Thursday, October 27, 2005
Alahai biskut Raya ku...
Setakat hari ni, Mak Lijah dah buat tiga jenis kuih. Mula-mula sekali, of course Mak Lijah buat biskut kegemaran Mak Lijah sekeluarga, biskut Mazola. Letih juga nak menguli kacang dengan tepung dan minyak jagung. Buat biskut ni macam buat body building untuk lenganlah pulak. At the same time jenuh juga bersilat nak mengontrol beberapa pasang tangan kecil yang sibuk nak menolong. Banyak juga bentuk-bentuk kreatif jadinya. Ada yang leper siap dengan hidung, mata dan bibir. Ada yang bentuk boomerang. Aduh... sabar je lah.
Lepas tu Mak Lijah buat pulak biskut almond apa entah. Mak Lijah dapat resepinya dari sebuah buku yang Mak Lijah beli tahun lepas. Sedap juga, tapi kena pandai modify sana-sini sikit-sikit supaya tak jadi keras macam batu sungai. Dua-dua ni Mak Lijah buat dalam masa sehari. Seronok juga menguli adunan sambil bersilat dengan tangan-tangan kecil tu.
Next day, Mak Lijah buat pula biskut cornflake bermadu yang femes tu. So simple! Tak yah pukul butter, tak yah uli tepung, tak yah terap dan tak yah.. tak yah lah! Cuma cairkan butter, add sugar and honey dan lastly masukkan cornflake. Letakkan dalam paper cups sebelum membakarnya dalam oven for about five minutes. Hasilnya... dah tinggal setengah balang dari dua balang sebelum ni...
Alahai biskut Raya ku...
Monday, October 24, 2005
The Aftermath
Thank you for your support, Kak Tipah. Only mothers with "our kind of children" would understand.
Percayalah, bukannya Mak Lijah tak bersabar, in fact bulan puasa ni, Mak Lijah impressed with myself for being exra sabar. Bila meletup hari tu, maknanya suhu tu dah sampai paras maksimumlah.
Nevertheless, Kakak's mood and behaviour improved tremendously since that day. My not-sending-her-off-to-school that morning really affected her feelings.
"Kenapa Mama tak hug dan cakap bye-bye kat Kakak pagi tadi?"
Mama diam.
"Kakak nak nangis dalam van tadi."
Oh my God... What have I done? Guilty giler, tapi control macho. Mak Lijah pun hugged her and said not to throw things again and that she's not supposed to show anger and talked like that to her Mother or anyone at all.
Kakak pun mengangguk.
And since then, she seemed to be managing her anger quite well. Alhamdulillah. Dia dah tak marah kalau Mak Lijah remind her about brushing her teeth. Dia selalu gave in to Danisy and being so sisterly by combing his hair and pakaikan baju adiknya tu selepas mandi. I was so touched.
Itu, setakat hari ni lah. Esok, lusa... entahlah. Mak Lijah hanya mampu berdoa dan think positive sahaja.
All the best to me.
Thursday, October 20, 2005
Semoga sejahtera selalu, Emak...
Hari ini Emak Mak Lijah menyambut hari lahirnya yang ke 67. Cucu-cucunya riuh-rendah mengucapkan Hepi Besday kepada Mak Tok mereka tadi. Ternyata Emak gembira dengan panggilan telefon itu.
Kira-kira 13 tahun dulu, Mak Lijah pernah buat surprise birthday party untuk Emak. Pada hari tu, kebetulan Emak ada mesyuarat apa entah pada petang itu. Maka kami adik-beradik pun bersiap-sedia di rumah. Bukannya susah sangat, sebabnya, caterer yang settlekan bab jamuan. Kami hanya pergi beli kek dan hadiah, dan mengemas rumah kerana kawan-kawan Emak yang telah kami kautim awal-awal lagi akan ikut dia apabila mesyuarat selesai.
Ayah pun balik dari ofis on time hari tu (selalunya dia balik lewat). Tetapi, Emak pulak "terbalik" awal belum sempat kami menutup tingkap etc. Tapi kawan-kawan Emak lebih terer sebab mereka dah terperasan that we were not fully ready, so mereka pun pura-pura bertanyakan "kesihatan" bunga orkid Emak di laman rumah kami itu, sebaik-baik sahaja keluar dari kereta (sebelum tu, kawan-kawan Emak beritahu yang mereka nak singgah rumah kami sekejap).
