Hari ini Emak Mak Lijah menyambut hari lahirnya yang ke 67. Cucu-cucunya riuh-rendah mengucapkan Hepi Besday kepada Mak Tok mereka tadi. Ternyata Emak gembira dengan panggilan telefon itu.
Kira-kira 13 tahun dulu, Mak Lijah pernah buat surprise birthday party untuk Emak. Pada hari tu, kebetulan Emak ada mesyuarat apa entah pada petang itu. Maka kami adik-beradik pun bersiap-sedia di rumah. Bukannya susah sangat, sebabnya, caterer yang settlekan bab jamuan. Kami hanya pergi beli kek dan hadiah, dan mengemas rumah kerana kawan-kawan Emak yang telah kami kautim awal-awal lagi akan ikut dia apabila mesyuarat selesai.
Ayah pun balik dari ofis on time hari tu (selalunya dia balik lewat). Tetapi, Emak pulak "terbalik" awal belum sempat kami menutup tingkap etc. Tapi kawan-kawan Emak lebih terer sebab mereka dah terperasan that we were not fully ready, so mereka pun pura-pura bertanyakan "kesihatan" bunga orkid Emak di laman rumah kami itu, sebaik-baik sahaja keluar dari kereta (sebelum tu, kawan-kawan Emak beritahu yang mereka nak singgah rumah kami sekejap).
Beberapa minit kemudian, bila semua dah siap, Mak Lijahpun beri isyarat kepada kawan Emak yang everything is ready. Masa tu Aunty Intan adalah ketua kautim yang sepatutnya menerima isyarat. Entah macamana, dia pulak tak perasan isyarat Mak Lijah and instead was so deeply discussing about the orchids. Laaa... jadi macam tu pulak.
Akhirnya, dengan sendirinya mereka berjalan ke pintu rumah kami yang ditutup dengan tirai... dan S-U-R-P-R-I-S-E..!!! Apa lagi...terkezut betul Emak dibuatnya sebab dia betul-betul tak menyangka yang kami akan buat surprise birthday party untuk dia.
Selamat Hari Jadi, Emak. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik sentiasa, ditabahkan hati dan semoga sejahtera selalu hingga ke akhir hayat. I love you, Emak.
Thursday, October 20, 2005
Semoga sejahtera selalu, Emak...
No comments:
Post a Comment