, suddenly terperasan yang Danisy dah stopped membebel. Kakak pon membuat laporan that Danisy dah terlelap depan TV. Alamak... Danisy dah tidur. Tak sempat nak bermanja dengan dia. I guess today, 16 March 2006, Mak Lijah only spent less than half an hour of quality time with him. Kalau dikira-kira dari hari Isnin hingga hari ini, Mak Lijah hanya spent about five valuable hours jer dengan dia.
Oh my God... What's happening to me? Cemana nak improve my life nih? Alahai anak-anakku...
Thursday, March 09, 2006
Kenapa Sayang?
I've been trapped with this question for quite a while, and guess who asked this question?
Danisy, my soon to be 4-year-old-big-baby.
Kenapa Mama sayang Danisy?
Macamana nak jawab? Nasib baik bila Mak Lijah jawab, "Sebab Danisy anak Mama," soalan dia sampai ke situ jer. Maknanya dia puas hatilah dengan jawapan tu. Buatnya disambung, "Kenapa Danisy anak Mama?" Haa... jenuhlah nak craft out a good answer to end it there. I wonder macamana dia boleh come up with such a question.
Even Mak Tok pun dah pernah ditanya with the same question oleh Danisy after he was being kissed by her. Mak Tok was so amazed and was left speechless.
I should anticipate more creative and difficult questions from him in the future.
Wednesday, March 08, 2006
Kahwin Paksa
Tak..Mak Lijah tak kena kawen paksa dulu. Kawen dengan rela hati. Kawen dengan one and only Pak We. Tak boleh nak bayangkan kalau kena kawen paksa. Dah ler frust kena putus dengan Pak We, pas tu kena plak kawen dengan orang yang kita tak sayang. Cemana ek?
Bagi Mak Lijah (this is my own personal opinion, not representing anyone but me, I and myself), biarlah perkahwinan itu dibina atas asas kasih sayang. Memang betul ada yang bercinta lepas kawen, tapi pada zaman ini, mesti ada 'masa bertenang' sekurang-kurangnya beberapa bulan untuk membina kasih sayang itu sebelum Tok Kadi berjabat dengan pasangan kita.
Agaknya cemana orang-orang zaman tok-tok dan wan-wan mahupun mak bapak kita dulu dikawenkan, ek? Tak pernah jumpa, tentiba dah sah jadi suami/isteri kita. Tapi, perkahwinan yang macam tulah yang abadi dan hanya dipisahkan bila roh meninggalkan jasad.
Hmm... ilham ni timbul selepas 'bersembang' dengan seorang kawan yang membandingkan pengorbanan dia dengan pengorbanan Mak Lijah.
Ada banyak sebab jadinya kawen paksa ni:
1. mak suruh kawen dengan pilihan hati dia (ini pon ada banyak sebab)
- orang sekampung/senegeri
- sama darjat (macam filim Ibu Mertuaku)
- pilihan hati sehati sejiwa dengan ibu bapa
- dah ditunangkan sejak kecil (oh...tragisnya)
- mengukuhkan hubungan persaudaraan/persahabatan
- mengukuhkan kewangan (??)
- mengukuhkan legasi
2. mak we/pak we tak up to parents' standard (tak capai piawaian), so kena cari yg setaraf
3. sudah 'accident'
4. kena cekup
Ada sesiapa nak tambah lagi?
Thursday, March 02, 2006
Mak Lijah kata nak sambung komen PGLTM tapi a lot has been said in the media plus me being so busy lately (bad excuse). So sambungan ini is just the single thought that caught my attention and rasa mesti sangat disebut.
5. Props - terer diorang buat. Hanyalah 2 bungkah dan turun naik platform kat belakang tu, tapi cukup berkesan untuk mengubah lokasi dan mood. Tak lupa juga scene kat pelabuhan Melaka yang cukup simple tapi amat cukup untuk mewakili zaman dan suasana itu.
6. Musical arrangements - terkagum jua. Tak tau nak ulas sebab macam tak percaya ianya sebuah produksi Made in Malaysia.
7. Pocahontas - teringat dia sebab ada sedikit persamaan dengan filim tu. Pocahontas berambut panjang, PGL pon berambut panjang. Dua-dua menyanyi kat gunung. Dua-dua about love.
8. Dancers / supporting roles - suka tengok penari-penari yang lemah gemalai tu. terer sungguh mereka. Suka tengok Nenek Kebayan. Kalau terjumpa kat Jinjang ni, harus Mak Lijah tekan minyak lagi kuat (walaupun minyak dah naik tigaposen).
9. Promo - bagus sebab diorang buat media campaign. Nak pastikan orang curious dan because of that, teringin nak tengok. Baik papers, mahupun tv, promo dibuat bersungguh-sungguh.
10. Istana Budaya - ini jer yang kurang sikit. Namanya bertaraf dunia, tapi... rasanya bertaraf ASEAN jer lah kut. Ruang tempat duduk sempit sangat sampai kaki Pak Lijah 'terperangkap'. Kaki Mak Lijah tak perlah, bukannya panjang mana pon. Kalau ada orang nak keluar, terpaksalah kami semua ni bangun sebab laluan terlalu sempit.
Itu jerlah. Memang Mak Lijah puas hati sungguh menonton teater ini. Sekali lagi:
Terima kasih Puteri Gunung Ledang The Musical kerana telah mengubah persepsi dan pendirian Mak Lijah tentang teater Malaysia.