Last weekend Mak Lijah pergi lunch di Salero Negori kat Hartamas dengan Kakak and Danisy. Mak Lijah drove agak laju, about 120 km/h kat Jalan Kuching sebab takut terlambat, lauk habis. Masa tu tengok jam keter dah pukul 2.18 pm. Ini gara-gara tunggu lawyer yang lambat datang ke rumah lah. If not we all dah bersiap pukul 12.00 tgh lagi.
Mujurlah ada banyak lagi lauknya dan tak ramai orang, cuma tiga meja jer occupied. Mungkin sebab hari Sabtu. Kalau hari lain, kadang-kadang tu pukul 1.15 pm pun lauk dah habis. Sampai jer kat restoran tu, Mak Lijah suruh Kakak dan Danisy duduk kat satu meja kat sudut tu dan terus order lauk-pauk kegemaran Mak Lijah, gulai urat, ayam goreng berempah, masak lemak tempoyak pucuk ubi dll pucuk lagi + petai, pegedil dan kari ayam untuk Kakak.
Selang sebuah meja dari meja kami ada ler 2-3 orang perempuan dan seorang kanak-kanak about Danisy's age sedang menjamu selera. Kakak dan Danisy yang memang lapar dari tadi betul-betul concentrate makan tapi kumat-kamit mulut tak sudah-sudah, pot-pet...pot-pet... Mak Lijah pun enjoy gak ler makan sebab dah lama tak ke situ.
Habis makan jer Kakak and Danisy pun ke belakang nak basuh tangan sementara Mak Lijah buat operasi DBKL - menghabiskan lauk. Sedang asyik membuat operasi tu, Mak Lijah paling ke belakang dan ternampak imej Kakak kat cermin almari sedang menarik-narik sesuatu. Mak Lijah rasa pelik sebab it's so unlikely that Kakak would be pulling Danisy's hand. Tiba-tiba Mak Lijah dengar suara Kakak dah jadi semakin kuat, "Dah lah tu, jangan bergaduh."
Alamak! Lagilah pelik! It's so unlikely that Danisy would be involved in a fight! Mak Lijahpun bingkas bangun dan terus meluru ke arah budak-budak tu. At the same time, Kakak dah berjalan ke arah Mak Lijah memegang tangan Danisy dan budak yang duduk kat meja tadi tu mengekor Danisy dengan tangan ada gaya nak memukul Danisy.
Oh my God! Apa dah jadi ni? Mak Lijah cepat-cepat tarik tangan Danisy, berlakon sikit dan bertanya kuat-kuat kat Danisy sambil berjalan ke meja kami...
"Kenapa Adik? Dia buat apa kat Adik?"
"Dia cubit Danisy."
"Danisy cubit dia ke? Kakak, what happened?"
"Tak tahu... Budak tu tak bagi Kakak dengan Danisy lalu, lepas tu tiba-tiba jer dia tarik baju Danisy. Lepas tu dia cubit tangan Danisy. Kakak pun dia cubit. Kat sini..." (menunjuk kat perut)
(Ni masih dalam babak lakonan sebab suara sedikit kuat dan lakonan ala-ala loyar soal-balas saksi)
"Ishh... takkan lah dia saja-saja cubit Danisy? Habis tu? Danisy buat apa?"
"Tak buat apa-apa. Danisy tarik balik baju Danisy je."
"Danisy tak cubit dia balik?"
"Tak..." (Masa ni Mak Lijah rasa bangga sikit.)
Tiba-tiba...
"Excuse me? Anak you kena cubit ke? Itu mesti anak I yang cubit. Kat mana dia cubit?"
"Eh, it's ok.. Budak-budak..."
"No, it's not. Dia ni nak berkawan, tapi kasar sikit."
And she left just to come back with the boy.
"XYZ, salam... and say sorry."
Danisy pun angkat tangan dia untuk bersalam, tapi si XYZ tu tak angkat pun tangan dan pandang tempat lain.
"Danisy, salam..? "
Danisy pun salam dengan budak tu, feeling puzzled (I guess dia tak paham kenapa dia pulak yang kena beriya hulur tangan sebab yang buat salah is that boy).
Danisy pun minum air sirap dan ajak Mak Lijah pulang. I can't help but feel proud that Danisy did not retaliate to that boy. But is that good for long? He will grow up and would probably meet all sorts of people yang lebih ganas dari tu. Imagine if both of them were 18, macamana, ek?
