Mak Lijah sentiasa teringat Ramadhan semasa kecil-kecil dulu. Masa baru mula belajar berpuasa. Ayah Mak Lijah seorang yang sangat lenient about teaching us to start fasting. Dia sentiasa berpesan supaya berbuka kalau dah tak larat sangat dah. Apa lagi? Belasah jer biskut Raya dan Twisties (dah sangat popular masa tu). Lepas tu, mulalah menyesal sebab kengkawan yang lain masih bertenaga walaupun berpuasa.
Pada satu ketika, semasa Mak Lijah dalam Darjah Tiga di bulan Ramadhan, kami semua terpaksa pulang ke kampung kerana ada kematian seorang saudara yang dekat. Tak ingat siapa. Kami tiba di Kampung Santan pada kira-kira pukul 3.00 pagi. Orang masih lagi ramai di rumah itu dan Mak Lijah pun terus masuk ke rumah dalam keadaan yang sungguh mengantuk sekali. Alang-alang sampai waktu itu, mak, ayah dan abang Mak Lijah terus saja bersahur sedangkan Mak Lijah tidak berselera langsung kerana terlalu mengantuk. Akibatnya, Mak Lijah tertidur atas sofa tanpa sebutir nasi pun dalam perut.
Menjelang subuh dan orang semakin ramai kerana hendak menguruskan pengkebumian, Mak Lijah pun bangun dan mula tersedar yang Mak Lijah sudah termiss sahur. Masa tu, rasa sangat ragu samada hendak terus berpuasa atau tidak kerana sebelum ni, belum lagi terbabas. Maklumlah dah darjah 3. Mak Lijah nekad untuk berpuasa walau apapun terjadi kerana segan dengan sepupu dan sedara mara yang ada dan sering bertanya status 'kepuasaan' Mak Lijah.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, perut Mak Lijah mula memainkan orkestra yang amat kuat. Lapar sungguh. Tapi, masih control macho. Menjelang pukul 3.00 petang, Mak Lijah mula rasa lemah gemalai. Mak Lijah mula rasa teramat letih dan tertidur. Tidak lama kemudian , adik Mak Lijah telah masuk ke bilik sambil mengunyah Chickadees (juga sangat popular masa itu). Alangkah terliurnya Mak Lijah dalam lemah longlai itu. By then dah dekat pukul 6.00 petang. Sambil bergolek ke kiri dan ke kanan dan membayangkan hidangan-hidangan lazat, Mak Lijah terpandang sebiji Chickadees di lantai yang mungkin ditinggalkan oleh adik Mak Lijah tadi. Apa lagi, iblis pun mula menyakat-nyakat Mak Lijah sambil dibantu oleh iman yang dah goyah (mana ada iblis bulan puasa?).
Menyesalnya sampai hari ini. Menyesal kerana hanya sebiji Chickadees. Menyesal kerana tinggal tak sampai sejam jer lagi nak berbuka. Menyesal kerana diejek sepupu yang penuh Ramadhannya dengan pahala puasa. Menyesal lah.....!
Tuesday, October 04, 2005
Menyesal tak puasa
No comments:
Post a Comment