Hari ni masuk hari ke 18 kita berpuasa. Mak Lijah betul-betul mati kutu. Tak tau nak buat lagu mana dah. Anak-anak Mak Lijah ni, bukan setakat ada taste masing-masing yang sangat-sangat berbeza, ditambah pula dengan hangin hari-hari tertentu bab pilihan lauk berbuka puasa. Tak taulah angin monsun ka... angin xanane ke.. apakebendenya... Letih betul nak cari idea ni. Macam-macam dah Mak Lijah masak. Ayam masak merah, sup tulang, ikan taucu, ikan kukus, ketam, udang, you name it lah... Kalau hari baik, memang licin lah apa saja yang Mak Lijah masak. Kalau mari hangin tu...
Semalam sebelum sampai rumah, Mak Lijah singgah sekejap kat a small bazaar Ramadhan untuk beli air kelapa for Kakak. Sambil tu, TERbeli juga dua ketul ayam goreng berempah dengan 3 biji pegedil.
Bila sampai rumah, Mak Lijah pun masak lemak cili padi ikan patin, kerang, sayur buncis dll. yang Mak Lijah kira okaylah dengan citarasa budak-budak tu yang suka masak lemak apapun. At the same time Putiha pula bagitau kata ada 2 biji telur retak masa dia alihkan dari bekas ke dalam fridge. Mak Lijah pun suruhlah dia goreng dadar je telur tu daripada busuk dok dalam fridge dalam keadaan tak sempurna dan contaminated.
Tiba jer masa berbuka, both Abang and Kakak tenung je hidangan atas meja tu. What? Anything wrong?
Abang hanya makan telur dadar (sahaja), Kakak only took the ayam goreng yang Mak Lijah beli tadi, while Danisy happily eating all-he-can sayur buncis dan kerang. Adehh.... Hari ni nak masak apa pulak?
Wednesday, October 11, 2006
Citarasa
4 comments:
Mungkin Mak Lijah boleh tanya mereka dulu apa yang mereka mahukan. Tapi ni bahaya juga nanti kasi cek terbuka pulak ... Tapi takpalah janji mereka makan. Lagi teruk kalau mereka tak makan langsung. Maknanya depa menghargai juga usaha mama mereka.
banyoknya mak lijah punya juadah bukak puasa.. puasa dari mentari muncul(kurang lebih) sampei mentari terbenam je tau ...
dilema seorang ibu, masak anak tak makan, tak masak kesian pulak sbb puasa. ibu selalunya makan apa saja...wpun masa masak nak cater selera ayah dan anak bukan selera sendiri.
errr..makciklijah..amvoi!macam kukenal dan pernah kujumpa, tapi dimana ya??? makciklijah ni bawak honda city biru ka? salam hari raya! sorry kalu silops org uols!
Post a Comment