Should I teach him kick-boxing?
Monday, August 06, 2007
Jangan Bergaduh!
Monday, July 30, 2007
Wednesday, July 25, 2007
25
No... I cannot be 25 years 'young'.
Mak Lijah diakadnikahkan dengan Pak Lijah on 25 December, tahun Islam was 1 Rejab. Christmas Day. Banyak cerita-cerita best malam tu terpaksa dikorbankan sebab Pak Lijah nak datang...
I graduated from USM when I was 25. Masa tu baru kawen dengan Pak Lijah. Masih lagi di alam bulan madu.
Kakak was born on 25 June 1998.
Sean Connery, was born on 25 August 1930.
...and Happy Birthday to me, 25 July, today...
Sunday, July 15, 2007
min·i·mal·ist
being or offering no more than what is required or essential
A couple of weeks ago Mak Lijah sekeluarga pergi ke sekolah Abang for their open day. Abang had to sell school T-shirts kat gerai dia. We all lepak-lepak jer around the school compound sambil melayan Adik yang kejap nak tengok fish, sekejap nak makan sushi dan macam-macam lagilah yang dia nak buat. Macam baru terlepas dari kandang.
Ramai juga ibubapa yang datang memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka seperti kami. Tak kurang juga ada budak-budak yang mengambil kesempatan memandu kereta ibubapa mereka ke sekolah pada hari tu, Perdana, Mercedes, Volvo dan sebagainyalah. Masa itu jugalah masing-masing nak menayang girlfriend masing-masing.
Masa dok lepak kat 'pondok' depan gerai-gerai tu, Mak Lijah peratikan juga gelagat budak-budak sekolah dia, girls and boys. Although sekolah Abang is an all-boys school, student perempuan ada juga, yang belajar di tingkatan 6. Tapi yang Mak Lijah dok asyik peratikan tu, rasanya bukan budak Melayu tingkatan 6 lah. Asyik benar berkepit berpasang-pasangan.
MashaAllah... min:i:mal:ist sungguh! Jangankan skirt pun kat peha paling atas, baju/blaus pun sehabis sikit yang mungkin! Yang bersinglet pon ada, yang micro mini skirt tu.. aduh... dengan ketatnya sesendat yang mungkin - macam sarung nangka. Memang tak sampai setengah meter kain pun diguna untuk menjahit skirt tu. Rasa nak tarik-tarik jer skirt budak-budak tu. Dan yang lebih menyakitkan mata tu, they are still young, not more than 15. Mana datang budak-budak Melayu ni? Melayu kota? Isshh... Malunya Mak Lijah budak-budak sekolah ni berpakaian macam tu. Agaknya boyfriend diorang ni ada competition kut, nak tengok girlfriend siapa yang paling minimal dalam berfesyen. Lagi minimum, lagi HOT gamaknya.
Dah tua sangat ke Mak Lijah sampai dah berfikiran macam tu, hah? Conservative sangat ke Mak Lijah dalam berfesyen ni?
Rasanya kalau bab menjaga maruah ni, dia tak ikut zaman ibubapa dilahirkan, kan? Apa dah jadi dengan budak-budak perempuan Melayu ni? Ibubapa tak beri panduan ke? Ataupun ibu merekapun sememangnya berpakaian macam tu?
Wednesday, June 20, 2007
Selamat Hari Ayah, Ayah!
Thursday, June 14, 2007
Shanghai Beach
I was actually excited dapat pergi semula ke tanah besar China ni. My first trip ke negara tu was last year, ke Nanning dan Guangzhou. But that was a very short trip. Kali ni lebih lama, about 10 days.
Monday, June 11, 2007
Takjub
..dan akhirnya.. takjubnya Mak Lijah, dah tak terungkap lagi...
Sunday, June 10, 2007
Wednesday, May 09, 2007
Takjub..takjub...
Kerdilnya aku di tanah ini
Layakkah aku berdiri di sini?
Benarkah aku di hadapan mu ini?
Ya Allah... Terimalah penyerahan ku ini
~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~
Akhirnya rezeki dan takdir menentukan Maklijah dapat menjejakkan kaki di bumi Allah ini.
Syukur dapat menjejakkan kaki di sini dalam keadaan masih sihat dan dalam usia ini.
