Aku tak mengerti
Apa yang kurasa
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
Meski kau takkan pernah tau
Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah ku relakan
Hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara
Baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk sluruh hatiku
Semoga aku akan memahami sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban hingga kaupun mau
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
Meski kau takkan pernah tau
Sedap sungguh lirik lagu ini, belum masuk lagunya lagi. Aduh... kedua-duanya seiringan, merdu irama dan puitis sekali liriknya. Komen mengenai lirik lagu ini akan menyusul...Tunggu...
Saturday, August 06, 2005
Pupus
Monday, August 01, 2005
Sungai Mekong Mengalir Lesu
Sunday, July 17, 2005
I thought so...!
Tahniah Yasmin, atas kemenangan besarnya menerusi SEPET.
Sejak dua menjak ni, ramalan Mak Lijah tepat belaka. Bermula dengan terkeluarnya Reza, Aidil (Mak Lijah ramal penyingkiran Aidil di Jakarta) dan Ekin (ikut turutan dengan tepat sekali) dan yang latest ni, pelakon wanita terbaik dan filem terbaik bagi Festival Filem Malaysia. Even ramalan for most promising actress and actor pun tepat juga.
Mak Lijah somehow dapat merasakan kekuatan Sepet pada malam ini kerana ia bertanding di sisi Puteri Gunung Ledang (yang dikatakan saingan paling hampir), Pontianak Menjerit dan Gengster, yang, walaupun tidak menontonnya, Mak Lijah rasa terlalu tidak setanding.
Mak Lijah telah pun memberi komen terhadap kedua-dua filem itu dalam blog yang lepas, maka tak perlulah Mak Lijah tambah lagi kerana ianya sudah cukup menggambarkan pandangan mengapa mereka patut menang atau tidak.
Mak Lijah cuma terkilan sebab Dib tewas kepada Ida walaupun kedua-dua amat Mak Lijah minati equally. Mak Lijah suka tengok Dib berlakon jadi pembantu rumah yang selamba.
Sekali lagi tahniah buat Yasmin, semoga filem seterusnya akan terus diiktiraf!
Wayang siapa kalau bukan wayang kita.
Thursday, July 14, 2005
Zahid, mana?
"Adik... Zahid tu AF2 lah. Sekarang dah AF3, sekarang kena sokong Mawi, pulak". And yet, dia masih tak boleh nak register Mawi lagi. Unlike dulu, awal-awal lagi dia kata dia suka Zahid. Itulah Danisy. Kalau dia minat seseorang tu, memang minat habis. Sekecil-kecil gambar Zahid kat mana-mana sekalipun dia boleh perasan... sebagaimana dia menggemari tikta (tractor). Agaknya Mawi tidak begitu memberi impak kepadanya. Berbanding Mawi, Zahid banyak menyanyikan lagu rancak dan agaknya lebih sesuai dengan jiwa Danisy. Cuma Mamanya sahaja yang beriya suruh dia take note of Mawi.
Werlll...!
Wednesday, June 29, 2005
I am so proud of myself!
Passport Mak Lijah dah nak expire 2-3 bulan lagi. Kalau tak kerana nak guna dia tak lama lagi, tak kuasa nak pergi renew lagi. Memikirkan parking yang terletak di perut bumi, queue yang panjang, kena isi borang, anticipated cynical remarks by the staff dan tunggu for like 1-2 hours before they decide to call us and other matters related to getting this kind of documents, membuatkan Mak Lijah berasa termatlah malas nak pergi ke Pusat Bandar Damansara tu. Tapi apa nak buat, lagi lama delay, lagi banyak kerja, nanti tak sempat pulak, tau-tau dah kena tahan kat airport.
Alahai... Maka mulalah perjalanan Mak Lijah ke PBD dengan penuh kemalasan. Setelah membayar seringgit untuk dapatkan borang, Mak Lijahpun naik ke atas untuk mengambil gambar. Sampai jer kat situ, Mak Lijah ternampak bunting yang memberitahu bahawa penukaran passport boleh dibuat di kios saja, provided passport ada cip dan kita ada Mykad. Hanya perlu bawa those two things, cash and one photograph. Waa... ini sudah bagus. Excitednya Mak Lijah sebab boleh delete all the imagery miseries.
Maka Mak Lijahpun cepat-cepatlah pergi ambil gambar instant sebab excited nak pergi ke kios tu. Punyalah excited sampai senyum pun senget. Alamak. Tak cun lah pulak.
Bergegaslah Mak Lijah turun kembali ke gound floor dan mencari kios tu. Ada seorang kakitangan imigresen di situ untuk membantu. Mola-mola, ambil sampul putih, isikan nama dan nombor kad pengenalan di atasnya, masukkan gambar ke dalam sampul tu. Letakkan passport dan kad pengenalan di tempat yang ditunjukkan pada kios tu. Tunggu arahan pada skrin yang antara lainnya meminta kita letakkan kedua-dua ibu jari pada scanner, menyatakan nombor telefon dan bilangan mukasurat passport yang dikehendaki. Kemudian masukkan sampul yang ada gambar ke dalam kotak di sebelah kios tu. Lepas tu, masukkan duit (Mak Lijah masukkan RM300 jer). Akhir sekali resit akan keluar. Kata kakitangan tu, simpan resit berkenaan untuk datang kutip passport yang siap diproses esoknya.
Ah...! Mudahnya. Tak sangka prosedur yang dulunya mengambil masa sekurang-kurang seratus dua puluh minit kini hanya memakan masa dua minit sahaja! I am so proud of myself! I have saved so much time. Mak Lijah cuma rugi RM1.30 sebab beli borang dan fotokopi kad pengenalan. Kalau proses kat kios, dua-dua tu tak perlu.
Kemudahan ini amatlah Mak Lijah hargai. Selain daripada cepat dan mudah, ia dapat mengelakkan elemen-elemen negatif seperti yang Mak Lijah sebutkan tadi. Tapi Mak Lijah boleh puji bab pembaharuan passport jer lah di imigresen ni sebab urusan di bahagian buruh asing masih lagi menyusahkan dan amat malang sekali apabila elemen duit kopi masih ada lagi.
Apa-apapun, Mak Lijah is so proud of herself sebab dapat menggunakan kios itu dengan sebaik-baiknya.
Sunday, June 26, 2005
Happy Birthday, Kakak!
Ada yang kata Kakak is Mak Lijah's replica. Mak Tok pun kata lebih kurang macam tu, except Kakak is a little bit thinner. Kakak stopped taking susu semasa umur dia setahun lagi. Entah kenapa, dia lebih minat minum Ribena daripada susu yang lebih banyak zat-zatnya. Sebab itulah agaknya dia kurus sedikit.
Kakak dilahirkan pada pukul 3.34 petang pada 25 Jun 1998 di Pusat Pakar Utara (ketika itu), Alor Setar, dengan berat hanya 2.85 kg dan panjang 49 cm.
Dengan itu, semalam, Kakak menyambut ulangtahunnya yang ke tujuh. Dah besar panjang anak dara Mak Lijah ni, rupanya. Kakak ni seorang yang manja orangnya, sesuailah statusnya sebagai seorang daughter. Tak seperti Danisy, Kakak suka orang membantu dia, dan mahu sentiasa diberi perhatian. Pun begitu dia independent bila menyiapkan kerja sekolah. Berbanding Abang, Kakak rajin membuat homework tanpa perlu disuruh-suruh. Mengajipun dia agak laju berbanding Abangnya.
Dari sejak Kakak kecil lagi Mak Lijah suka "menghias"dia. Maklumlah, budak perempuan... banyak "hiasannya". Akibatnya kini, dia suka berhias. Pantang nak pergi outing, pasti mahu bibirnya diwarnakan. Semasa rambutnya panjang dulu, dia selalu minta rambutnya diikat dengan hairclip atau hairpin yang berwarna-warni dan berbagai fesyen. Kalau bab baju, tak payah cakaplah.. Pasti nak yang matching atau yang fashionable jer. Baju kurung Kakak memang highly utilised sebab dia gemar berbaju kurung. Harap-harap dia akan terus gemar berbaju kurung kerana Mak Lijah makin seriau melihat anak-anak dara sekarang ni makin sikit kain yang menutup badan mereka sehingga kelihatannya subang di pusat. Oh ngerinya...
Selamat ulang tahun ke tujuh, Kakak. Semoga Mama sempat melihat Kakak membesar untuk menjadi wanita yang berjaya dan solehah beriringan.
Tuesday, June 21, 2005
Danisy Tengok Wayang?
Danisy was so excited when we told him that we were taking him to the movies. Kami nak bawa dia tengok Madagascar. Kami memang dah lama nak bawa dia tengok wayang sebab kesian sering terpaksa meninggalkan dia di rumah bersama Kak Putihah nya. We were just unsure whether he was ready or not.
To make sure that our "project" to bring him to the movie berjalan lancar, we had to make sure of a few things. First we have to make sure that the movie yang akan ditonton itu cukup menarik minat dia.
Madagascar was a good start. Danisy memang suka animals. Dia suka tengok buku animals dan rancangan-rancangan yang ada animals. Therefore, Madagascar adalah the best movie to introduce him to cinemas. Second, Abang and Kakak had to play their most important role, i.e. to convince him that going to the movies is such an exciting event, a must-go-thing.
Last but not least, we had to keep on reminding him that the place we were going to akan ditutup lampunya sebab nak kasi gambar terang and bla...bla....lah!
