Mak Lijah pantang sungguh kalau orang bercakap meninggikan suara dengan Mak Lijah. Ingat Mak Lijah ni tuli ke apa? Have some respect, please. Tak kiralah berapa seniornya dia tu, tapi tak eloklah cakap kasar-kasar dan di depan orang ramai. Selain menjatuhkan maruah orang yang dikasari bahasanya, maruah diri dia sendiri tercemar kerana menunjukkan sikap tidak profesional dan sifat yang tidak baik bagi seorang yang beragama Islam.
Mak Lijah berazam, sekiranya berada di kedudukan dia, jika ada rezeki, suatu hari nanti, Mak Lijah tidak akan meninggikan suara kepada subordinate. I will never do that! Mak Lijah amat faham bagaimana perasaan orang yang diperlakukan begitu.
So far, Alhamdulillah Mak Lijah berjaya juga memenuhi azam Mak Lijah selama ini untuk tidak menganiaya, membuli dan melepas tangan sesuatu tugasan yang diberikan kepada subordinate. Ini kerana Mak Lijah pernah diperlakukan sedemikian some five years ago oleh boss Mak Lijah dan ia amatlah memeritkan.
Mak Lijah ceritakan semua ini kerana ada seorang pegawai kanan (who's not even my boss and comes from another organisation) telah meninggikan suaranya kepada Mak Lijah pada suatu mesyuarat baru-baru ini. Sungguh kurang sopan. Hilang langsung hormat Mak Lijah terhadap dia selaku seorang pegawai kanan. Mujurlah Mak Lijah masih mengekalkan kesabaran, memikirkan bahawa dia masih tetap seorang pegawai kanan dan adalah tidak berbaloi untuk melawan seorang yang tidak pandai memelihara budi bahasanya. Buat malu orang utara saja!
Harap-harap selepas ini Mak Lijah tidak akan lagi bertemu dengan dia dan minta disimpang dari bertembung di simpang dengan dia.
Friday, October 14, 2005
Don't raise your voice, please!
No comments:
Post a Comment