Maklijah sampai di sini lewat Mac yang lalu. Bagai dalam mimpi apabila ditanya, NAMPAK TAK KA'BAH?
Betul ke Maklijah dah sampai di sini? Betul...betul..
Benarkah di depan itu Ka'bah? Benar...benar...
Pastikah telah kucium Hajarul Aswad? Pasti...pasti...
Friday, April 27, 2007
Takjub...Takjub...Takjub...
Ini lah entry yang paling susah bagi Mak Lijah...
Paling rumit buat Mak Lijah nak luahkan dan gambarkan...
Tak kesampaian kata-kata ini...
Tak terucap lidah ini...
Macam pelukis yg ada gadis cantik di depan nya...
Palitan catnya tak mampu merakam keayuan tu..
Wahai Tuhan
Ku tak layak ke syurgamu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa-dosa ku
Terimalah taubatku
Wednesday, April 18, 2007
Saya seekor Merpati
I got this from a friend. Kelakar sangat, especially tang birthday Mak Lijah, which makes me a bird. Takut kena makan dengan meow..... What animal are you?
Tahukah anda bahawa tarikh lahir anda juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir anda serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti anda akan mengenali diri anda dengan lebih mendalam selepas ini!
KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.
TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.
ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.
SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.
MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.
PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.
MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.
HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.
Post kembali dengan menaip..."Saya seekor ....."
Monday, April 16, 2007
I found this
Sunday, April 08, 2007
I can cook!
Ingat tak dulu ada satu show kat TV - Yam Can Cook? Or... what was it? Dah terlupa, tapi ada nama Yam, lah..Dia ajar memasak, and he made it look so easy. Memang masak ni mudah jer. Ikut kitalah, nak makan yang mudah tapi sedap, or nak masak yang susah tapi sedap juga (or may be not, kalau tak menjadi).
Tapi Mak Lijah nak citer pasal petang ni - I CAN COOK..! Bukannya Mak Lijah cannot cook, tapi just couldn't cook. Dah berapa lama Mak Lijah tak pegang kuali. Dah berapa lama Mak Lijah tak menumis, menumbuk, memotong etc.
I've been travelling a lot lately... A LOT. Jarang sekali Mak Lijah ada a complete weekend of both Saturday and Sunday together. Kalau tak fly on weekdays, at least Saturday or Sunday mesti dah burnt atas kapalterbang. So finally, minggu ni Mak Lijah dapat a good set of weekend. Memang Mak Lijah teringin nak memasak, tapi rasa macam nak spend the time first dengan anak-anak and Pak Lijah.
Bermula pagi Saturday (kebetulan Putihah pulak nak take weekend off), Mak Lijah, Pak Lijah, kakak and Danisy pergi ke Bangsar, cari kedai N*kia. Nak beli handphone baru. Punyalah lama tak ke situ, rupanya dah naik Bangsar Village. Perak sungguh Mak Lijah. Dulu ada Hankyu Jaya (terasa kuno sangat) dan that big Chinese Restaurant. Sekarang dah tak ada. Dah naik this Bangsar Village yang besar and so cool. So we bought some groceries kat supermarket dia, selepas beli hp dan selepas Danisy and kakak tengok rabbit. OK lah, not bad... Terjumpa dengan boss lama Mak Lijah di situ yang dah bersara tahun lepas. Bila Danisy komplen lapar, we ate at Madam Kwan. Pehtu, pergi ke Ampang, amik cincin yang Mak Lijah repair kat situ. Balik rumah semua terkelepek letih... Malam we all pi makan kat Johny's Restaurant yang ada steambot tu. Abang pun decided to ikut sebab tak mahu kelaparan sorang-sorang kat rumah.
Hari ni, we all pi KLCC, tengok wayang and had lunch kat situ. Dah lewat petang, perut rasa lapar and rasa nak memasak tu bagai meronta-ronta. So Mak Lijah checked the fridge and checked with Pak Lijah on what he wanted to have for dinner. A few days ago dia ada tanya if we still had ikan patin, so Mak Lijah ingat nak masak tempoyak ikan patin lah. Tapi akhirnya, for the next one hour we had ikan patin masak lemak cili padi, ikan patin goreng bersambal, sayur buncis and daging goreng especially for Danisy. Sebenarnya nak goreng jugak ikan puyu pekasam, tapi tak sempat sebab Pak Lijah dah duduk kat meja and everybody dah sangat lapar.