Beberapa minit kemudian, bila semua dah siap, Mak Lijahpun beri isyarat kepada kawan Emak yang everything is ready. Masa tu Aunty Intan adalah ketua kautim yang sepatutnya menerima isyarat. Entah macamana, dia pulak tak perasan isyarat Mak Lijah and instead was so deeply discussing about the orchids. Laaa... jadi macam tu pulak.
Akhirnya, dengan sendirinya mereka berjalan ke pintu rumah kami yang ditutup dengan tirai... dan S-U-R-P-R-I-S-E..!!! Apa lagi...terkezut betul Emak dibuatnya sebab dia betul-betul tak menyangka yang kami akan buat surprise birthday party untuk dia.
Selamat Hari Jadi, Emak. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik sentiasa, ditabahkan hati dan semoga sejahtera selalu hingga ke akhir hayat. I love you, Emak.
Wednesday, October 19, 2005
Kasut Baru Danisy
Danisy never liked trying shoes at any shoes outlet. He didn't like the idea of taking away his old shoes. But last weekend, some magical thing happened. We were looking for Abang's new sandal when Daddy found a cute pair of brown colored shoes for children. Guess what Danisy suddenly said?
"Haa... Danisy suka yang ni."
I was stunned. Dah ler selama ni, nak try kasut kat kedai punyalah susah. Jenuh mengejar dia keliling kedai dan pegang kaki dia, baru boleh "serlong" kasut tu. Itu pun dia akan meronta-ronta tak nak cuba sambil menendang-nendang kakinya. Kalau sesuai saiz dia, Alhamdulillah. Kalau tak, jenuhlah, another round of F1 circuit to chase him. Itupun, kalau beli, doesn't mean he will wear the new shoes. Kena trick or threat him baru dia nak pakai. For example, kalau nak pergi tengok wayang, we will say that the cartoons want to see his new shoes, baru dia nak pakai. Ataupun, I would say that the Aliens are coming to get his shoes kalau dia tak nak pakai.
Sejak beli kasut tu last weekend, he has been trying and showing off the shoes to everybody. Pantang Mak Lijah balik kerja saja, dia akan pakai dan tayang-tayang kat Mak Lijah. And the best part is, dia akan berusaha memakai sendiri kasut tu without anyone's help. Pandai anak Mama!
So far, dia belum lagi minta untuk pakai di luar rumah. Agaknya, apalah alasan nak bagi so that dia takkan pakai kasut tu di luar rumah selagi belum Hari Raya. Hmm... kena pikir siap-siap nih...
Tuesday, October 18, 2005
Kakak buat perangai lagi. It was just a small thing. Dia cuma tak nak gosok gigi, tapi protesnya keterlaluan. Diperonyok-peronyoknya baju kurung sekolah dia. Habis Daddy's shaver, berus gigi, ubat gigi, dilemparnya. Tak cukup dengan tu, lepas gosok gigi ala kadar sebab nak tunjuk kedegilannya, dibalingnya pula pencil case dan pencil colour dia. Mana Mak Lijah tak marah?
Semalam Mak Lijah menjahit name tag dan lencana pada baju kurungnya yang comel itu. Later, Mak Lijah mengasah pula setiap batang pensil dalam pencil casenya dan setiap batang colour pencil Kakak untuk persediaan dia ke sekolah pagi ini.
Mak Lijah tak send her off pun, masa van datang untuk menjemput Kakak, walaupun Kakak memanggil Mak Lijah dari bawah. Mak Lijah sangat berkecil hati dengan perangai Kakak sejak akhir-akhir ini, tapi selaku Mama, siapa yang boleh memujuk? Pandai-pandailah...
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan dan petunjuk untuk aku mendidik anak-anakku.
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku ketabahan dalam memimpin anak-anakku di jalan yang sebaik-baiknya agar mereka menjadi umat yang dikasihi olehMu.
Ya Allah Ya Tuhanku, cekalkanlah hatiku dan penuhkanlah ia dengan kasih-sayang yang melimpah-ruah agar aku dapat menjadi ibu yang tak pernah gersang mengasihi anak-anaknya.
Amin.
Friday, October 14, 2005
Don't raise your voice, please!
Mak Lijah pantang sungguh kalau orang bercakap meninggikan suara dengan Mak Lijah. Ingat Mak Lijah ni tuli ke apa? Have some respect, please. Tak kiralah berapa seniornya dia tu, tapi tak eloklah cakap kasar-kasar dan di depan orang ramai. Selain menjatuhkan maruah orang yang dikasari bahasanya, maruah diri dia sendiri tercemar kerana menunjukkan sikap tidak profesional dan sifat yang tidak baik bagi seorang yang beragama Islam.
Mak Lijah berazam, sekiranya berada di kedudukan dia, jika ada rezeki, suatu hari nanti, Mak Lijah tidak akan meninggikan suara kepada subordinate. I will never do that! Mak Lijah amat faham bagaimana perasaan orang yang diperlakukan begitu.
So far, Alhamdulillah Mak Lijah berjaya juga memenuhi azam Mak Lijah selama ini untuk tidak menganiaya, membuli dan melepas tangan sesuatu tugasan yang diberikan kepada subordinate. Ini kerana Mak Lijah pernah diperlakukan sedemikian some five years ago oleh boss Mak Lijah dan ia amatlah memeritkan.
Mak Lijah ceritakan semua ini kerana ada seorang pegawai kanan (who's not even my boss and comes from another organisation) telah meninggikan suaranya kepada Mak Lijah pada suatu mesyuarat baru-baru ini. Sungguh kurang sopan. Hilang langsung hormat Mak Lijah terhadap dia selaku seorang pegawai kanan. Mujurlah Mak Lijah masih mengekalkan kesabaran, memikirkan bahawa dia masih tetap seorang pegawai kanan dan adalah tidak berbaloi untuk melawan seorang yang tidak pandai memelihara budi bahasanya. Buat malu orang utara saja!
Harap-harap selepas ini Mak Lijah tidak akan lagi bertemu dengan dia dan minta disimpang dari bertembung di simpang dengan dia.
Sunday, October 09, 2005
Teruskanlah Abang Jamal
This is another confession. I am a great fan of Jamal Abdillah. Sorrylah, nak gelak pun gelaklah. Tapi Jamal Abdillah has been one of my favourite male artist, selain dari M. Nasir and now, MAWI.
I have known Jamal Abdillah for a very long time.
Semasa kami sekeluarga bermastautin di Teluk Anson circa 1975-1979, abang sulung Mak Lijah kelihatan amat minat menyanyi dan seringkali memasuki pelbagai pertandingan nyanyian di negeri Perak, dan seringkali jua mendapat johan atau naib johan. Kemenangan samada naib atau johan bagi abang Mak Lijah itu kerapkali ditentukan oleh Jamal Abdillah. Kalau abang Mak Lijah menjadi johan, maka Jamal Abdillah lah yang naib johannya dan sekiranya Jamal yang juara, Jamil (abang Mak Lijah) akan menjadi naib juaranya. Terer jugak abang Mak Lijah ni menyanyi. Tapi dia dah pencen, berbanding dengan Jamal yang meneruskan perjuangan seninya.
Sewaktu dulu, Abang Jamal (panggilan Mak Lijah kepada dia) selalu berlatih di bilik abang Mak Lijah, di rumah kami, di Jalan Padang, off Jalan Changkat Jong. Lagu kegemaran dia pada ketika itu, adalah "Tuhan". Ketika itu Mak Lijah sentiasa beranggapan suara dia jauh lebih lunak dari abang Mak Lijah. Abang Jamal, Mak Lijah amat kenali sebagai seorang yang amat menghormati orang tua dan ini diakui sendiri oleh mak Mak Lijah.
