Wednesday, March 08, 2006

Kahwin Paksa

Tak..Mak Lijah tak kena kawen paksa dulu. Kawen dengan rela hati. Kawen dengan one and only Pak We. Tak boleh nak bayangkan kalau kena kawen paksa. Dah ler frust kena putus dengan Pak We, pas tu kena plak kawen dengan orang yang kita tak sayang. Cemana ek?

Bagi Mak Lijah (this is my own personal opinion, not representing anyone but me, I and myself), biarlah perkahwinan itu dibina atas asas kasih sayang. Memang betul ada yang bercinta lepas kawen, tapi pada zaman ini, mesti ada 'masa bertenang' sekurang-kurangnya beberapa bulan untuk membina kasih sayang itu sebelum Tok Kadi berjabat dengan pasangan kita.

Agaknya cemana orang-orang zaman tok-tok dan wan-wan mahupun mak bapak kita dulu dikawenkan, ek? Tak pernah jumpa, tentiba dah sah jadi suami/isteri kita. Tapi, perkahwinan yang macam tulah yang abadi dan hanya dipisahkan bila roh meninggalkan jasad.

Hmm... ilham ni timbul selepas 'bersembang' dengan seorang kawan yang membandingkan pengorbanan dia dengan pengorbanan Mak Lijah.

Ada banyak sebab jadinya kawen paksa ni:

1. mak suruh kawen dengan pilihan hati dia (ini pon ada banyak sebab)
- orang sekampung/senegeri
- sama darjat (macam filim Ibu Mertuaku)
- pilihan hati sehati sejiwa dengan ibu bapa
- dah ditunangkan sejak kecil (oh...tragisnya)
- mengukuhkan hubungan persaudaraan/persahabatan
- mengukuhkan kewangan (??)
- mengukuhkan legasi
2. mak we/pak we tak up to parents' standard (tak capai piawaian), so kena cari yg setaraf
3. sudah 'accident'
4. kena cekup

Ada sesiapa nak tambah lagi?

2 comments:

Ayah said...

saya pon kawin sebab dipaksa... dipaksa oleh perasaan cinta yang sangat mendalam....

skalo said...

Ayah buat lawak ya ...

Tapi kalau dah terima semuanya kahwin paksa pun boleh ok. Yang kahwin terpaksa ni kira bahaya jugak kan dok terkenang je pilihan hati .. Kahwin pilihan sendiri pun belum tentu hujungnya.

Kawan saya ada yang frust sbb GF dia dulu kahwin paksa dengan pilihan orangtua. Tapi mungkin sudah tertulis akhirnya kahwin jugak mereka berdua. Yang kesiannya kawan saya ni setengah gila jugak masa baru terpisah. Siap main basketball sorang-sorang di pagi-pagi.