Hey... I can cook, lah! Lama tak memasak, puas hati rasanya, walaupun tak banyak jenis lauk. Puas hatilah dapat memotong ikan patin, mengupas bawang, menumbuk cili padi, menumis cili...etc. Kelakar pun ada, rasanya... Esok Mak Lijah cuti. Rasa macam nak pergi pasar Selayang tu. Dah berbulan-bulan tak pergi. Nak masak apa, ek, esok?
Wednesday, February 21, 2007
Saja suka-suka! -AN UPDATE
5 things I would do if I were a millionaire:
1. Pergi Mekah menunaikan haji tiap-tiap tahun, bawa seluruh anggota keluarga termasuk ibu mertua dan ipar duai, dan bagi duit poket 2,000 pound sterling sorang.
2. Melancong tempat-tempat pilihan.
3. Beli rumah sederhana besar, 7 bilik tidor, ada swimming pool dan kawasan rumah yang luas. senang nak wat kenduri, tak yah kacau jalanraya nak wat khemah.
4. Derma - RM5,000 tiap-tiap bulan kepada : (i) rumah anak-anak yatim; (ii) rumah orang-orang tua; derma kepada mana-mana organisation yang wat research tentang penyakit2 kronik yang masih tak ada obatnya
5. Buka beberapa bisnes besar-besaran, bagi adik-beradik uruskan dan Mak Lijah dapat elaun taukeh jer tiap-tiap bulan.
5 bad habits:
1. Persistent
2. Tak suka senyum tak tentu pasal dan (macam CD) org yg tak kenal, kalau first time jumpa, mesti cakap Mak Lijah sombong.
3. Susah nak mesra dengan orang yang baru Mak Lijah kenal.
4. Moody (not a morning person).
5. Kadang-kadang strict yang melampau (especially on work).
5 things I hate doing:
1. Whatever that is related to pakaian (membasuh, menyidai, memungut, melipat, menggosok dsb), kecuali memakai sahaja.
2. Disuruh buat sesuatu masa baru nak start makan.
3. Menunggu kerja orang lain siap supaya kerja kita siap.
4. Turning down permintaan orang yang datang jumpa kita untuk minta tolong (tak sampai hati nak bagitau "tak boleh")
5. Waiting...waiting...waiting....
5 things I'll never do:
1. curang
2. berhutang dengan along
3. bunuh diri (macam CD)
4. potong que (kat tol, cashier shopping complex, ATM, toilet) (macam CD)
5. makan benda haram
5 things I regret doing:
1. tak serius study masa nak SPM, STPM and USM dulu.
2. kecewakan mak dan ayah suatu ketika dulu
3. didn't enjoy habis-habisan masa teenager dulu (mak n ayah = very strict)
4. not accepting offer to go oversea untuk study dulu
5. tak jaga gigi yang sangat sensitip ni betul-betul
5 fave toys or things:
1. HP
2. Notebook Dell ni.
3. My black car - hadiah dari Pak Lijah
4. Remote control Astro
5. earings
Nak tambah - 5 most hated things:
1. Having to repeat over and over again over the same thing
2. Having to listen the same thing over and over again
3. Orang potong que - MEMANG SANGAT PANTANG
4. Road bullies
5. Beli something yang mahal, tapi tak nak guna or benda tu mendatangkan masalah pulak.
Thursday, February 15, 2007
HAPPY BIRTHDAY ABANG!
Hari ni umur Abang dah 14 tahun. Dah besar panjang anak teruna Mak Lijah ni. Mak Lijah hadiahkan dia sebuah basikal yang looks really cool. Regenya tak lah cool... Hot juga purse Mak Lijah. Tak taulah dia suka ke tidak. I know he wanted a new handphone, tapi Mak Lijah tak nak hadiahkan hp sebab bukannya dia nak guna untuk telefon Mak Lijah ke sesiapa, more of as a toy. Nak download lagulah, nak main gamelah, hantar mms lah.. dan macam-macam lagi yang bukan fungsi hp yang sebenar. So Mak Lijah hadiahkan basikal yang boleh dia gunakan untuk pergi rumah kawan-kawan dia atau untuk main bola dan ke mana-mana saja yang dia suka kecuali pergi melepak tak tentu pasal... and I know that basikal is his second dalam wish list dia.
