Thursday, March 02, 2006

Mak Lijah kata nak sambung komen PGLTM tapi a lot has been said in the media plus me being so busy lately (bad excuse). So sambungan ini is just the single thought that caught my attention and rasa mesti sangat disebut.

5. Props - terer diorang buat. Hanyalah 2 bungkah dan turun naik platform kat belakang tu, tapi cukup berkesan untuk mengubah lokasi dan mood. Tak lupa juga scene kat pelabuhan Melaka yang cukup simple tapi amat cukup untuk mewakili zaman dan suasana itu.

6. Musical arrangements - terkagum jua. Tak tau nak ulas sebab macam tak percaya ianya sebuah produksi Made in Malaysia.

7. Pocahontas - teringat dia sebab ada sedikit persamaan dengan filim tu. Pocahontas berambut panjang, PGL pon berambut panjang. Dua-dua menyanyi kat gunung. Dua-dua about love.

8. Dancers / supporting roles - suka tengok penari-penari yang lemah gemalai tu. terer sungguh mereka. Suka tengok Nenek Kebayan. Kalau terjumpa kat Jinjang ni, harus Mak Lijah tekan minyak lagi kuat (walaupun minyak dah naik tigaposen).

9. Promo - bagus sebab diorang buat media campaign. Nak pastikan orang curious dan because of that, teringin nak tengok. Baik papers, mahupun tv, promo dibuat bersungguh-sungguh.

10. Istana Budaya - ini jer yang kurang sikit. Namanya bertaraf dunia, tapi... rasanya bertaraf ASEAN jer lah kut. Ruang tempat duduk sempit sangat sampai kaki Pak Lijah 'terperangkap'. Kaki Mak Lijah tak perlah, bukannya panjang mana pon. Kalau ada orang nak keluar, terpaksalah kami semua ni bangun sebab laluan terlalu sempit.

Itu jerlah. Memang Mak Lijah puas hati sungguh menonton teater ini. Sekali lagi:

Terima kasih Puteri Gunung Ledang The Musical kerana telah mengubah persepsi dan pendirian Mak Lijah tentang teater Malaysia.

3 comments:

Ayah said...

Saya pon cukup gembira dengan pencapaian teater PGL ini.. namun saya rasa janganlah terus berpuashati... baikilah lagi kemampuan menganjur dan mempersembah teater tersebut...

ps: tunggu peluang dapat berteater dengan Mak Lijah lagi...

Ayah said...

Saya pon cukup gembira dengan pencapaian teater PGL ini.. namun saya rasa janganlah terus berpuashati... baikilah lagi kemampuan menganjur dan mempersembah teater tersebut...

ps: tunggu peluang dapat berteater dengan Mak Lijah lagi...

maklijah said...

Typical manusia, tak pernah berpuashati...