Friday, September 28, 2007

Jealousy


Here I am actually watching and paying attention to a boring BBC Prime tv program about JEALOUSY in a lousy low class hotel in cold Geneva. I can’t believe I am allowing myself being indulged with this matter. What is Geneva doing to me?
(If you are coming to Geneva, TRY AS MUCH not to stay at this W hotel in Rue de Bern)

Kisah benarnya macam ni (program dia berbentuk reality show). Ada sorang pompuan ni, namanya Kelly, teramatlah jelesnya kepada pasangannya, Nick, sehingga dikatakan memudaratkan perhubungan mereka. Kelly sentiasa mahu tahu apa yang Nick buat sepanjang masa dan selalu mengesyaki Nick melakukan sesuatu di luar pengetahuannya. Contohnya dia selalu menelefon Nick walaupun Nick sedang bermain golf ketika itu dan menuduh dia membuat perkara lain.

Ada seketika tu, mereka pergi dating di sebuah pub. Nick memesan beer untuk mereka berdua dan bersedia untuk bermain pool. Baru seteguk minum, Kelly dah gelabah tanya Nick macam-macam soalan provokasi. Baru saja Nick pegang kayu nak mula main pool tiba-tiba Kelly kata dia don’t feel too well dan minta Nick hantar dia balik. Nick terkedu lalu dengan berat hati berjalan keluar, tetapi berpatah balik untuk berkata sesuatu kepada rakannya yang sedang bermain pool. Kelly pun mengamuk lalu memalukan Nick di hadapan kawan-kawan dia.

Oleh kerana jelousy yang keterlaluan ini, mereka decided to consult a therapist. Selepas beberapa terapi, Kelly menunjukkan perubahan yang positif dan tidak lagi jeles yang ekstrim. Sayangnya, Nick pula yang mula mengesyaki Kelly mempunyai kekasih baru kerana Kelly tidak lagi sibuk bertanya ke mana dia pergi dan sebagainya seperti dulu!

Snap..!

Attention.. attention… So is jealousy good or bad when it’s Nick’s turn now to become jealous?

Mak Lijah rasa jealousy is a form of therapy by itself. It’s a form of check and balance. Kalau kita jeles, sebenarnya kita rasa tergugat kerana ada orang lain diberi perhatian selain daripada kita. Why is that? Kita jer ke yang perlu diberi perhatian tu?

Jawapannya, YES! Ha..ha.. cruel, kan? Mua ha..ha..ha..

9 comments:

Anonymous said...

Mak Lijah raya kat Geneva ka? Per pun slamat hari raya naaa...

-nippon-mandailing & mrs-

Anonymous said...

KHAS BUAT MAKLIJAH :

http://www.youtube.com/watch?v=4AZXaB9r2B0

Anonymous said...

btw, tahniah di atas kenaikan pangkat :-)

Anonymous said...

nippon-mandailing & mrs : Tak... Dah balik Mesia pun.. Beraya di Pahang tahun ni. Selamat Hari Raya..

pencinta wanita : Tak dapatlah...

k w : Itu cerita pelesu!

~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~

Anonymous said...

Pancutan air tinggi dan jam bunga tu mengimbau memori tahun 1991... masih tak berubah rupanya Geneva

Lama ke kat sana... lama tak dengar khabar berita

Yeen said...

totally agree -- I'd say YES, YES and YES too!

Eh btw, upload ler gambar geneva park and lake in france yg cantek tu.....

Anonymous said...

aiseh tak penah sampai geneva lagi la.. cam best je.

jealous tu tanda sayang kot. jgn sampai blind jealousy = cemburu buta dah la

Anonymous said...

Apala nak jeles jeles ni. Kalau tak caya partner macam mana nak teruskan? Buat sakit jiwa je ...

Anonymous said...

cm : agaknya masih samalah dengan 16 tahun yang lalu... Dua minggu di Geneva in 3 different hotels. Baru 3-4 hari balik Mesia.

zaireen : ha..ha..ha.. setuju,ya? Lepas ni gambar Geneva akan muncul

cyberdad : Geneva cantik and best sangat. Siap dapat menyeberang border ke France lagi!
Cemburu buta memanglah cari padah..

bukatutup : jeles tu asam garam perhubungan. Sekadar perasa saja, bukan ramuan utama.

~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~