All these.... Danisy digested carefully sambil promised that he wouldn't be scared. Chewah... kira-kira tu, nak control macho lah konon...
We bought enough popcorns tapi Danisy tak nak apa-apa. I guess he was too excited. Bila tiba masa untuk masuk panggung, Danisy minta untuk didukung. As usual, he would do this kat tempat-tempat yang dia tidak biasa. Di dalam panggung, dia kelihatan biasa tapi insisted that dia nak duduk dengan Daddy. He sat e few sits away from me sebab I had to take care of Kakak, Abang and his friend also.
Come next strategy. Kami kena make sure dia terlupa part kena tutup lampu. So we continued talking to him as if tak ada apa-apa berlaku dan diapun akhirnya tak perasanpun yang lampu dah ditutup. Sedar-sedar, movie dah start.
... dan sedar-sedar Danisy dah tertidur di pangkuan Daddy...
I like to move it move it...
I like to move it move it...
Monday, June 20, 2005
Jangan Komplen
Hari ini, hari ketiga Mak Lijah masuk ofis. Belum habis mengemas lagi. Tuan punya bilik ini dulu tidak betul-betul membersihkan isi kandungannya sebelum meninggalkannya. Alahai, sakit pinggang Mak Lijah menarik dan menolak kotak-kotak berisi fail, kertas, buku, dan macam-macam lagi barang-barang yang dah tak relevan. Jangan komplen! Buat jer...
Buat masa ini, Mak Lijah akan menikmati dulu masa-masa terluang ini kerna belum diberikan sebarang tugasan spesifik lagi. Mak Lijah akan menghabiskan masa-masa ini untuk menghias bilik ini dulu kerna Mak Lijah percaya, suasana tempat kerja perlulah cantik dan selesa supaya ada tarikan untuk datang kerja.
Coming back here is bad enough, might as well make the best of whatever is available around you. Itu jer yang Mak Lijah boleh rancangkan dalam masa senggang ini. Apabila tugasan mula diberikan, maka goodbye lah kepada sesi housekeeping ni.
Tapi, dalam dok mengemas dan menghias bilik ni, ada juga sedikit rasa kebosanan kerna kawan-kawan Mak Lijah sunyi-sepi hari ini. Separuh dari penghuni bangunan ini tiada kerana menghadiri forum di Putrajaya. Yang lain-lainnya entah ke mana? Jangan komplen! Tak lama lagi, Mak Lijah sendiri dah tak terbuka blogger ni lagi.
Hmmm...alahai...
Wednesday, June 15, 2005
Mak...Kawan Datang...
...nak makan....!!
Ingat tak iklan ni dulu? Masa tu boleh jamu mee Maggi jer. Sekarang, Maggi adalah luxurious item. Luxurious bukan apa, sebab hanya dibenarkan makan dua bulan sekali jer.
Tadi Affan balik dengan kawan-kawannya sekali. Tak jadi kelas tambahan katanya. Biasanya bila ini berlaku, kawan-kawan dia akan ikut Affan balik rumah sementara menunggu keluarga mereka datang menjemput pukul 3.00 nanti. Mak Lijah pun dapat isyaratnya... Maknanya, Mak Lijah kena siapkan makan tengahari tambahan untuk Affan dan kawan-kawannya.
Mujurlah kebetulan Mak Lijah baru balik dari Jaya Jusco selepas bersarapan di Tanglin tadi. Apa lagi, menu segera, pastilah ayam masak kicap, paru goreng berempah, patin masak tempoyak, peha ayam goreng, sup sayur dsb as side dishes. Kebetulan juga ada pulak kek cokelat yang dibuat petang semalam sebagai dessertnya. Bayangkanlah mula memasak pukul 12.45 pm? Tapi oleh kerana semuanya menu sempoi, siaplah hidangan sejam kemudian.
There goes the days of:
Mee Maggi cepat dimasak sedap dimakan
Mee Maggi cepat dimasak sedap dimakan
Friday, June 10, 2005
Selamat Tinggal Putrajaya
Hari ini merupakan hari terakhir Mak Lijah di sini setelah berkampung di Putrajaya selama sebulan. Apa nak buat, dah tak ada jodoh antara Mak Lijah dengan Putrajaya.
Sempena dengan hari terakhir ini, Mak Lijah mengambil kesempatan untuk meronda-ronda dengan kereta biru Mak Lijah di sekitar Putrajaya. Setelah puas meninjau bangunan-bangunan cantik dan struktur jambatan yang mengagumkan, jauh di sudut hati Mak Lijah ada jua sedikit rasa terkilan kerana tidak berpeluang untuk berkhidmat di sini.
Selama sebulan berada di Putrajaya, tidak pernah sedetikpun Mak Lijah rasa bosan kerana setiap saat di sini dimanafaatkan sepenuhnya. Puas sungguh Mak Lijah membaca setiap jenis akhbar dari muka surat pertama hingga yang terakhir, artikel demi artikel. Tidak pernah Mak Lijah membaca sebegitu terperinci sekali sepanjang hayat Mak Lijah. Tak cukup dengan akhbar, habis segala majalah Mak Lijah belek sepuas-puasnya. Dari majalah yang memaparkan gambar-gambar wedding of the year hinggalah ke majalah resipi, hiasan rumah/landscape, fotografi sampailah ke bisnes.
Tapi yang paling Mak Lijah terkesan ialah peluang bertemu kawan-kawan seangkatan dan dapat makan tengahari bersama-sama sambil bertukar-tukar pendapat, cerita, soalan dan kutuk-mengutuk. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang telah membelanja Mak Lijah di pelbagai tempat makan yang menarik di Putrajaya ini dan juga di kediaman mereka. Sesungguhnya masa sebulan di Putrajaya cukup pendek sekali dan sungguh berharga sekali. Semoga suatu hari nanti Mak Lijah dapat jua peluang untuk berkhidmat di Putrajaya nan indah ini....
Adieu Putrajaya....
Sunday, May 29, 2005
Anggapanmu
alaaaaaaa pompuan p_k_ _k, suker ler bila ada orang minattt kat dia..........
Mak Lijah "terserempak"dengan ungkapan ini semasa sedang browse fail-fail lama dalam My Documents di PC Mak Lijah. Macamana boleh ada kat dalam Microsoft Word?
Berderau darah membacanya kerana isu ini muncul lebih setahun yang lalu. Berderau bukan kerana apa, sepatutnya ia tidak appear di mana-mana tempat lain selain dalam email sahaja.
Ketepikan about where it was found or why it was there, for a while, isunya, statement itu sungguh menyakitkan hati. Ingat semua perempuan sama ke? Ingat semua perempuan suka pink ke? Ingat semua perempuan suka membeli di Habib Jewels? Ingat semua perempuan suka menggoda ke? Ingat semua perempuan lemah ke? Ingat semua perempuan tak pandai berdikari ke?
Cuba bandingkan tiga menteri wanita ini: Rafidah Aziz, Sharizat Jalil dan Azalina Othman. Apa yang membezakan mereka?
Percayalah, tidak semua perempuan sukakan attention.Tidak semua perempuan suka diminati. All women out there, setuju tak?
Betulkan anggapanmu itu!
Berbalik kepada why it was there tadi. Musykilnyer Mak Lijah.....
Senyumlah
Mak Lijah peratikan semua watak dalam CSI: NY jarang sekali senyum. Kalau senyumpun hanya kerna cynical remarks masing-masing. Mungkinkah tugas menjadikan mereka kurang senyum, atau secara semulajadinya mereka jarang tersenyum?
Dulu Mak Lijah jarang senyum. Bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Kalau asyik tersenyum memanjang, rasa macam kureng somewhere, betul tak? Orang lain pun Mak Lijah rasa takkan senyum unnecessarily dan sentiasa membawa wajah neutral mereka. Hanya apabila hati mereka dicuit sahaja maka terukirlah senyuman itu.
Masalahnya, muka Mak Lijah ni, bila dalam keadaan neutral, kelihatannya sombong. Hakikat ini disedarkan oleh kawan sekuliah Mak Lijah dulu. Kata dia, kalau dia tak betul-betul kenal Mak Lijah, memang dia anggap Mak Lijah sombong hanya dengan menilai wajah Mak Lijah. Jadi dia menasihatkan supaya Mak Lijah sentiasa "meluruskan" struktur bibir Mak Lijah yang sentiasa kelihatan seperti mangkuk terbalik apabila berwajah neutral. Susah juga nak paham maksud dia mula-mula tu. Lama-kelamaan, Mak Lijah pahamlah.
Kini, Mak Lijah sentiasa cuba sedaya-upaya dan seingat mungkin untuk sentiasa tersenyum apabila berinteraksi dengan orang. Ada kalanya terlupa juga, dan dengan mudahnya orang menganggap Mak Lijah sombong even before they really know me.
Memang Mak Lijah seringkali diberitahu bahawa Mak Lijah kelihatan sombong. Tapi komen itu diberi selepas beberapa lama mereka mengenali Mak Lijah. Ini tidaklah menghairankan kerana Mak Lijah akui memang tak pandai senyum, memula dan meneruskan bicara dengan orang yang tak dikenali. Itu adalah kelemahan Mak Lijah yang paling dominan. Mak Lijah memang tak reti nak behave di khalayak strangers. Ooo... how I wish I could improve on that sebab Mak Lijah percaya kalau kelemahan itu dapat diperbaiki, nescaya first impression orang terhadap Mak Lijah akan berubah.
