Tuesday, August 30, 2005

Penghijrahan

Tiga tahun kebelakangan ini merupakan era penghijrahan bagi Mak Lijah. Of course, there were ups and downs and these have changed my outlook about career, family and my entire life.

Selepas Danisy hadir pada tahun 2002, penghijrahan mula berlaku progressively. Towards the second half of the year, I was made to move to another room, selepas dihulur ucapan tahniah. Penghijrahan itu penuh dengan emosi kerana Mak Lijah telah menghuni bilik itu selama enam tahun tujuh bulan. It took me almost two months to really move out of the room. Itupun dengan penuh rasa berat hati dan kaki. Masa itulah ketemu kembali surat-surat lama dari rakan setugas di Brussels dan Geneva. Kini mereka amat senior di tempat Mak Lijah bertugas ini.

Perpindahan ke bilik baru dibantu dengan penuh ceria oleh rakan-rakan yang menyokong kerjaya Mak Lijah selama ini. Merekalah yang paling sibuk tolong memindahkan barang dari 'bilik enam tahun'. Dari sebesar-besar kabinet, hinggalah sekecil-kecil bekas pensil, semuanya dibantu. Bukannya jauh sangatpun. Seberang jer. Sungguh terharu sekali.

Penghijrahan itu mengubah skop kerja Mak Lijah seiring dengan peningkatan tanggungjawab. Hari-hari dilalui dengan cubaan-cubaan dan beban kerja yang makin mencabar. Lama-kelamaan Mak Lijah mula balik kerja lewat, antara pukul 10.00 hingga 12.00 tengah malam. Tak pernah jumpa siang di rumah.

Ketika itulah Mak Lijah mula menilai kembali kehidupan Mak Lijah. Terfikir betapa susahnya mencari rezeki sehingga tak berkesempatan untuk berkongsi cahaya matahari bersama anak-anak. Sehingga tiba pada suatu saat Mak Lijah rasa tiada gunanya lagi Mak Lijah menghabiskan masa mencari rezeki sedangkan rezeki itu dicari dan untuk dikongsi untuk kebahagian keluarga. Bagaimana nak berkongsi rezeki itu sekiranya pergi dan balik kerja sentiasa di kala mata anak masih rapat enak dibuai mimpi. Dan ketika itulah telah terdetik di hati untuk meletakkan jawatan sahaja.

Setelah puas menilai... tiba pada suatu pagi di hari yang istimewa, Mak Lijah menerima faks yang menawarkan suatu peluang yang pada ketika itu Mak Lijah rasa hanya boleh dapat dalam mimpi sahaja. Dan yang lebih manis, faks itu diterima pada 25 Julai, tarikh lahir Mak Lijah.

Susulan dari penerimaan faks itu, pada tahun berikutnya, di bulan Mei, maka bermulalah suatu lagi penghijaran, suatu perjalanan baru yang Mak Lijah anggapkan sebagai pakej "dua dalam satu". Yang pertama sekali, ia adalah "operasi menyelamat" dan yang ke dua adalah ialah suatu impian yang menjadi kenyataan.

Setahun telah berlalu, dan kini satu penghijrahan berlaku lagi apabila Mak Lijah kembali bertugas. Walaupun berbeza, tetapi tetap sehebat tugas dahulu juga. Pun begitu, kini Mak Lijah rasa telah dicompensate.

Here begins another long journey should Allah permits my presence. I thank God for whatever was granted. Yang baik hanyalah dari Dia dan Mak Lijah hanyalah hamba di bumi ini yang hanya mampu merancang dan di bumi merdeka inilah jua Mak Lijah mencari rezeki.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 48 MALAYSIA KU!

No comments: