Monday, September 03, 2007

Gadis dan Bunga




Yesterday Mak Lijah attended convocation anak saudara Mak Lijah di UNITEN. Penuh warna-warni dengan bunga.


Teringat jaman Mak Lijah terima ijazah dolu-dolu kat Dewan Tuanku Syed Putra, USM. Masa tu terasa amat meriah. Pesta konvonya dekat saja dengan Dewan Canselor. Betul-betul pesta. Seronok rasanya.

Berbanding dengan USM, Mak Lijah keliru pula samada UNITEN ada buat ke idak Pesta Konvonya seperti universiti-universiti lain. Ataupun tempat berlangsungnya Pesta Konvo tu di tempat lain, berjauhan dengan dewan tempat menerima ijazah. Macam tu ke? Aiseh... terlepas lah pulak.
Masa berlangsungnya penyampaian ijazah tu, Mak Lijah dapat sakit kepala pulak sebab cuaca yang panas terik ditambah lagi sebab terpaksa lepak kat khemah atas jalan tar sambil melihat berlangsungnya majlis menerusi kaca tv saja. Tak dapatpun masuk Dewan yang dingin tu, kuota dah penuh. Kalau kat USM, kaum keluarga lain dapat juga duduk dalam sebuah dewan khas yang dingin sambil menonton lintas langsung dari situ. Selesai saja majlis, hujanpun turun renyai-renyai. Patutlah panas tadi...
Apa-apapun, Mak Lijah seronok juga sebab anak saudara Mak Lijah ni, dah berjaya mendapat segulung ijazah. Terasa macam baru minggu lepas menghantar dia ke kampus di Muadzam Shah. Cepatnya masa berlalu...

7 comments:

Ayah said...

Agaknya Mak Lijah grad USM tahun bila ye? Masa tu dah ada kaler TV ke?

Anonymous said...

Mak Lijah taklah setua Ayah. Masa tu, mobile phone chap Mo**r*l* seberat dan sebesar bata baru diperkenalkan di Mesia. Chap lain tak masuk pasaran lagi. He..he..he..

Anonymous said...

Oh kira dah banyak la kemajuan masa Mak Lijah grad tu. Masa saya grad - mobile phone sebesar bateri kereta.

:D

Anonymous said...

yg gambor tu anak penakan mak lijah ke atau gambar komersil saja .. masa saya grad dulu takde pun org bagi bunga .... sambut pun sorang2 je ..

Anonymous said...

konvo kat usm, lepas dapat scroll gi tangkap gambar kat VC rock :)

Anonymous said...

konvo kat usm, lepas dapat scroll gi tangkap gambar kat VC rock :)

Anonymous said...

mak andeh : mobile yang macam tu pun ada, dan masih baru di pasaran

skalo : tu anak penakan maklijah lah

cyberdad : ya..ya..ya.. tempat wajib tu!