Senyumlah...senyumlah...ahai chek mek molek
Wednesday, May 25, 2005
Ibu Mertuaku
I guess Mak Lijah will continue to be surprised occasionally by ibu mertuaku. Dan Mak Lijah will never stop in the quest of understanding her character.
Mak Lijah akui amat terkejut semasa mula-mula menjadi anggota keluarga Pak Lijah. Actually, masih lagi terkejut jualah. Latarbelakang Mak Lijah dan keluarga ibu mertua (ini bermakna, Pak Lijah sekalilah) memang amat jauh berbeza. It took me quite a while to understand her and the entire family sebab family value keluarga Pak Lijah dan family value keluarga Mak Lijah amat berbeza.
Ibu mertua Mak Lijah pandai dan rajin memasak. Mak Lijah banyak belajar resipi baru dari dia. Most of the time, Mak Lijah akan cuba memasak sendiri resepi dia, tapi, kalau yang sedikit teknikal tu, Mak Lijah hanya memendam rasa and at the same time hoping dia akan dapat ilham nak memasak menu itu one day.
Ibu mertua Mak Lijah juga rajin mengemas dan tak reti duduk diam. Kalau kami sekeluarga balik sahaja ke Pahang pasti dia akan sibuk memasak dan mengatur tempat tidur supaya kami dapat tidur dengan selesa.
Kini dia berada di rumah kami, dan aktiviti dia setiap hari ialah menyapu daun-daun mempelam dan rambutan kering setiap pagi, suatu aktiviti yang pasti dia buat bila di rumahnya sendiri. Cucu-cucunya pula cukup excited bila nenek ada kat rumah kami sebab dapat attention yang luar biasa. Mulalah naik lemak anak-anakku....
Bila Danisy Jatuh
Danisy jarang sekali terluka. Iya, memang dia agak aktif, suka memanjat, melompat, pijak/wrestling dengan Abang dan Kakak, berlari dan lain-lain aktiviti lasak. Tapi dia jarang sekali bedarah.
Hari tu, dia terjatuh semasa bermain basikal dengan Kakak. Mula-mula ingatkan luka biasa or sebab dia terkejut akibat terjatuh. Jadi Mak Lijah tak berapa pay attention sangat, lagipun Kak Putihah ada bersamanya ketika itu. Kak Putihah kemudian kelihatan mengambil minyak gamat dan menyapu lutut Danisy.
Danisy menjerit lagi kuat. Eh, that doesn't sound like Danisy. So Mak Lijahpun bergegas keluar untuk melihat dia. Rupa-rupanya lutut Danisy luka dan berdarah dan Kak Putihah menyapu minyak gamat tu on the luka. Tentulah Danisy menjerit, dan Mak Lijah pun menjerit jugalah sebab sepatutnya luka itu dibersihkan dulu sebelum disapukan apa-apa ubat sekalipun.
"Sakitlah bu, kalau dibasuh luka tu..." kata Putihah. Sakit lagi hati aku kalau tak dengar cakap aku. Mak Lijahpun mandikan Danisy sedang dia menangis dan menjerit tu dengan air suam-suam panas untuk kurangkan kesakitan.
Bila melihat tiada lagi darah di lututnya, dan selepas menyapu ubat kuning, barulah Danisy berenti menangis. Dan dengan bangganya menceritakan kepada Daddy yang lututnya dah disapu ubat. Kepada Kak Putihah dipesannya supaya cuci dengan air dulu. Agaknya Danisy mendengar Mak Lijah membebel semasa memandikan dia tadi.
Alahai.... bila Danisy jatuh...
Monday, May 16, 2005
Dah Setahun...
Boringnya, dah setahun cuti, hari ni start balik kerja. Liat sungguh rasanya. Dah ler kena ikut routine Pak We yang teramat awal tu.
Aduh... Hari ini perasaan Mak Lijah bercampur-baur.
First of all, tentunya risau. Risau Kakak liat bangun untuk ke sekolah, sebab hanya ada Kak Putihah untuk manage dia. Risau sebab Danisy tak sihat sejak dua hari lepas. Sempat juga Mak Lijah menelefon beberapa kali pagi ini semasa dalam perjalanan untuk memastikan semuanya berjalan lancar di rumah.
Secondly, sedihnya nak tinggalkan Danisy... Sebab normally, Mak Lijah ada di sisi Danisy sewaktu dia membuka matanya setiap pagi dan seterusnya memandikan dia. Kesian dia. Dia selalu hendak bersama Mak Lijah sepanjang masa. Pantang hilang dari jangkauan mata dia, maka dengarlah panggilan dia yang manja tu.
Thirdly, boringnya.... Beberapa bulan dulu excited juga about going back to work. Tapi sejak mendengar berita-berita tak sedap, tarikan tu dah jadi tolakan. Oh... how depressing! Pun begitu, Mak Lijah harus akur kerana mendapat the long deserved break apabila tugas pejabat menjadi terlalu demanding dan mencalar kehidupan Mak Lijah sebagai isteri dan ibu sejak 2-3 tahun lepas.
And last but not least, happy jualah sebab dapat bercuti berbayar yang tidak ternilai dengan kata-kata dan digunakan untuk menebus masa-masa emas bersama keluarga yang hilang suatu ketika dulu.
Tercapai jua impian Mak Lijah untuk melanjutkan pengajian sambil menepis cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan.
...and here begins another journey...
Sunday, May 08, 2005
Antara Anyer dan Jakarta
Mak Lijah tak tahu di mana letaknya Anyer dalam peta Indonesia. Mungkin Ayah boleh membantu.
Mak Lijah terhibur sangat dengan Sheila M kat Dari Studio 1 tadi. Sekali lagi pita video minda Mak Lijah berputar kembali circa 20 tahun lalu. Masa lagu itu hit di pasaran, Mak Lijah berada di tingkatan enam kat Penang Free School. Lagu Sheila lain yang popular juga pada 'abad' itu adalah Gerimis Semalam. Oh...sungguh berhantu sekali lagu itu. Pada ketika itu juga, lagu Rozana oleh Search kerap berkumandang tapi Mak Lijah minat sikit-sikit jer lagu-lagu rock kerana kurang selesa dengan penampilan mat-mat rock yang bagi Mak Lijah "menggelikan". Kalau dengarpun, lagu-lagu sentimental rock sahaja sebab bekas Pak We masa tu minat sangat.
Berbalik kepada Sheila M. Ternyata dia masih unggul dalam kelompok genre muzik dia. Kagum sungguh Mak Lijah terhadap dia yang masih kekal dengan identitinya yang cool. Dia juga bijak menangani laporan media mengenai perihal peribadi dia terutamanya bab anak-anaknya yang dikatakan tidak bertemu dengan ayah mereka.
Kalau nak dikatakan Mak Lijah peminat fanatik, mungkin inilah penyanyinya...... suatu ketika dahulu.
Friday, May 06, 2005
I luvvv... cooking, but..
Bila menonton dan mendengar mengenai projek Chef Wan pagi tadi di TV3, I realized that I actually luvvvved cooking. Mak Lijah enjoy sangat memasak. Tapi.... bab preparations yang paling lomah sekali. Yang paling boring sekali ialah mengupas bawang dan kentang. Mak Lijah boring sekali bab kena tumbuk-menumbuk dengan lesung. Kalau boleh semua nak yang segera. Tunggu menumis, mereneh dan menghidang jer.
Mak Lijah juga suka mencuba resepi baru, provided main ingredientsnya ialah ayam dan daging. Jarang sekali mencuba resepi baru untuk ikan dan sayur. Sebab tu Mak Lijah suka mengumpul buku resepi. Kalau ada rumah sendiri, senanglah juga nak mengumpul di rak yang bersesuaian.
Apa-apapun.. esok nak masak apa?
Dia Ibuku
Kalau Ayah dengan mottonya, "Do your best, leave the rest to God.", Emak pula dengan mottonya, "Berani kerana benar."
Memang kedua-dua motto ini Mak Lijah adopted sejak dulu lagi. Mungkin sebab itulah Mak Lijah jadi macam ni.
Emak dilahirkan sekampung dengan Ayah, in fact, jarak rumah Ayah dengan Emak sebelum mereka kahwin hanyalah 50 meter. Jodoh mereka telah diatur sejak mereka kecil kagi kerana kedua-dua Wan Mak Lijah adalah rakan perniagaan. Pun begitu, ternyata hidup mereka tetap bahagia walaupun dikatakan arranged marriage. Tapi Mak Lijah rasa, tentu mereka berdua bercinta juga dulu. Kalau tidak, masakan ada kata-kata romantis di belakang gambar Ayah masa muda remaja dulu (gambar itu dari Ayah kepada Emak)? Kini, usia perkahwinan mereka telahpun mencecah jubli emas.
Emak adalah simbol wanita cekal. Berbanding Ayah, Emak dibenarkan menyambung pengajiannya di Sekolah St. Georges Girl's School di Pulau Pinang. Berbanding Wan sebelah Ayah, Wan sebelah Emak lebih bersifat terbuka terhadap pelajaran anak-anaknya. Sebab itulah Emak satu-satunya anak Wan yang boleh membaca dan menulis rumi dan juga berbahasa Inggeris dengan baik. In fact, Mak Lijah mula belajar Bahasa Inggeris dari Emak, bukan di sekolah. Dan mungkin kerana faktor pendidikan itu juga agaknya Wan mengalihkan segala hartanya kepada Emak sebelum dia meninggal.
