Masuk hari ke empat Ramadhan barulah Kakak dapat penuh puasanya sehari. Itupun jenuh juga beri rasuah dan segala bentuk motivasi. Kalau cerita bab mengejutkan dia untuk bersahur pula, aduh... tersayat pilu. Betapa Ramadhan ini benar-benar menguji kesabaran kita.
Pun begitu, Mak Lijah rasakan, tahun ini, prestasi Kakak telah merosot. Mungkin keletihan, mungkin persekitaran yang baru, mungkin kurang perhatian dari Mak Lijah yang dah kembali bekerja, mungkin proses membesar, mungkin...mungkin...
Kakak sering panas baran sejak akhir-akhir ini. Mak Tok pun dah sense the tension. Setiap hari ada saja yang hendak dijeritkannya. Ada saja isu untuk dia gaduhkan dengan adiknya. Ada saja sebab untuk dia jerkahkan abang dan adiknya. Dia menjadi semakin liat untuk ke sekolah. Susahnya untuk dia bangun setiap pagi. Setengah jam pun belum tentu dia akan pegang tualanya lagi. Kalau dah masuk bilik air pula, setengah jam lagipun belum terbuka lagi shower.
Dah tiga kali dia terlepas van sekolah dia. Mak Lijah suruh van itu pergi dulu kerana Kakak masih lagi mandi. Jadi, Mak Lijahlah kena hantar Kakak ke sekolah. Akibatnya, merahlah punch card Mak Lijah. Masuk kali yang ketiga terlepas van, Mak Lijah tak beri dia peluang lagi. Mak Lijah tak hantar dia ke sekolah dan dia pun tak ke sekolah hari tu. Esoknya barulah dia cool down sikit. Kalau tidak, memang terdengar saja jeritan dia saban pagi.
Even sekolah agama pun doesn't interest her anymore. Dulu dia sentiasa excited untuk ke sekolah agama di sebelah petang. Dia akan mandi dan tak sabar-sabar nak pakai tudung putihnya yang comel itu. Sekarang, dia akan kerapkali menelefon Mak Lijah di ofis untuk memberi pelbagai alasan untuk tidak ke sekolah agama.
Pun begitu, Mak Lijah bersyukur kerana akhirnya Kakak dapat puasa juga semalam. Tahun lepas, dapat juga dia berpuasa kira-kira 20 hari. Tahun ni, tak tahulah. Dengan prestasinya yang merosot, harap-harap prestasi puasa tak turut sama.
Alahai Kakak...
Sunday, October 09, 2005
Puasa juga
No comments:
Post a Comment