Sunday, October 05, 2008

Lagu dan Kisah Raya

Walau dah banyak lagu Raya versi baru sekarang ni, Mak Lijah masih lagi prefer lagu lama-lama zaman 60-an dan 70-an dolu-dolu. Tak kiralah kalau dibuat remix dan dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyanyi millenium ni, telinga ni lebih serasi dengan suara Ahmad Jais, Saloma dan Sanisah Huri jer. Tak lupa yang kemudian sedikit macam lagu oleh DJ Dave, Sharifah Aini, Hail Amir dan Uji Rashid. Pehtu ada plak lagu Anuar dan Elina. (Mak Lijah tak reti nak letak lagu-lagu tu kat sini.  Ada tak sesiapa bole ajar Mak Lijah macamana nak pasang lagu kat sini?)

Pun begitu, Mak Lijah menghargai gubahan era 90-an dan awal 2000 yang juga sedap dan tak sakit telinga mendengarnya macam lagu Suatu Hari Di Hari Raya oleh M. Nasir, dan Pulanglah oleh Aishah.

Cerita Raya pulak.

Tahun ni, buat kali pertamanya sejak 15 tahun lalu, Mak Lijah tak berada di atas PLUS pada Hari Raya ke dua. Tahun ni, buat pertama kalinya Hari Raya ke dua, ke tiga dan ke empat kami sekeluarga berada di Santan, Perlis. Aduh.. best nyer... Terima kasih Pak Lijah...

Tahun ni, hanya keluarga Mak Lijah dan keluarga Abang Adik sahaja yang beraya pertama di Santan, while Abang Jam and Teh sekeluarga beraya pertama di rumah mertua masing-masing di Perak dan Kelantan.

Sehari sebelum Raya tu, Mak Lijah dah terpacak di pasar Kangar beratur kerana nak beli santan. Masa tu kira-kira pukul 6.55 pagi. Walaupun ada tiga tempat yang menjual santan,
queue tetap juga berlapis-lapis. Betapa pentingnya santan dalam menu Raya... Akhirnya, dari masih gelap, sehinggalah cerah, Mak Lijah pun dapatlah santan 3 kilo untuk buat rendang ayam, rendang daging dan gulai daging. Kuah laksa dah siap malam tadi lagi.

Pagi-pagi Raya tu, selepas sembahyang subuh, bergegas Mak Lijah ke dapur untuk "memproses" segala bagai. Nak siap cepat sebab kejap lagi nak ke masjid. Sampai je di mesjid Santan, jumpalah sanak-saudara dan sahabat-handai yang hanya kami jumpa setahun sekali. Lepas sembahyang, Mak Lijah dan Kakak berjalan balik sebab saja nak menyesakkan Jalan Santan yang dah tak berapa sempit tu.

Pada Hari Raya ke dua, f
inally, everybody was back in the small, newly renovated house filled with new furnitures. And now the photo shoot ...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...!





1 comment:

Ned said...

Mak Lijah oi..non ado pic lauk pauk d pagi raya ke? Family picas tu wa nampak Danish jehh in red t-shirt..heheeheh. Meriah ek raya tahun ini