Begitu banyak dugaan yang ditempuhi. Beliau terlalu sabar dengan tingkah laku ayah yang nyata begitu cerewet dan tegas dari segala segi, terutamanya makan minum dan pakaian Ayah. Emak juga terlalu sabar dengan anak-anaknya, terutamanya Mak Lijah, agaknya.
Emak pernah terpaksa dibedah seketika dulu dan waktu itu, kecintaan Ayah terhadap Emak terserlah apabila Ayah melarikan diri dan menitiskan air mata kerana kerisauannya terhadap pembedahan itu. Syukurlah Emak sihat selepas itu.
Kepada Emak, Selamat Hari Ibu, semoga berbahagia selalu di samping ayah dan tabah menghadapi dugaan. Sayang Emak.
Wednesday, May 04, 2005
Adik, pejam mata....
Lately ni Mak Lijah suka benar bercerita tentang Adik bongsu ni. Mungkin sebab keletah dia makin menjadi-jadi sejak usia dia mencecah tiga tahun.
Petang tu dia tak tidur seperti biasa sebab leka bermain dengan Abang dan Kakak. Bila kami bersiap untuk keluar makan malam tu, Mak Lijah berusaha keras untuk pastikan dia tidak mengantuk. Semasa dalam perjalanan, akibat celoteh kami berdua, dapatlah juga dia tahan berjaga lagi. Tapi, the moment kakinya mencecah Jaya Jusco, tiba-tiba dia menjadi lembik, dan tertidur sambil berjalan! Imagine that! Mujur masa tu Kak Putihah dia tengah pimpin tangan dia, dapatlah dia "diselamatkan" daripada terkelepek atas lantai tu. Akhirnya kami sahaja yang dinner, manakala Danisy slept soundly throughout the whole night.
The next day, Mak Lijah berazam untuk bagi dia tidur petang juga. Makanya, petang tu, Mak Lijahpun memujuk dia untuk tidur. Seperti biasa, dia tidak membantah. Pada mulanya dia baring sebelah Mak Lijah di tempat tidur dia. Lepas tu dia bangun dan pergi pula ke Daddy. Begitulah gelagat dia for the next 45 minutes. Akhirnya, Mak Lijah cakap kat dia (masa dia kembali baring sebelah Mak Lijah buat kali ke berapa entah), "Adik, pejam mata, nanti tak boleh tidur." Mak Lijah berulang kali berkata begitu setelah dia kelihatan tidak serius untuk melelapkan mata.
After a while, dia mula bosan dan mula rasa it's time to go to Daddy (again), dan sekali lagi Mak Lijah suruh dia pejam mata. Lalu diapun bangun dengan mata terpejam,sambil membawa bantal peluk spidermannya dan berjalan ke arah Daddy. Apa lagi... terhoyong-hayanglah dia. Habis TV, sistem audio, meja solek dan katil dilanggarnya. Hmmm.... maybe it's time to rephrase my directive.
Sunday, May 01, 2005
Oh no..., Paul Moss!
Mungkin dia hanya mengikut skrip yang diberi, tapi coming from him, it's not really surprising.
Mak Lijah bukanlah peminat fanatik Siti Nurhaliza, tapi Mak Lijah rasa, tak sesuailah Paul cakap macam tu terhadap dia. Kalau dia berkata sedemikian jua kepada Misha Omar mahupun Erra Fazira sekalipun, Mak Lijah rasa tak sesuai. Sungguh tidak manis sekali ungkapan itu. Mungkin mengundang kontroversi kelak.
Semoga penulis skrip berhati-hati di masa hadapan kerana kalau peminat tak fanatik macam Mak Lijahpun rasa 'terganggu' dengan kata-kata Paul, apatah lagi yang fanatik.
Apa-apapun, Mak Lijah rasa sungguh terhibur dengan persembahan-persembahan di AIM tadi. Pilihan lagu-lagu dan penyanyi-penyanyi sungguh secocok, biarlah apa orang nak kata terhadap program itu. Mak Lijah turut tergamam dengan keberanian Frankie Cheah menggunakan perkataan b*st*r* di atas pentas selepas menerima Anugerah Wirama, selaku anugerah paling berprestij.
Tahniah kepada Ning atas kejayaannya. Usaha dan bakat dia semakin diiktiraf.
Friday, April 29, 2005
Big Baby II
Mak Tok menggelarnya Pak Lawak. I guess, pernahlah Big Baby Mak Lijah ni menggeletek hati dia.
But truly, Big Baby Danisy is so adorable. Dialah penghibur hati Mak Lijah. Somehow I think he could sense my emotion. Kalau Mak Lijah marah, lagilah dia tau. Dengar ajer Mak Lijah tinggikan sikit suara kepada Kakak atau Abang, datanglah dia memeluk Mak Lijah dan memanggil "Mama.." dengan suara manjanya seolah-oleh memujuk. Mana hati tak sejuk serta-merta?
Seingat-ingat Mak Lijah, Danisy is such a good boy sejak dia keluar dari perut Mak Lijah lagi. Masa dalam pantang, dia tak bangun malam dan merengek minta nenen seperti Abang dan Kakaknya dulu. Mak Lijah pulak yang kejutkan dia sebab rasa pelik kenapa baby tak bangun malam like other babies should do.
Time dia good mood (which is most of the time), dia akan berusaha mengambil sendiri barang-barang yang dikehendaki walau seberat atau sesukar mana nak mengambilnya. Dia tak akan meminta pertolongan Abang atau Kakak atau kak Putihahnya. He is so independent! Tapi bila dia nak manja, habislah kami semua dikerjakannya.
Berat badan Danisy merosot sejak bulan November lepas kerana dia mengalami acute constipation yang menyebabkan dia bergantung kepada pengambilan lactulose sepanjang masa. Other than that, he is a healthy, bubbly and a true entertainer of the family.
Selamat Hari Jadi ke-tiga kepada Danisy yang menyambutnya hari ini. Semoga Danisy kembali pulih sepenuhnya walaupun Mama tidak akan jemu mengubat Danisy sampai bila-bila jua.
Wednesday, April 27, 2005
Aunty...Aunty...
Semasa Mak Lijah sedang queue untuk mengambil gambar semalam, dua orang gadis telah menegur Mak Lijah. Dalam telahan Mak Lijah, usia mereka adalah awal 20-an, setelah mengambil kira perbualan mereka yang Mak Lijah curi-curi dengar. Mungkin mereka adalah pelajar IPT.
Yang membuat Mak Lijah terkedu ialah, mereka memanggil Mak Lijah, "Aunty...Aunty... Berapa Aunty bayar untuk gambar saiz A4 tu?"
Inilah pertama kali Mak Lijah dipanggil dengan gelaran Aunty oleh manusia seusia dan setinggi lebih lima kaki tu. Sebelum ini, yang memanggil Mak Lijah dengan gelaran itu adalah kerana memang Mak Lijah ni emak saudara mereka. Tapi for a stranger as old as them to call me 'Aunty', I must have looked really old then. Too add to that, bila mereka terlihat pula gambar A4 Mak Lijah, yang sorang tu berkata, "Aunty mesti lawa masa muda dulu." Aduh...!! MASA MUDA DULU?
Agaknya Mak Lijah SEKARANG ni patut mula rasa tualah kut sebab selama ini, Mak Lijah selalu feel young at heart. Hmmm....
Tuesday, April 26, 2005
Sukan apa, ek?
Mak Lijah tak tahu apa jenis sukan yang Mak Lijah minati. Minati, bukan play, tau? Sejak di sekolah dulu, Mak Lijah hanya reti main rounders. Netball hanya dimain kalau dipaksa, kalau tak, memang idak ler, sebab cepat penat. Hoki? Ampun.... Takut bolanya yang berat dan keras dan dipukul dengan kayu pulak tu. Aduh... Menonton saja cukuplah, tapi untuk 10 minit jer. Lepas tu mulalah rasa bosan.
Masa "dipaksa" main volleyball semasa mengikuti DPA dulu, Mak Lijah cukup serik. Serik sebab bukan sahaja "diserang" bertalu-talu oleh pasukan lawan, tapi kerna sakit tangan-tanganku dikerjakan bola itu. Masa main volleyball tu, Mak Lijah hanya berdiri 'diam-diam' jer dalam gelanggang sebab takutkan bola. Kalau boleh duduk, memang Mak Lijah duduk waktu tu. On football, okaylah... (ikut stail Anding). Menonton bila ada perlawanan sempena, macam World Cup atau Euro Cup (betul ke) jer. Begitu juga badminton. Minatnya bersempena.
I guess satu-satunya sukan yang dikira "okaylah", ialah bowling. Seronok main dia, walaupun selalu masuk longkang. Bukanlah pandai sangat, tapi seronok jer. Teringat main bowling sampai past midnight di Kuching pada tahun 1995 bersama sekumpulan kawan Mak Lijah. Oleh kerana bermain dengan yang mahir, maka group Mak Lijah kerapkali dapat free game dan juga kerna main melepasi waktu Cinderella.
Tenispun, okay juga. Mak Lijah mula betul-betul faham perihal sukan ini semasa di INTAN Kemaman. Seronok juga game itu, walaupun selalu terlepas pukul.
Yang pastinya, golf masih jauh dari hatiku.
Monday, April 25, 2005
Golf dan Aku
Kerapkali Mak Lijah diajak untuk 'menebas' oleh kawan-kawan Mak Lijah. Malahan di pejabat Mak Lijah dulupun, pegawai-pegawai yang lebih senior beriya-iya benar mengajak Mak Lijah ke kelab untuk menebas, sehingga Mak Lijah terpaksa menceritakan peri fobia Mak Lijah terhadap golf untuk menghentikan kesungguhan mereka mengajak.
Semasa Mak Lijah berusia di antara tujuh dan 11 tahun, Mak Lijah tinggal di Teluk Anson (kini Teluk Intan), Perak, kerana mengikut Ayah berkhidmat di situ. Pada ketika itu, Almarhum Raja Musa adalah Raja Muda Perak yang bersemayam di bandar tersebut. Hobi Almarhum adalah menebas setiap petang. Ayah merupakan salah seorang rakan sepermainan baginda dan telah menjadi resmi Ayah, setia kepada Raja (Mak Lijah pernah cerita mengenai kesetian Ayah kepada Raja dan negara). Maka setiap harilah Ayah akan berada di kelab golf untuk menemani Almarhum.
Pada ketika itu, Mak Lijah dalam proses pembesaran, baru mendapat adik dan terasa perlu diberi perhatian. Kenapa Ayah tiba-tiba sering tiada di rumah waktu petang, tetapi senantiasa berada di Kelab Golf, sedangkan dahulu, masa tinggal di Tapah, Ayah sentiasa ada di rumah dan sering membawa Mak Lijah ke taman permainan. Mak Lijah rasa amat sedih dan kecewa akan peralihan perhatian itu.
Suatu hari Mak Lijah meminta sebuah jam tangan dari Ayah dan berkata kepada dia yang Mak Lijah mahu dia sendiri membawa Mak Lijah ke kedai dan memilih untuk Mak Lijah. Setelah berkompromi, akhirnya ayah bersetuju untuk membawa Mak Lijah. Tiba hari yang dijanjikan, Emak berkata yang kami akan sama-sama pergi menjemput Ayah dengan kereta. Dalam keseronokan, Mak Lijahpun naiklah kereta Opel hijau Ayah. Dipendekkan cerita dan dipendekkan keseronokan, Emaklah jua yang menemankan Mak Lijah memilih dan membeli jam tangan baru, dan kami hanya menjemput Ayah selepas itu, di Kelab Golf. Pada saat itulah Mak Lijah mengisytiharkan yang golf adalah musuh ketat Mak Lijah dan dari saat itulah bermulanya fobia Mak Lijah terhadap golf.
Sunday, April 24, 2005
Big Baby
Danisy is such a big baby. Selain kerana faktor dirinya yang paling muda dalam keluarga, kami memanggilnya big baby kerana dia masih minum susu dari botol dan memakai pampers. Pak Tok dan Mak Toklah yang rajin melayan keletahnya kerana Danisy terkenal dengan keramahan dan kekelentongannya. Dia pandai memutar-belitkan kata-kata orang.
Pernah sekali Mak Lijah membelikan baju tidur yang mempunyai gambar Power Rangers (Power Rangers, Robots dan Spiderman adalah kegilaannya kini). Danisy insisted that dia nak pakai juga baju Power Rangers baru itu. Oleh kerana hari masih pagi lagi, Mak Lijah katakan bahawa baju itu adalah baju tidur dan hanya akan dipakai malam nanti. Sejenak dia terdiam dan berfikir hujah balasnya. Tahu apa katanya (dalam bahasa Melayu, bukan seperti anak ayah dalam http://www.kisahdengananak.blogspot.com/ )?
"Bukan...Ini bukan baju tidur. Ini baju bangun."
Thursday, April 21, 2005
Ngutuk
Mak Lijah teringat alkisah kawan-kawan Mak Lijah yang dituduh mengutuk/mengata seseorang sedangkan bukan itu yang berlaku. Peristiwa ini berlaku kira-kira setahun nan lalu. Mereka sebenarnya berbicara mengenai imej rakan-rakan seperjuangan yang semakin meningkat seiring dengan tempoh perkhidmatan. Ada yang dah berkereta Perdana, ada yang bergaya dengan suit yang segak sekali dan bermacam-macam lagilah perihal yang positif.
Tapi dek kerana tuduhan melulu itu, maka kawan-kawan Mak Lijahpun membuat keputusan untuk mula mengutuk orang yang menuduh mereka itu tadi. Agaknya berbakul-bakul lah kutukan yang dia dapat akibat dari tuduhan melulu itu. Sesuailah bagi orang yang paranoia.
Wednesday, April 20, 2005
Geografi Malaysia Diubah?
Baru-baru ini kita dikhabarkan bahawa siput kepah telah muncul dengan banyaknya di Kuala Kedah. Kerang juga dilaporkan muncul dengan banyaknya di suatu tempat lain. Sebelum itu, timun laut banyak tersadai di Port Dickson.
Semasa Abang kedua Mak Lijah berkunjung ke rumah Mak Lijah baru-baru ini, kami ada membicarakan perihal fenomena ini. Kawan abang Mak Lijah yang belajar oceanography di Milwaukee bersamanya dulu memberitahu bahawa fenomena ini bermakna bahawa suhu lautan semakin panas. Punca kepanasan, biasanya adalah kerana aktiviti lapisan bumi yang memberi tindakbalas terhadap suhu air laut. Dalam kata lain, aktiviti yang menjurus kepada pengaktifan gunung berapi.
Apa yang lebih menarik katanya, Gunung Tahan di Malaysia pernah disenaraikan sebagai gunung berapi. Dalam pengajian kawan abang Mak Lijah, Gunung Tahan dikatakan pernah memuntahkan laharnya pada tahun 1880an. Fakta ini dinyatakan dalam dokumen-dokumen akademik di Amerika. So what happened to Malaysian geography... or history? Did we miss something(s), somewhere?
Kalau betullah fakta tu, patutkah kita berasa risau, kerana gunung berapi yang dikatakan dah lama tak 'memanaskan periuk'nyapun dah mula naik suhunya? What about Gunung Jerai? Bentuk tu dah iras-iras. Hmm.... Marilah kita risau sama-sama....
Tuesday, April 19, 2005
U Obersi, U Local
Semasa membaca komen di ruang ini, terpanggil pula untuk mengupas isu ini. Mak Lijah pernah cerita yang Mak Lijah tak pernah belajar obersi. Tak pernah sentuh salji. Mak Lijah pernah berangan nak belajar obersi, tapi tak berpeluang. Tapi bila kena bertugas di luar negara selama dua minggu (sahaja), Mak Lijah fikir balik, tak apalah, tak dapat belajar obersi.
Mak Lijah mudah homesick. Mak Lijah selalu terfikirkan, sihat ke mak, sihat ke ayah? Who's taking care of them? Apa khabar abang-abang dan kakak-kakak ipar? Bagaimana adik perempuan Mak Lijah? Selamatkah dia? Bila dia nak kahwin?
Mak Lijah suka makan nasi berlaukkan ayam, limpa, gulai daging lembu, ikan sepat ronggeng kering, ikan puyu pekasam, tempoyak, ulam jantung pisang rebus, ikan kembung rebus cicah air asam, kerabu kaki ayam, kerabu pucuk paku dengan kerang, kuih akok, kuih seri muka, teh tarik, penang char koay teow, asam pedas ikan keli dengan keladi, asam tumis ikan terubuk and the list goes on. Boleh ke nak dapat semua tu kat obersi?
Semasa bertungkus-lumus mencari bahan untuk membuat tugasan dan tesis, Mak Lijah tak henti-henti bersyukur kerana berada di Malaysia kerana di sini Mak Lijah senang nak cari bahan. Senang nak fotokopi. Senang nak cari kertas A4 free. Senang nak print tugasan. Senang nak interbiu orang. Senang nak buli orang. Senang mak, ayah, adik, abang, anak, sepupu, anak sedara dan kaum kerabat datang masa konvokesyen.
Pun begitu, Mak Lijah tetap rasa yang belajar di obersi lebih seronok kerana yang dirindukan... itulah cabaran. Dapat ramai kawan warga asing baru. Dapat merasa sentuh salji. Dapat pakai baju tebal-tebal. Dapat ambil gambar cantik-cantik. Dapat cakap omputih macam omputih. Dapat langkah kaki jauh-jauh. Pendek kata, betullah apa orang tua-tua kata, jauh perjalanan luas pemandangan.
Friday, April 15, 2005
Jenama
Tahniah kepada Telekom Malaysia atas pelancaran jenama barunya oleh PM, semalam. Sekurang-kurangnya 'nampak'lah juga usaha penjenamaan baru ini, berbanding dengan usaha RTM yang katanya membuat perkara yang sama. Tapi usaha RTM tak pula terasa sebarang impak langsung. Sama saja sejak 10 tahun lalu. Mungkin sebab status Telekom yang diswastakan maka mereka mampu dan berupaya melakukannya. Pun begitu, katanya kerajaan melabur jutaan ringgit duit rakyat untuk membangunkan imej baru RTM. Mana yang barunya?
Siaran beritanya cukup membosankan. Pengacara-pengacaranyapun membosankan. Kaku dan tidak pandai mengaitkan sesuatu isu dengan isu yang lain. Nada bicarapun tak pernah berubah-ubah sejak dulu. Pun begitu, ada juga seorang pengacara TV3 yang kelihatan sungguh nerd. Pengacara berkenaan pernah memenangi beberapa anugerah wanita, tetapi sebagai pengacara, sungguh tak pandai. Kalau tak kerana skrip, pastinya kebodohan dia begitu terserlah. Dia juga tidak boleh mengemudi talk show dengan baik. Itu rangkaian swasta!
Apa-apapun, kiranya ada pelaburan yang bernilai jutaan ringgit, pastikanlah ianya berbaloi dan nampak impaknya. Tahniah sekali lagi buat Telekom. Semoga pelaburan anda..MEMANG BERBALOI...
Thursday, April 14, 2005
Wednesday, April 13, 2005
Aku dan TV Addiction
Entah apa nak jadi kepada MakLijah. Addicted to tv. Especially sekarang dengan banyaknya masa senggang. Rancangan kegemaran dan menjadi addiction ialah CSI. Semua nak tengok, CSI:Miami (every Monday, 2 episode berturut2), CSI: NY (malam tadi) dan CSI (malam ni). Sekarang tertunggu-tunggu kemunculan CSI: Vegas. Entah-entah dah terlepaspun.
Dulu Mak Lijah addicted kepada rancangan seperti Birds of Prey, Friends, Sex & the City dan Charmed (masih addicted). Mujurlah rancangan tu semua disiarkan waktu malam, kalau siang, susah juga nak sesuaikan dengan routine dulu sebab dah nak mula masuk kerja.
To add to that, I realized that I actually liked watching reality show (except Fear Factor yang disgusting!). Rancangan realiti yang Mak Lijah paling gemar ialah The Apprentice, dan Amazing Race.
Itu belum mula musim baru Akademi Fantasia. Adakah lagi cutie macam Kaer dalam musim baru akan datang? Oh.. Kaer..
Tuesday, April 12, 2005
Siti Oh Siti
Malam Sabtu baru lalu Mak Lijah diberi peluang menonton konsert Siti Nurhaliza di PWTC. Itulah pertama kali Mak Lijah menonton Siti secara live in concert. Sebelum ni, hanya menonton shownya yang bernilai seminit RM1,000 selama setengah jam ataupun di kaca tv sahaja.
Konsert tersebut adalah yang pertama sekembalinya dari London. Tak jet lag ke Siti ni?
Apa lagi yang dapat dikatakan mengenai gadis itu. Konsertnya memang hebat. Hebat kerana kemeriahan di atas pentas, muzik latar yang bagus, prop yang ringkas tapi menarik dan tarikan Siti itu sendiri.
Mak Lijah pernah "berurusan" dengan crewnya suatu ketika dulu. Ternyata mereka begitu gigih untuk memprofesionalkan keseluruhan persembahannya, baik dari pengurusan, pemilihan lagu, susunan muzik, busana dan sebagainya. Pun begitu, Mak Lijah lihat Siti begitu curious cuba mengintai-intai melihat apa yang sedang kami bincangkan. Dia tidak mahu ketinggalan dalam proses membuat keputusan dan mahu tahu apa yang sedang berlaku. Sudah dewasa Siti itu dalam perihal pengurusan shownya.
Memang benar konsertnya 'gagal' di Royal Albert Hall. Bukan gagal menghiburkan, tetapi gagal membawa enough penonton yang berambut blonde, brunette dan bermata biru dan hijau untuk menyaksikan persembahan Siti. Bukankah itu matlamat utama? Mana silapnya, Fazley? Perbaikilah, sekiranya ada peluang kedua..
Selamat maju jaya, Siti. Semoga Siti terus berusaha membawa bendera Malaysia di persada dunia dalam seni hiburan.
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terik, hujan badai
Kita lalui bersama
Monday, April 11, 2005
35
Dah hampir 17 tahun Mak Lijah meninggalkan dia. Dah banyak berubah dia. Semakin cantik dan canggih.
Selamat ulangtahun ke 35 kepada Universiti Sains Malaysia yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis kepada Mak Lijah.
Walaupun mee bandung di Harapan dan mee gian dia Cahaya dah tak rasa seperti dulu, USM tetap dirasa di hati. Dulu, Ismail Tomyam sungguh sinonim dengan USM, kini dah hilang serinya....
Selamat Maju Jaya, USM!
Semoga cemerlang, gemilang dan terbilang....
Sepet
Menonton Sepet ibarat menonton program realiti yang tiada pertandingan dan juaranya. Mak Lijah kata begitu sebab tertarik dengan skripnya yang bersahaja dan tidak kaku. Enjoy menontonnya.
Seperti yang diduga, suami Mak Lijah tidak dapat menghayati cerita itu walaupun Mak Lijah pesan kepada dia supaya mendengar dengan teliti apa yang Jason dan Orked bicarakan sebab cerita itu tiada aksi kungfu seperti filem PGL. Kekuatan filem itu terletak kepada skrip yang menceritakan realiti.
Seronok menonton Adibah Noor yang selamba sahaja lakonannya tetapi sungguh berkesan sekali, walaupun wataknya kecil sahaja. Seronok melihat Ide Nerina dan partner Afdlin Shauki (lupa nama dia) berlakon menjadi pasangan suami-isteri. Seronok melihat Orked yang ayu dengan baju kurung kain kapasnya.
Pendek kata, seronoklah nonton cerita ni.... Janji, sebelum menekan suis play, bukalah minda dan tontonlah dengan hati yang juga terbuka...
Akhir yang Belum Rasmi
Hari ini Mak Lijah menghantar tiga naskhah tesis yang telah Mak Lijah "kerjakan" sejak beberapa bulan nan lalu. Tak sangka dah hampir setahun Mak Lijah belajar dan akan tamat tidak lama lagi. Cepat sungguh masa berlalu. Seronok sungguh rasa setahun ini walaupun penuh dengan cabaran. Apa lagi nak dikata, tinggal debaran 5 Mei sahaja lagi. Tapi Mak Lijah rasa macam dah tahu apa menanti. Apa nak buat, dah begitu takdirnya. Terima sajalah. Pun begitu, Mak Lijah rasa puas. Puas dipisahkan dari kerja-kerja pejabat selama setahun. Puas dapat menimba ilmu, mendapat kawan baru dan puas menggunakan duit gomen.....
Thursday, March 10, 2005
Ayah
Berjalan berkaki ayam setiap hari untuk ke sekolah yang terletak kira-kira tiga batu dari rumah. Sekolah Kebangsaan Santan hanyalah sebuah bangunan kayu yang kecil dan beratap rumbia. Tapi ia masih teguh hingga ke hari ini dan dikekalkan sebagai simbol genesis. Nama ayah terpahat di antara beberapa nama lain di atas sekeping tembaga dan tergantung di dinding, selaku perintis sekolah itu dan atas kejayaan ayah.
Dulu ayah hanya berbekalkan sebiji telur rebus dan 1 sen setiap hari untuk ke sekolah. Itu dikira sudah cukup mewah pada ketika itu. Sekali-sekala Tok Tijah akan membekalkan ayah dengan pisang atau ubi kayu rebus.
Bila ayah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Singapura, arwah Wan protes. Selain jarak, Wan bimbang ayah akan terpengaruh dengan dakyah orang putih. Ketika itu, British masih lagi mengibarkan Union Jacknya. Ayah akur dalam kekecewaan, namun menerima itu sebagai cabaran.
Sambil menguruskan kedai runcit Wan, ayah mencuri-curi mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjawat Pegawai Tadbir Negeri. The rest was history.
Ayah seorang yang tegas tetapi terlalu lembut hatinya terhadap anak-anak. Tidak pernah sekalipun seumur hayatnya dia meninggikan suara, pun menghinggapkan tangannya ke atas anak-anaknya. Setiap kali waktu makan, dia akan pastikan setiap anak-anaknya berada di meja dan selagi belum cukup, selagi itu dia tidak akan menyuapkan nasi. Dia akan pastikan tanggungjawabnya sebagai 'menteri pertahanan rumah' dilaksanakan dengan betul kerna setiap malam, routinenya sebelum tido, ialah memastikan pagar berkunci, setiap tingkap dirapat dan dikunci betul-betul, pintu dipadlockkan dan lampu dipadamkan, walaupun tugas-tugas itu telah dilaksanakan oleh samada tukang kebun, atau pembantu rumah kami. Bila kami demam, dia yang lebih risau dari mak. Setiap 15 minit dia akan meletakkan tangannya di dahi kami untuk mengetahui suhu badan. Tapi dia sendiri berat nak ke klinik kalau sakit. Walau sakit macamana sekalipun, dia akan menggagahi jua untuk ke pejabat kerna sifat kebertanggungjawaban dia.
Usah dicabar kesetiaannya kepada Raja dan negara kerna itu adalah prinsip dedikasinya terhadap tugas yang paling kukuh yang sedia ada pada dia.
Sekarang, ayah bergelar Pak Tok dan nilai-nilai halus itu disemaikan kepada anak-anak dan cucu-cucnya.
Itulah ayahku.
