Setakat hari ni, Mak Lijah dah buat tiga jenis kuih. Mula-mula sekali, of course Mak Lijah buat biskut kegemaran Mak Lijah sekeluarga, biskut Mazola. Letih juga nak menguli kacang dengan tepung dan minyak jagung. Buat biskut ni macam buat body building untuk lenganlah pulak. At the same time jenuh juga bersilat nak mengontrol beberapa pasang tangan kecil yang sibuk nak menolong. Banyak juga bentuk-bentuk kreatif jadinya. Ada yang leper siap dengan hidung, mata dan bibir. Ada yang bentuk boomerang. Aduh... sabar je lah.
Lepas tu Mak Lijah buat pulak biskut almond apa entah. Mak Lijah dapat resepinya dari sebuah buku yang Mak Lijah beli tahun lepas. Sedap juga, tapi kena pandai modify sana-sini sikit-sikit supaya tak jadi keras macam batu sungai. Dua-dua ni Mak Lijah buat dalam masa sehari. Seronok juga menguli adunan sambil bersilat dengan tangan-tangan kecil tu.
Next day, Mak Lijah buat pula biskut cornflake bermadu yang femes tu. So simple! Tak yah pukul butter, tak yah uli tepung, tak yah terap dan tak yah.. tak yah lah! Cuma cairkan butter, add sugar and honey dan lastly masukkan cornflake. Letakkan dalam paper cups sebelum membakarnya dalam oven for about five minutes. Hasilnya... dah tinggal setengah balang dari dua balang sebelum ni...
Alahai biskut Raya ku...
Thursday, October 27, 2005
Alahai biskut Raya ku...
1 comment:
femes ke? femes masuk dalam mulut aje..pernah rasa dirumah saudara, tapi tak sempat tanya resipi. Since dah bloghopping kat rumah Mak Lijah ni, tolong le bagi resipi penuh cornflakes tu ye...PLEASEEEEE...;)
Post a Comment