Hari ini Mak Lijah menerima mesej emel dari classmate Mak Lijah semasa menuntut di Sekolah Convent Green Lane 20 tahun dulu. Seronok menerima mesej dari dia. Yang menghairankan, macamana dia tahu emel Mak Lijah?
Katanya, dia bertemu dengan seorang pelanggan di pejabatnya yang kelihatan lost. Setelah menunjukkan tempat yang ingin dituju, classmate Mak Lijah ni pun bertanya di mana dia bertugas. Apabila diberitahu, rupanya dia bertugas di tempat yang sama dengan Mak Lijah. Lalu diapun bertanya sama ada dia kenal Mak Lijah. Pelanggan itu pun menjawab, "Ah.. siapa tak kenal Mak Lijah? Satu jenama. Dia baru balik bertugas semula selepas menamatkan pengajiannya. "
Mak Lijah tak tahu nak rasa apa ketika classmate ni memberitahu perihal itu. Lebih kepada rasa malu. Kalau kenal Mak Lijah kerana perihal yang baik, tak apalah jua. Tapi bagaimana kalau kerana perkara-perkara lain? Hmm... Harap-harap yang baik-baik sajalah yang diingati. Begitulah jua bila Mak Lijah tiada lagi nanti, harap-harap Mak Lijah hanya akan diingati kerana perkara-perkara baik yang Mak Lijah buat.
Seingat-ingat Mak Lijah, sepanjang menabur khidmat di tempat Mak Lijah mencari rezeki ini, Mak Lijah seupaya mungkin cuba untuk low profile. Mungkin ianya tidak berjaya kerana tugas Mak Lijah telah 'mendedahkan' Mak Lijah dengan cara yang tidak disengajakan. Begitulah adanya.
Kenal tak Mak Lijah?
Monday, August 29, 2005
Kenal Mak Lijah?
1 comment:
kawan-kawan semua dah membawa diri masing-masing. Tak bertanya khabar..malumlah duduk kelas yang paling bodoh dulu...yang masuk universiti pun 4 orang dari 35 orang.
Post a Comment