Tuesday, March 08, 2005
Dirimu Yang Memang Seorang Wanita
Makhluk unik yang dicipta Tuhan
Dengan ribuan wajah yang berbeda
Ciptakan wajah lemah dan lembut
Namun berhati keras
Dirimu yang memang seorang wanita
Sulit untuk digapai sulit untuk diinjak
Berkelit licin pada ribuan jemari
yang siap menerkam
Dirimu yang memang seorang wanita
Namun perkasa melebihi prajurit
Lindungi tiap anakmu dari takut akan dunia luar
Memapah tiap tapak langkah menuju masa depan
Dirimu yang memang seorang wanita
Pantas untuk kuabadikan dalam hati
Pantas bila aku bangun prasasti keberanianmu
Melukiskan tiap gerakmu untuk bawa diriku
pada kebahagiaan
Pantas bila kau tetap ada dalam ingatanku
Karena kau adalah prajurit wanita bagiku
JO YOLANDA KUSUMAWATI
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA KEPADA SRIKANDI DPA95-96
Sunday, March 06, 2005
Kembali
Kira-kira sejam yang lalu, Mak Lijah menerima perkhabaran yang sedih mengenai kembalinya ke Rahmatullah, guru seni kami di Penang Free School dulu, Allahyarham Cikgu Kamal, pada Khamis 3 Mac.
Di minda Mak Lijah sekarang ini ibarat pemain video yang mengulang-tayang pengalaman berguru dengan beliau kira-kira 19 tahun yang lalu. Alangkah cepatnya masa berlalu. Tak sangka beliau akan pergi sebegitu awal.
Allahyarham cikgu Kamal merupakan seorang guru yang unik. Kiranya dikarikaturkan wajahnya, tak ubah seperti Profesor Serbatau dalam majalah Gila-Gila. Beliau "kurang" rambut, tapi berjanggut kerinting dan berkaca mata bulat. Beliau sentiasa ditemani gitar dalam kelasnya. Pantang diminta petik, pastinya lagu Ebiet G. Ade yang berkumandang.
Cikgu Kamal begitu meminati Ebiet dan rakan2 seangkatannya. Beliau mempunyai band sendiri. Ketika kelab tingkatan 6, PFS menganjurkan satu jamuan di rumah Mak Lijah dulu, dia membawa bersama bandnya dan antara yang menyanyi malam itu adalah Suriani Abdul Rahman, pengacara RTM yang juga classmate Mak Lijah. Kelas senilukis beliau terhad bilangan muridnya. Selain Mak Lijah dan Suriani Abd. Rahman, turut sama menuntut ialah Pravin Karan, juga seorang personaliti TV (kini di MiTV) dan tetamu tetap kami, Al-Ishal Ishak, worih Mak Lijah, yang pernah menjadi "covergirl" majalah Malaysian Business seketika dulu.
Allahyarham Cikgu Kamal memang amat berseni orangnya. Jiwanya sentimental terhadap pergolakan dunia sehingga dinamakan anak sulungnya, Palestine. Dan yang penting, dia seorang insan yang amat baik bicaranya hingga kami terlalu menghormati beliau. Susah melupakan seseorang seperti itu. Susah untuk tidak mengingati dia kerana dia sebahagian besar daripada Prinsipal A bagi subjek Senilukis yang tercetak pada sijil STPM Mak Lijah.
Al Fatihah.
Tuesday, March 01, 2005
Pesan
Pagi ini Mak Lijah bangun dengan mata yang bengkak dan dada yang sebak. Arwah Tok Tijah muncul dalam mimpi sebelum subuh tadi memeluk Mak Lijah sambil menangis. Mak Lijah turut menangis sama.
Semasa menceritakan mimpi itu kepada ayah Mak Lijahpun (TokTijah adalah emak kepada ayah), airmata berjurai lagi dan suara menjadi tertahan-tahan sehingga ayah dapat mengesannya menerusi telefon. Agaknya arwah TokTijah ingin berpesan.
Insya-Allah bila balik Perlis masa cuti sekolah nanti, Mak Lijah akan membuat sedikit kenduri arwah untuk arwah-arwah Tok Tijah, Tok Munai dan kedua-dua Wan Leh. Insya-Allah, jika diizinkan.
Friday, February 18, 2005
Akhir Yang Debar
Hari ini merupakan hari terakhir Mak Lijah hadir kuliah dan kali terakhir membuat presentation untuk pengajian ini mengenai Global Social Movements:Resistance to Globalization. Selamat tinggal powerpoint!
Kini Mak Lijah rasa berdebar-debar. Di samping harus menumpukan 100% perhatian terhadap penghasilan tesis, Mak Lijah berdebar-debar dengan hari-hari di bulan Mei yang mendatang. What is in store for me?
Diimbau kembali masa-masa "bermalam" bermalam-malam di pejabat, ngeri dan menyeramkan rasanya. Pun disebalik itu, ada juga rasa musykil dan keraguan, bagaimana nak adapt di tempat baru, kiranya ada peluang.
Upset juga difikirkan, tak dapat lagi nak menyabunkan bahu kecil Danisy waktu dia mandi atau menyuapkan nasi ke mulutnya yang comel itu.
Well, life has to go on....
Wednesday, February 16, 2005
Moga
Membesarkan anak-anak ibarat melihat ikan dalam akuarium. Kita boleh memegang ikan itu tetapi dengan kesukaran kerna kelicinan kulitnya dan menyebabkan ia merasa kelemasan. Bukan mudah bukan?
Mak Lijah berpendapat, kita harus 'pegang' anak-anak selama yang mungkin. Biar mereka bergantung hidup dengan kita supaya mereka tahu bahawa ibubapa adalah landasan mereka, namun pada masa yang sama mendidik mereka berdikari dalam ikatan kekeluargaan yang kukuh. Dengan cara ini, mereka tidak mudah terpesong dan terikut-ikut dengan pengaruh yang mengerikan. Pun begitu, Mak Lijah juga berpendapat, dalam membentuk identiti, biarlah kita ibarat bermain layang-layang. Lepaskan ia untuk melayari angkasa dan tariklah talinya bila ia jauh, tapi awas! Jangan terlalu jauh... Tak terkejar nanti.
Selamat ulangtahun ke 12 buat Affan yang mencecah usia itu pada 15 Februari yang lalu. Moga tabah dan bijak meniti kehidupan yang dihiasi dengan cabaran dan dugaan. Moga tidak dilupai mama ini yang sentiasa mendoakan kejayaan buatmu.
Mula Dulu
Mak Lijah mula berkarya di sini kira-kira setahun yang lalu atau to be precisenya, pada 10 Februari 2004. Masa tu, Mak Lijah digiat oleh seorang kawan Mak Lijah yang mempunyai falsafah dan pandangan yang unik. Karya beliau kini telah bertukar bentuknya.
Mula dulu Mak Lijah menulis untuk berkongsi apa yang ada di minda. Tak sangka pula mendapat maklumbalas yang memberangsangkan. Pun begitu, blog ini tidak lari dari ups and downsnya. Betullah, mata pena lebih tajam....
Kasut
Dalam kebisingan bunyi mercun sebelum sambutan tahun baru cina lalu, tak sedar kawasan rumah Mak Lijah dicerobohi. Pagar rumah dipotong dari bawah, terus sampai ke atas dan enam pasang kasut hilang sekaligus.
Hmmm... sakit hati Mak Lijah.
Tapi mujurlah rumah tak dimasuki. If not, takut juga kalau kami dibuat entah apa-apa untuk meragut hasil titik-peluh kami dari dalam rumah pulak. Aduh....
Habis tu? Mak Lijah dah tak boleh nak ikut Paula Abdul. Sakit hati rasanya nak kena beli kasut sukan baru.
Yang musykilnya, kalau nak dicuri kasut jer, buat apalah dipotong pagar tu sampai habis? Pagar tu, dua kali ganda tingginya dari Mak Lijah. Cukuplah untuk boloskan badan jer. Entah-entah diorang nak seret sekali motor Kawasaki buruk tu yang Mak Lijah dah recategorisekan sebagai national treasure atau lebih mudahnya, besi buruk.
Alahai...
Tuesday, February 08, 2005
Obersi-Epilogue
Akhirnya setelah lima setengah jam berada di atas pesawat yang tidak bergerak-gerak, pengumumanpun dibuat bahawa penerbangan ditunda ke pagi esok dan semua penumpang akan ditempatkan di Hotel Hilton di airport itu. Teringatlah Mak Lijah tentang tragedi pesawat SIA yang terhempas di Hong Kong yang berlaku dua bulan sebelum itu kerana Ketua Pramugara memberitahu Mak Lijah bahawa pesawat itu mengalami kerosakan teknikal dan juruterbang tidak mahu langsung berkompromi dengan risiko. Sebab itulah penerbangan ditangguhkan supaya alat ganti dapat dibawa dari London pada malam itu juga.
Mak Lijah berbuka dengan kurma yang dibekalkan oleh pramugara tadi, di tepi sebuah lif, dalam perjalanan ke hotel Hilton. Kami kemudiannya djamu dengan pasta berkuahkan sos tomato yang pekat (again!) di coffee housenya. Pada kira-kira pukul 11.30 malam itu, Mak Lijah memesan bubur oat dari room service kerana dah tak kuasa nak makan Indomie lagi. Setelah menabur the last pieces of serunding yang ada, maka bersahurlah Mak Lijah pada pukul 12.30 pagi.