Dan semalam, Mak Lijah telah menonton persembahan live Jamal Abdillah di TV2 dalam Zoom In. Sungguh hebat persembahan dia. Mungkin dia terlupa senikata serba-sedikit di sana-sini. Tapi that's normal. Siapa boleh lawan suara dia tu? Setiap lagu yang dinyanyikan sungguh merdu sekali dan dibawakan dengan baik walaupun keynya tinggi sekali. Ingatkan first few songs sahaja yang akan membuatkan Mak Lijah ternganga dengan kekaguman, tapi throughout the whole show, he continued his magical rendition sampai Mak Lijah terlupa nak tutup mulut. Paling ternganga ialah masa dia menyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir, dan sebelum tu lagu Derita Cinta (lagu favrit dolu-dolu). Lagu Kau Lupa Janji membuatkan Mak Lijah tersenyum sorang-sorang dan masa lagu Ghazal Untuk Rabiah, mengingatkan Mak Lijah kepada Mawi. Mak Lijah rasa hanya Mawi sahaja yang boleh bawa lagu Jamal sedemikian, provided Mawi belajar cara nak maintain suara agar tak pecah sebagaimana Jamal dapat kekal menyanyi setiap lagu dengan tidak semput. Tak hairanlah M. Nasir suruh Mawi menyanyi sekurang-kurangnya empat lagu Jamal (dua lagu asal, dua lagu rakaman semula Jamal) sepanjang AF3 dulu.
I may have missed a few songs (sebab masa tu nak tidurkan Danisy), so Mak Lijah harap akan ada siaran ulangannya nanti. Enjoy sungguh Mak Lijah menonton persembahan dia malam tadi dan sungguh tidak mengecewakan.
Teruskanlah menyanyi Abang Jamal, walau perjuangan penuh dengan cabaran yang berliku-liku dan beronak duri. Teruskanlah selagi belum ada pengganti yang setanding.
Puasa juga
Masuk hari ke empat Ramadhan barulah Kakak dapat penuh puasanya sehari. Itupun jenuh juga beri rasuah dan segala bentuk motivasi. Kalau cerita bab mengejutkan dia untuk bersahur pula, aduh... tersayat pilu. Betapa Ramadhan ini benar-benar menguji kesabaran kita.
Pun begitu, Mak Lijah rasakan, tahun ini, prestasi Kakak telah merosot. Mungkin keletihan, mungkin persekitaran yang baru, mungkin kurang perhatian dari Mak Lijah yang dah kembali bekerja, mungkin proses membesar, mungkin...mungkin...
Kakak sering panas baran sejak akhir-akhir ini. Mak Tok pun dah sense the tension. Setiap hari ada saja yang hendak dijeritkannya. Ada saja isu untuk dia gaduhkan dengan adiknya. Ada saja sebab untuk dia jerkahkan abang dan adiknya. Dia menjadi semakin liat untuk ke sekolah. Susahnya untuk dia bangun setiap pagi. Setengah jam pun belum tentu dia akan pegang tualanya lagi. Kalau dah masuk bilik air pula, setengah jam lagipun belum terbuka lagi shower.
Dah tiga kali dia terlepas van sekolah dia. Mak Lijah suruh van itu pergi dulu kerana Kakak masih lagi mandi. Jadi, Mak Lijahlah kena hantar Kakak ke sekolah. Akibatnya, merahlah punch card Mak Lijah. Masuk kali yang ketiga terlepas van, Mak Lijah tak beri dia peluang lagi. Mak Lijah tak hantar dia ke sekolah dan dia pun tak ke sekolah hari tu. Esoknya barulah dia cool down sikit. Kalau tidak, memang terdengar saja jeritan dia saban pagi.
Even sekolah agama pun doesn't interest her anymore. Dulu dia sentiasa excited untuk ke sekolah agama di sebelah petang. Dia akan mandi dan tak sabar-sabar nak pakai tudung putihnya yang comel itu. Sekarang, dia akan kerapkali menelefon Mak Lijah di ofis untuk memberi pelbagai alasan untuk tidak ke sekolah agama.
Pun begitu, Mak Lijah bersyukur kerana akhirnya Kakak dapat puasa juga semalam. Tahun lepas, dapat juga dia berpuasa kira-kira 20 hari. Tahun ni, tak tahulah. Dengan prestasinya yang merosot, harap-harap prestasi puasa tak turut sama.
