Sabtu ini merupakan Sabtu pertama tanpa Konsert AF3. Begitu besar penangannya. Kawan Mak Lijah di ofis sanggup menangguhkan program balik kampungnya ke Sabak Bernam untuk melawat anak saudara yang baru lahir semata untuk menonton Mawi beraksi buat kali yang terakhir di Konsert AF.
Memang benar Sabtu ini terasa tidak semeriah Sabtu-Sabtu lepas. Kalau tak kerana Konsert AF, bukannya ada sangat program menarik di tv. Baru malam ni juga Mak Lijah menonton semula Majalah 3 yang ditinggalkan sejak lebih tiga bulan lepas. Selain slot mengenai Nepal, yang lain tidaklah begitu menarik. Puas menekan-nekan button, tak juga ketemu program yang menarik.
Mak Lijah pula bukannya jenis yang suka keluar malam, and especially on Saturday Nite. Kecuali ada majlis-majlis tertentu saja yang akan 'mengeluarkan' Mak Lijah dari rumah ni on a Saturday nite. Kalau nak keluarpun, seboleh-bolehnya nak bawa sekeluarga pergi sekali.
Alahai Sabtu ku...
Saturday, August 13, 2005
Saturday Nite Yang Sepi
3 comments:
cubalah jalan-jalan kat luar pada saturday nite..peh..best...
ceritala keadaan kat tempat kerja mak lijah sekarang...masih panas?..berjerubu..? atau dah sejuk..?
john : best apa, kalau ada function asyik teringnt kat anak di rumah jer?
anonymous : tiada satupun di atas
Post a Comment