Friday, September 28, 2007

Jealousy


Here I am actually watching and paying attention to a boring BBC Prime tv program about JEALOUSY in a lousy low class hotel in cold Geneva. I can’t believe I am allowing myself being indulged with this matter. What is Geneva doing to me?
(If you are coming to Geneva, TRY AS MUCH not to stay at this W hotel in Rue de Bern)

Kisah benarnya macam ni (program dia berbentuk reality show). Ada sorang pompuan ni, namanya Kelly, teramatlah jelesnya kepada pasangannya, Nick, sehingga dikatakan memudaratkan perhubungan mereka. Kelly sentiasa mahu tahu apa yang Nick buat sepanjang masa dan selalu mengesyaki Nick melakukan sesuatu di luar pengetahuannya. Contohnya dia selalu menelefon Nick walaupun Nick sedang bermain golf ketika itu dan menuduh dia membuat perkara lain.

Ada seketika tu, mereka pergi dating di sebuah pub. Nick memesan beer untuk mereka berdua dan bersedia untuk bermain pool. Baru seteguk minum, Kelly dah gelabah tanya Nick macam-macam soalan provokasi. Baru saja Nick pegang kayu nak mula main pool tiba-tiba Kelly kata dia don’t feel too well dan minta Nick hantar dia balik. Nick terkedu lalu dengan berat hati berjalan keluar, tetapi berpatah balik untuk berkata sesuatu kepada rakannya yang sedang bermain pool. Kelly pun mengamuk lalu memalukan Nick di hadapan kawan-kawan dia.

Oleh kerana jelousy yang keterlaluan ini, mereka decided to consult a therapist. Selepas beberapa terapi, Kelly menunjukkan perubahan yang positif dan tidak lagi jeles yang ekstrim. Sayangnya, Nick pula yang mula mengesyaki Kelly mempunyai kekasih baru kerana Kelly tidak lagi sibuk bertanya ke mana dia pergi dan sebagainya seperti dulu!

Snap..!

Attention.. attention… So is jealousy good or bad when it’s Nick’s turn now to become jealous?

Mak Lijah rasa jealousy is a form of therapy by itself. It’s a form of check and balance. Kalau kita jeles, sebenarnya kita rasa tergugat kerana ada orang lain diberi perhatian selain daripada kita. Why is that? Kita jer ke yang perlu diberi perhatian tu?

Jawapannya, YES! Ha..ha.. cruel, kan? Mua ha..ha..ha..

Tuesday, September 25, 2007

Monday, September 03, 2007

Gadis dan Bunga




Yesterday Mak Lijah attended convocation anak saudara Mak Lijah di UNITEN. Penuh warna-warni dengan bunga.


Teringat jaman Mak Lijah terima ijazah dolu-dolu kat Dewan Tuanku Syed Putra, USM. Masa tu terasa amat meriah. Pesta konvonya dekat saja dengan Dewan Canselor. Betul-betul pesta. Seronok rasanya.

Berbanding dengan USM, Mak Lijah keliru pula samada UNITEN ada buat ke idak Pesta Konvonya seperti universiti-universiti lain. Ataupun tempat berlangsungnya Pesta Konvo tu di tempat lain, berjauhan dengan dewan tempat menerima ijazah. Macam tu ke? Aiseh... terlepas lah pulak.
Masa berlangsungnya penyampaian ijazah tu, Mak Lijah dapat sakit kepala pulak sebab cuaca yang panas terik ditambah lagi sebab terpaksa lepak kat khemah atas jalan tar sambil melihat berlangsungnya majlis menerusi kaca tv saja. Tak dapatpun masuk Dewan yang dingin tu, kuota dah penuh. Kalau kat USM, kaum keluarga lain dapat juga duduk dalam sebuah dewan khas yang dingin sambil menonton lintas langsung dari situ. Selesai saja majlis, hujanpun turun renyai-renyai. Patutlah panas tadi...
Apa-apapun, Mak Lijah seronok juga sebab anak saudara Mak Lijah ni, dah berjaya mendapat segulung ijazah. Terasa macam baru minggu lepas menghantar dia ke kampus di Muadzam Shah. Cepatnya masa berlalu...