Alahai Kakak...
Tuesday, October 04, 2005
Menyesal tak puasa
Mak Lijah sentiasa teringat Ramadhan semasa kecil-kecil dulu. Masa baru mula belajar berpuasa. Ayah Mak Lijah seorang yang sangat lenient about teaching us to start fasting. Dia sentiasa berpesan supaya berbuka kalau dah tak larat sangat dah. Apa lagi? Belasah jer biskut Raya dan Twisties (dah sangat popular masa tu). Lepas tu, mulalah menyesal sebab kengkawan yang lain masih bertenaga walaupun berpuasa.
Pada satu ketika, semasa Mak Lijah dalam Darjah Tiga di bulan Ramadhan, kami semua terpaksa pulang ke kampung kerana ada kematian seorang saudara yang dekat. Tak ingat siapa. Kami tiba di Kampung Santan pada kira-kira pukul 3.00 pagi. Orang masih lagi ramai di rumah itu dan Mak Lijah pun terus masuk ke rumah dalam keadaan yang sungguh mengantuk sekali. Alang-alang sampai waktu itu, mak, ayah dan abang Mak Lijah terus saja bersahur sedangkan Mak Lijah tidak berselera langsung kerana terlalu mengantuk. Akibatnya, Mak Lijah tertidur atas sofa tanpa sebutir nasi pun dalam perut.
Menjelang subuh dan orang semakin ramai kerana hendak menguruskan pengkebumian, Mak Lijah pun bangun dan mula tersedar yang Mak Lijah sudah termiss sahur. Masa tu, rasa sangat ragu samada hendak terus berpuasa atau tidak kerana sebelum ni, belum lagi terbabas. Maklumlah dah darjah 3. Mak Lijah nekad untuk berpuasa walau apapun terjadi kerana segan dengan sepupu dan sedara mara yang ada dan sering bertanya status 'kepuasaan' Mak Lijah.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, perut Mak Lijah mula memainkan orkestra yang amat kuat. Lapar sungguh. Tapi, masih control macho. Menjelang pukul 3.00 petang, Mak Lijah mula rasa lemah gemalai. Mak Lijah mula rasa teramat letih dan tertidur. Tidak lama kemudian , adik Mak Lijah telah masuk ke bilik sambil mengunyah Chickadees (juga sangat popular masa itu). Alangkah terliurnya Mak Lijah dalam lemah longlai itu. By then dah dekat pukul 6.00 petang. Sambil bergolek ke kiri dan ke kanan dan membayangkan hidangan-hidangan lazat, Mak Lijah terpandang sebiji Chickadees di lantai yang mungkin ditinggalkan oleh adik Mak Lijah tadi. Apa lagi, iblis pun mula menyakat-nyakat Mak Lijah sambil dibantu oleh iman yang dah goyah (mana ada iblis bulan puasa?).
Menyesalnya sampai hari ini. Menyesal kerana hanya sebiji Chickadees. Menyesal kerana tinggal tak sampai sejam jer lagi nak berbuka. Menyesal kerana diejek sepupu yang penuh Ramadhannya dengan pahala puasa. Menyesal lah.....!
Sunday, October 02, 2005
Bila Tiara Menang
Mungkin isu hangat akan jadi macamana Sepet menang best film hari tu. I still think she didn't do well in the movie. What a shame to see her next to Christine who is way beyond that of Tiara's. Maybe she was not really competing in the real sense. There was not so much of a competition because pelakon-pelakon yang bertanding pun tak lah se gah mana.
Mungkin juri mengambilkira faktor bajet, senarai pelakon dan props yang sakan, untuk memberi markah lebih kepada PGL. Kesian juga kerna bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk filem ini, bukan calang-calang pelakon yang terlibat, bukan sedikit pokok-pokok yang ditebang untuk membina props, bukannya senang nak belajar menunggang kuda dan bermacam-macam bukanlah...
Nevertheless, I like the movie, although timbul sedikit kekeliruan dari fakta sejarah dan elemen seni yang ingin diangkat dalam movie itu.