Sunday, October 09, 2005

Teruskanlah Abang Jamal

This is another confession. I am a great fan of Jamal Abdillah. Sorrylah, nak gelak pun gelaklah. Tapi Jamal Abdillah has been one of my favourite male artist, selain dari M. Nasir and now, MAWI.

I have known Jamal Abdillah for a very long time.

Semasa kami sekeluarga bermastautin di Teluk Anson circa 1975-1979, abang sulung Mak Lijah kelihatan amat minat menyanyi dan seringkali memasuki pelbagai pertandingan nyanyian di negeri Perak, dan seringkali jua mendapat johan atau naib johan. Kemenangan samada naib atau johan bagi abang Mak Lijah itu kerapkali ditentukan oleh Jamal Abdillah. Kalau abang Mak Lijah menjadi johan, maka Jamal Abdillah lah yang naib johannya dan sekiranya Jamal yang juara, Jamil (abang Mak Lijah) akan menjadi naib juaranya. Terer jugak abang Mak Lijah ni menyanyi. Tapi dia dah pencen, berbanding dengan Jamal yang meneruskan perjuangan seninya.

Sewaktu dulu, Abang Jamal (panggilan Mak Lijah kepada dia) selalu berlatih di bilik abang Mak Lijah, di rumah kami, di Jalan Padang, off Jalan Changkat Jong. Lagu kegemaran dia pada ketika itu, adalah "Tuhan". Ketika itu Mak Lijah sentiasa beranggapan suara dia jauh lebih lunak dari abang Mak Lijah. Abang Jamal, Mak Lijah amat kenali sebagai seorang yang amat menghormati orang tua dan ini diakui sendiri oleh mak Mak Lijah.

Dan semalam, Mak Lijah telah menonton persembahan live Jamal Abdillah di TV2 dalam Zoom In. Sungguh hebat persembahan dia. Mungkin dia terlupa senikata serba-sedikit di sana-sini. Tapi that's normal. Siapa boleh lawan suara dia tu? Setiap lagu yang dinyanyikan sungguh merdu sekali dan dibawakan dengan baik walaupun keynya tinggi sekali. Ingatkan first few songs sahaja yang akan membuatkan Mak Lijah ternganga dengan kekaguman, tapi throughout the whole show, he continued his magical rendition sampai Mak Lijah terlupa nak tutup mulut. Paling ternganga ialah masa dia menyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir, dan sebelum tu lagu Derita Cinta (lagu favrit dolu-dolu). Lagu Kau Lupa Janji membuatkan Mak Lijah tersenyum sorang-sorang dan masa lagu Ghazal Untuk Rabiah, mengingatkan Mak Lijah kepada Mawi. Mak Lijah rasa hanya Mawi sahaja yang boleh bawa lagu Jamal sedemikian, provided Mawi belajar cara nak maintain suara agar tak pecah sebagaimana Jamal dapat kekal menyanyi setiap lagu dengan tidak semput. Tak hairanlah M. Nasir suruh Mawi menyanyi sekurang-kurangnya empat lagu Jamal (dua lagu asal, dua lagu rakaman semula Jamal) sepanjang AF3 dulu.

I may have missed a few songs (sebab masa tu nak tidurkan Danisy), so Mak Lijah harap akan ada siaran ulangannya nanti. Enjoy sungguh Mak Lijah menonton persembahan dia malam tadi dan sungguh tidak mengecewakan.

Teruskanlah menyanyi Abang Jamal, walau perjuangan penuh dengan cabaran yang berliku-liku dan beronak duri. Teruskanlah selagi belum ada pengganti yang setanding.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ML..

PB pun suka gak dgn Abg Jamal tu. Suaranyer memang best giler. Hari tu sempat gak tengok konsert live ( melalui tv la kan ). Anak anak pun suker benor dengor lagu Gadis Melayu...

Hidup Jamal Abdillah...

Anonymous said...

sempat dengar suara jamal masa dia nyanyi lagu seroja aje...tp suara dia mmg marvelous...