Mak Lijah pon dah tak nak beli accessory sukan kat dia. Beli sekejap punah segala. Guna bagai nak rak. Bukannya murah. Sarung tangan bola regenya RM99 satu. Beli 2 bulan sekali. Dah ler sekarang ni tengah gila sukan. Hari-hari balik lambat sebab ada game rugby. Tahun ni sekolah dia dapat tempat ke tiga. Bangganya bukan kemain lagi. Tak apalah, dua-tiga minggu ni asyik balik lambat saja, asalkan dia puas hati dapat wakil sekolah. Lepas ni sibuk dengan water polo pulak. Adehhh...
Apa-apapun Abang... Selamat ulangtahun. Semoga Abang cemerlang dalam segala aktiviti sukan dan pelajaran, ya?
Friday, February 02, 2007
The View 1
Wednesday, January 31, 2007
The Snow
Aku Yang Perak
Akhirnya Mak Lijah dapat juga menyentuh salji. Dapat berjalan semasa salji turun dengan lebatnya. Hmm… Betul ke semua ni? Betul lah tu. Ada gambar ni pun. Masa mula-mula diberitahu Mak Lijah akan ke Davos, pertama sekali yang terkeluar dari mulut Mak Lijah ialah “At last...snow!” (by now, some of you may have guessed what I do for a living).
Touch down saja kat airport Zurich, Mak Lijah nampak putih jer kat landasan. Salji kah tu? Keluar saja dari perut kapalterbang, bernafas pun dah keluar asap. Apatah lagi bercakap. Oh..!! Perak nye aku! Salji dahpun turun the day before. Yang tinggal adalah landasan ais.
The Journey
As we were driving to Davos, Mak Lijah refused to kelipkan mata sebab tak nak miss a single second to cherish the beautiful, scenic view (of my dream) of snow covered mountains, trees, houses etc. Mak Lijah describekan kat Kakak my experience tu seperti berada dalam movie Narnia.
By the time we reached Davos, salji mula turun. Mak Lijah tadahkan tangan yang bersarung bagi merasa kehalusan salji. Aduh.. bestnya... Rasa kelakarpun ada sebab ketawakan diri sendiri yang begitu teruja dengan “kejayaan” untuk menyentuh salji akhirnya selepas bertahun-tahun memendam rasa. Banyak ler gambar dirakamkan for the memorable event in my entire life.
The next day, salji mula turun seawal pukul 5 pagi lagi. Berjalan ke tempat mesyuarat pun semasa salji sedang turun dengan lebatnya. Dan pemandangan teramat indah sekali. Betul ke aku berada di sini? Betul ke semua ini sedang berlaku ke atas diri aku?
AKIBATNYA...! Mak Lijah demam the next day.
The Preparations
I thought I did quite a preparation juga demi melindungi diri dari kedinginan salji pada suhu 10 darjah bawah paras beku (minus 10). Mak Lijah dah pakai thermal (beli kat One Utama) untuk suhu 0 darjah ke bawah, black long coat yang tebal (Calvin Klein, beli kat LA), bersarung tangan (beli kat Tie Rack, KLIA – aduh mahalnya!) dan berkasut but (beli di Hong Kong). Ramai yang telah menghulurkan nasihat, termasuk Abang Mak Lijah, apabila dapat tahu Mak Lijah akan ke Davos and that it would be my first encounter with the snow.
Tapi ternyata orang yang perak seperti Mak Lijah masih lemah untuk mengharung suhu di bawah paras beku. Maka merangkul sajalah di atas katil di bawah duvet yang tebal dalam bilik hotel di 101, Knightsbridge (by then, we had flown out to London) dan tidurlah Mak Lijah dibuai mimpi bermain salji lagi...
Alahai.. aku and The Snow.
Sunday, December 31, 2006
What a Year!
A year full of surprises. Some pleasant, some sad ones.
A year full of changes. My prayers were answered.
A year full of activities. Enjoyed every single bit of it.
A year full of travelling. More is yet to come.
*Semoga tahun depan menawarkan ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan.
**Semoga ketabahan menjadi perisai dan penawar dalam mengharung tugas-tugas rasmi dan tugas-tugas wajib.
***Selamat maju jaya kepada diriku dan kepada semua manusia di muka bumi ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA!