Tuesday, November 14, 2006

Manusia Berhati Syaitan

MANUSIA APA NAMANYA NI? PATUT DICURAHKAN PETROL JUGA KAT LELAKI TAK GUNA NI DAN DIBUAT UNGGUN SAJA.


‘Anak menggelupur dijilat api’

KOTA BHARU 13 Nov. – Seorang isteri tidak menyangka lelaki warga Pakistan yang menjadi suaminya tiga bulan lalu sanggup membakar ibu mertua dan anak tirinya dengan petrol di rumah mereka di Kampung Bukit Payung, Pasir Akar, Jerteh, pagi semalam, hanya kerana perselisihan kecil.
Che Rohani Deraman, 28, berkata, dia cuba membantu tetapi terlambat kerana ketika itu mangsa, Siti Hajar Abdullah, 64, bersama cucunya, Nurul Isyirah Mohd. Halmi, 3, dan jiran, Banu Dagang, 67, sudah menggelupur kesakitan setelah api menyambar pakaian mereka.
Berikutan itu, Nurul Isyirah yang melecur hampir seluruh badan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil manakala Siti Hajar yang terbakar hampir 30 peratus dirawat di Wad 4 HUSM.
Jiran mereka, Banu yang hanya melecur di bahagian belakang badan dan kaki, diberi rawatan sebagai pesakit luar.
Che Rohani yang ditemui di HUSM hari ini berkata, perkahwinan kali kedua tiga bulan lalu yang dianggap boleh membawa lebih kebahagiaan bagi keluarganya, akhirnya menimbulkan musibah dan dia serik untuk meneruskan perkahwinan tersebut.
Sebelum kejadian, Che Rohani, ibu kepada seorang anak itu menceritakan dia berselisih faham dengan suaminya kerana melengah-lengahkan urusan untuk memperbaharui pasport dan dia (Che Rohani) keberatan untuk menemaninya ke Pejabat Imigresen.
‘‘Ekoran itu, dia merungut lalu bergegas keluar dari rumah sebelum balik semula dengan membawa bersama petrol yang diisi dalam kampit plastik.
‘‘Ketika itu, ibu saya (Siti Hajar) bersama jiran yang ternampak suami saya, menegurnya kerana membawa petrol ke dalam rumah lalu terjadi pertengkaran,” ujarnya.
Dalam pertengkaran kira-kira pukul 9 pagi, anaknya yang ketika itu berada di dapur berlari keluar untuk melihat nenek dan bapa tiri bergaduh, sebelum suspek yang menjalankan perniagaan permaidani dari rumah ke rumah mencurah bahan api lalu menyalakannya.
‘‘Sebaik saja Nurul Isyirah berada bersama neneknya, tiba-tiba api terus menyambar dan membakar ketiga-tiga mereka.

1 comment:

Anonymous said...

JANGAN SALAHKAN SETAN... SETAN PON SAYANG ANAK-ANAK DIA... AJAK MASUK NERAKA SEKALI!