Sunday, June 11, 2006

Kia Ora

At last, Mak Lijah and family menjejakkan kaki jua di bumi Kiwi ini. Setelah lebih dua dekad memendam angan-angan, maka akhirnya, pada 28 Mei 2006, tibalah Mak Lijah sekeluarga di Auckland, New Zealand.

Betul-betul macam mimpi. Banyak kali juga suruh Pak Lijah cubit Mak Lijah, kut-kut tengah mengigau. Rugilah pulak kalau memang betul tengah mimpi. Tapi pengalaman membawa anak-anak Mak Lijah menaiki pesawat untuk perjalanan selama 10 jam lebih mengerikan. Pun begitu, syukur mereka tak meragam, cuma excitednya semacam jer.

Gerimis di airport Auckland baru sahaja reda sebaik kami mendarat kira-kira pukul 10.45 pagi. Kami disapa oleh angin sejuk New Zealand pada suhu 16 darjah selsius. Budak-budak boleh tahan lagi. Relak jer diorang, macam sejuk tu biasa jer sedangkan Mak Lijah dah mula menggigil semasa mengambil gambar mereka.

Kami dibawa melawat ke Mt. Eden, sebuah bekas gunung berapi yang telah lama mati. Seperti yang diduga, pemandangannya memang indah sekali. New Zealand is rich in a variety of awesome landscapes. Seperti yang kita belajar dalam Ilmu Alam dulu, NZ has spectacular glaciers, picturesque fiords, vast plains, subtropical forest, volcanic plateau, miles of coastline with gorgeous sandy beaches - all left me speechless and breathless...

Nanti sambung lagi...

2 comments:

Ayah said...

Quiz : Namakan Selat yang memisahkan Pulau Selatan dan Pulat Steward? Markah 15

maklijah said...

Pulau Steward bukan kat Equador, ke? Mana ada selat?