Passport Mak Lijah dah nak expire 2-3 bulan lagi. Kalau tak kerana nak guna dia tak lama lagi, tak kuasa nak pergi renew lagi. Memikirkan parking yang terletak di perut bumi, queue yang panjang, kena isi borang, anticipated cynical remarks by the staff dan tunggu for like 1-2 hours before they decide to call us and other matters related to getting this kind of documents, membuatkan Mak Lijah berasa termatlah malas nak pergi ke Pusat Bandar Damansara tu. Tapi apa nak buat, lagi lama delay, lagi banyak kerja, nanti tak sempat pulak, tau-tau dah kena tahan kat airport.
Alahai... Maka mulalah perjalanan Mak Lijah ke PBD dengan penuh kemalasan. Setelah membayar seringgit untuk dapatkan borang, Mak Lijahpun naik ke atas untuk mengambil gambar. Sampai jer kat situ, Mak Lijah ternampak bunting yang memberitahu bahawa penukaran passport boleh dibuat di kios saja, provided passport ada cip dan kita ada Mykad. Hanya perlu bawa those two things, cash and one photograph. Waa... ini sudah bagus. Excitednya Mak Lijah sebab boleh delete all the imagery miseries.
Maka Mak Lijahpun cepat-cepatlah pergi ambil gambar instant sebab excited nak pergi ke kios tu. Punyalah excited sampai senyum pun senget. Alamak. Tak cun lah pulak.
Bergegaslah Mak Lijah turun kembali ke gound floor dan mencari kios tu. Ada seorang kakitangan imigresen di situ untuk membantu. Mola-mola, ambil sampul putih, isikan nama dan nombor kad pengenalan di atasnya, masukkan gambar ke dalam sampul tu. Letakkan passport dan kad pengenalan di tempat yang ditunjukkan pada kios tu. Tunggu arahan pada skrin yang antara lainnya meminta kita letakkan kedua-dua ibu jari pada scanner, menyatakan nombor telefon dan bilangan mukasurat passport yang dikehendaki. Kemudian masukkan sampul yang ada gambar ke dalam kotak di sebelah kios tu. Lepas tu, masukkan duit (Mak Lijah masukkan RM300 jer). Akhir sekali resit akan keluar. Kata kakitangan tu, simpan resit berkenaan untuk datang kutip passport yang siap diproses esoknya.
Ah...! Mudahnya. Tak sangka prosedur yang dulunya mengambil masa sekurang-kurang seratus dua puluh minit kini hanya memakan masa dua minit sahaja! I am so proud of myself! I have saved so much time. Mak Lijah cuma rugi RM1.30 sebab beli borang dan fotokopi kad pengenalan. Kalau proses kat kios, dua-dua tu tak perlu.
Kemudahan ini amatlah Mak Lijah hargai. Selain daripada cepat dan mudah, ia dapat mengelakkan elemen-elemen negatif seperti yang Mak Lijah sebutkan tadi. Tapi Mak Lijah boleh puji bab pembaharuan passport jer lah di imigresen ni sebab urusan di bahagian buruh asing masih lagi menyusahkan dan amat malang sekali apabila elemen duit kopi masih ada lagi.
Apa-apapun, Mak Lijah is so proud of herself sebab dapat menggunakan kios itu dengan sebaik-baiknya.
Wednesday, June 29, 2005
I am so proud of myself!
5 comments:
Sebelum belayar dulu, teman pun perlu berurusan dengan JIM untuk membuat paspot semua ahli keluarga, kecuali teman yg sudah sedia ada. Dengan 'rekod' perkhidmatan JIM yang kurang cemerlang, teman berazam untuk banyak2 bersabar dengan cabaran mendatang. Alhamdulillah, perkhidmatan di Pejabat JIM Shah Alam amatlah 'aman', berbanding dengan yang di PBD. Sekejap sahaja urusan telah selesai. Maka, ucapan terima kasih yang teman berikan di akhir urusan tersebut amatlah ikhlasnya...
wow ini dah bagus ni Mak Lijah.. tak tau pun ada kiosk cam tu.. tapi lambat lagi nak renew pasport.. huhu...
sepatutnya official passport tak perlu bayar 3 ratus, gratis jer...
ini sudah bagus...kalau lebih banyak urusan keranaan boleh diuruskan di kiosk sahaja, tak perlu lah kerajaan menghabiskan banyak duit untuk menggaji kakitangan kerajaan. Lebih penting lagi pengguna lebih berpuashati dengan mutu prestasi perkhidmatan awam.
Walaubagaimana pun, agak-agaknya makcik kat kampung tu pandai ke agaknya menggunakan kiosk tu. maklumlah maklijah kelulusan tinggi, pandai baca.
Post a Comment