Kalau kat kampung Mak Lijah, diorang tak cakap 'pasar' tapi, merekit (market). Kelas, kan? Mak Lijah pun adakalanya saja cakap "Nak pi merekit" kat Pak Lijah, just to tease him yang adakalanya masih belum dapat tangkap bahasa daerah kami.
Bab merekit ni, Mak Lijah saja jer nak cerita perihal kesukaan Mak Lijah ke pasar. Kalau boleh Mak Lijah nak bawa troli pasaraya ke merekit sebab rasanya bakul pasar kaler hijau yang lobang-lobang tu terlalu kecil untuk memenuhi citarasa membeli Mak Lijah.
Semalam Mak Lijah pergi ke Pasar Selayang Baru setelah lebih dua bulan tak ke situ. Mak Lijah memang suka sangat ke pasar tu. Selain harganya yang sedikit murah dari pasar di Selayang Jaya, di situ terdapat lebih banyak pilihan. Yang paling Mak Lijah suka ialah kedapatan banyak ulam-ulaman dan sayuran yang segar bugar, ikan-ikan yang pelbagai jenis (keli, haruan, puyu, patin, sardin, plotan, yu etc.), various parts of the cow, berjenis-jenis pisang untuk digoreng dan macam-macam lagilah yang memenuhi citarasa Mak Lijah.
Di pasar tu, dapatlah juga Mak Lijah membeli tiga kuntum bunga kantan dengan harga seringgit, berbanding dengan membeli di Tesco atau Mydin, sekuntum dua ringgit. Banyak juga jantung pisang untuk dipilih, dari yang bersaiz S hinggalah ke saiz XXL. Pick your choice!
Setelah bakul mula penuh dan berat makin bertambah (mungkin mencecah sembilan kilo), barulah Mak Lijah memulakan perjalanan dengan perlahan ke kereta. Tapi sebelum tu, harus singgah dulu di kedai Nada Ternak untuk membeli paru berempahnya. Kalau Pak Lijah ada, mudahlah sikit sebab biasanya dia yang tolong bawa bakul tu ataupun menghantar dulu ke kereta.Berpeluh-peluh juga dibuatnya. Berpuluh-puluh ringgit juga yang mengalir. Tapi Mak Lijah puas. Puas sebab dapat membeli apa yang dikehendaki dan dapat mengumpul stok yang memadai untuk seminggu.
1 comment:
murahnya membeli belah kat Malaysia...berpuluh-puluh ringgit dapat beli 9 kilo barang dalam satu bakul. Kat Jepun ni rata-rata kalau pi market habis dekat 100-200 ringgit untuk beli seekor ikan tuna aje.
Post a Comment