Pukul 5.30 pagi, berjalanlah lagi dalam kegelapan dan kedinginan ke terminal dan akhirnya pesawat berlepas pada jam 7.30 pagi itu. Oleh kerana pesawat terbang melawan matahari terbit, maka Mak Lijah pun berbukalah pada kira-kira pukul 3.30 petang dengan aiskrim Haargen Daz (entah apa ejaannya) perisa cokelat, kegemaranku.
Mak Lijah tiba di KLIA pada suatu hari yang nyaman dalam kerimasan baju tebal yang dipakai sejak di Palermo lagi. Syukur selamat tiba. Harap-harap tak perlu berpuasa di luar negara lagi....
Obersi III
Di subuh yang bening dan suhu mencecah 0 darjah celcius, Mak Lijahpun melangkah dalam kegigilan ke dalam bas untuk dibawa ke terminal sebaik tiba di airport Rome. Serik sungguh rasanya berjalan dalam musim sejuk sebegitu sebab Mak Lijah ni jenis yang tak tahan sejuk.
Habis satu airport Rome Mak Lijah teroka untuk membunuh masa, kata orang putih. Agak canggih jugalah airport barunya (ketika itu) jika dibandingkan dengan airport Berlin, Geneva, Amsterdam, Madrid dan lain-lain lagi airport di bandar-bandar Eropah.
Tiba masanya, Mak Lijahpun menaiki pesawat Malaysia dengan separuh rasa kelegaan. Pun begitu, pesawat tidak juga bergerak-gerak setelah lebih 45 minit pintu ditutup.
Tidak berapa lama kemudian, pesawatpun mula mengundurkan badannya. Aaah... akhirnya! Mungkin ada orang lambat kut, fikir Mak Lijah. Tetapi, sebaik saja berundur dalam kira-kira 500 meter, tiba-tiba, pesawat terhenti. Aik? Apa lagi?...dan pesawat masih dalam keadaan begitu for the next three hours. Mat-mat dan Minah-minah Saleh mula kelihatan restless. Ada yang minta wain, minta untuk merokok, minta untuk turun pesawat dan berulang-ulang kali bertanya apa yang sedang berlaku. Jenuh jugalah pramugara dan pramugari melayan karenah mereka. ...dan jenuh juga Mak Lijah dilayan oleh pramugara kerana pada ketika itu, hanya ada lima orang di kelas bisnes. Macam-macam yang diberi, roti, kuih, kacang, cokelat, aiskrim... pun begitu, Mak Lijah sedang berpuasa. Simpan ajerlah semua itu.
Mak Lijahpun sambung tidur untuk kali ke dua.
Friday, January 28, 2005
Obersi II
Maka berangkatlah kami sekapal ke Parlemo, Sicily dengan keluarga Melayu tadi duduk nun jauh di belakang. Tekak Mak Lijah berasa semakin perit sekali kerna kehausan.
Sesampai di airport Parlemo, Mak Lijah disambut oleh wakil sebuah pertubuhan perniagaan Malaysia yang memang Mak Lijah kenali dan juga Ketua Eksekutif beliau. Mereka memberi sambutan yang sungguh baik dalam kedinginan musim luruh di Eropah. Keluarga Melayu tadi turut diberi sambutan yang sama dan Mak Lijah diperkenalkan kepada mereka oleh wakil pertubuhan itu. Rupa-rupanya Dato' berkenaan mewakili ahli perniagaan Malaysia dan merupakan peserta delegasi Malaysia ke persidangan yang diketuai oleh pejabat Mak Lijah.
Mak Lijah bersahur dengan Indomie campur serunding di bilik hotel yang sempit, manakala berbuka dengan buah zaitun dan secawan kopi panas Itali. Indomie direndam dalam air suam-suam kuku yang diambil dari shower bilik air. Yuck! Semoga Allah menerima amalan Mak Lijah pada ketika itu kerna Mak Lijah tidak dapat memastikan arah kiblat dengan tepat untuk bersolat.
Setiap kali lepas kembali dari persidangan (dan berbuka ala kadar), Mak Lijah dibelanja makan malam di restoran makanan laut oleh wakil-wakil pertubuhan tadi. Lazatnya menikmati ikan segar yang digrill. Ada sekali tu, disebabkan kemaruk nak makan nasi, Mak Lijahpun meminta risotto. Apa yang Mak Lijah dapat? A rice dish made of short fat (almost round) grain of rice in thick tomato sauce. Yuck!
Suatu hari, Mak Lijah berjumpa dengan keluarga Melayu itu di sebuah bakery. Setelah puas membelek segala roti yang ada di situ, akhirnya Mak Lijah jumpa satu sahaja roti yang tidak mengandungi lard. Rotinya keras tapi, tak apalah, janji dapat mengisi perut waktu sahur nanti. Ketika beratur, Mak Lijah melihat Dato' tadi hendak membeli roti yang mengandungi lard (bungkusan roti itu tertulis kandungannya dalam bahasa Inggeris), yang Mak Lijah awal-awal lagi kembalikan ke raknya. Lalu Mak Lijahpun memberitahu dia, dengan niat yang baik, bahawa roti berkenaan mengandungi lard dan Mak Lijahpun tunjukkan pada dia di mana tertulisnya perkataan itu. Kemudian, Dato' itu bertanya kepada cashier itu (yang tidak mengerti Bahasa Inggeris), "This bread has got lard?"
Mak Lijah terus beredar selepas itu tanpa ingin mengetahui apa yang berlaku berikutnya.
http://www.sicilian.it/province.cfm?provincia=pa&p=palermo
Obersi
Mak Lijah tak pernah belajar obersi. Mak Lijah tak pernah menyentuh salji. Kali pertama Mak Lijah ke obersi ialah ketika Mak Lijah berusia 16 tahun. Ke Australia. Ayah Mak Lijah membawa kami sekeluarga bercuti.
Kali pertama Mak Lijah berpuasa di obersi ialah pada tahun 1999, di Italy. Mak Lijah tiba di airport Rome di suatu subuh yang dingin. Dah bersahur di dalam kapalterbang tadi, tapi haus sungguh rasa tekak ini. Menolak trolley ke hulu ke hilir mencari kaunter Alitalia, tak ketemuan. Kalau rapuh iman pada kala itu, memang sudah tewas di cawan cafe latte atas dasar musafir. Pun begitu Mak Lijah fikir, aaahh... bukannya nak mati sangat, kalau nak buka puasa pun.
Dari jauh kelihatan sebuah keluarga yang seperti keluarga Melayu, kerana ada seorang wanita yang memakai tudung seperti wanita di Malaysia. Mereka juga kelihatan seperti mencari-cari sesuatu. Lalu Mak Lijah menghampiri mereka. Anehnya, wanita tadi terus berlalu sebaik sahaja Mak Lijah mendekati mereka, walaupun Mak Lijah melemparkan senyuman perkenalan setelah pasti mereka adalah orang Melayu Malaysia. Tak apa, lah...
Setelah hampir sejam melilau, akhirnya ketemu jualah kaunter Alitalia yang baru dibuka rupanya. Ditakdirkan bertemu lagi keluarga Melayu tadi yang sedang beratur untuk check-in. Mak Lijahpun beratur di belakang mereka. Sambil itu, Mak Lijah mendengar perbualan anak-anak mereka yang berusia di antara tujuh hingga 10 tahun. Antara yang Mak Lijah tertangkap perbualan mereka ialah, "Abah, orang putihpun ada Dato' ke, macam abah?"
Friday, January 21, 2005
Aku dan Nescafe
Sebelum menulis di blog ini tadi, Mak Lijah membancuh segelas nescafe berais. Masuk yang ini, dah 5 gelas nescafe Mak Lijah minum hari ini.
Nescafe semacam memberi ilham untuk Mak Lijah menulis. Sekarang ini Mak Lijah sedang bertungkus-lumus menghabiskan term paper untuk dihantar hari Isnin nanti. Powerpoint presentation, belum buat lagi.
Semasa Mak Lijah menuntut di USM dulu, Mak Lijah berasa sukar untuk belajar pada lewat malam kerana tiada nescafe untuk dihirup dan tiada ais untuk menyejukkannya. Masa tu, Mak Lijah tinggal di Desasiswa Permai.
Semasa Mak Lijah berada di Madrid tiga tahun lalu, setiap malam Mak Lijah akan turun ke bar hotel untuk menikmati kopi Sepanyol yang sungguh enak rasa dan baunya. Ketika bersahur di airport Madrid bersama roti nan yang lazat, sempat juga Mak Lijah membeli nescafe (buat kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia) di vending machinenya dan menikmati aromanya yang sungguh enak. Terfikir juga Mak Lijah, kenapa nescafe di vending machine kat Malaysia tidak selazat itu.
Itu dulu. Bila nescafe memperkenalkan kopi Arabicanya, Mak Lijah dah kurangkan intakenya kerna Mak Lijah kurang menggemari rasa dan bau barunya. Jenuh Mak Lijah mencari alternatif yang sesuai. Indocafe, Moccona, Kopiko, dsb telah dicuba namun tidak memenuhi citarasa Mak Lijah. Pun begitu, baru-baru ini, Mak Lijah terjumpa botol nescafe yang bertulisan asing. Ia bukan nescafe yang selalu dilihat, tetapi kertas pembalutnya berwarna keemasan dan berbahasa Sepanyol. Mak Lijahpun mencubalah. Amboi lazatnya. Sekarang Mak Lijah dah ada alternatif, maka intake nescafe pun kembali seperti dulu. Kalau tak bernescafe sehari, rasa semacam pulak...
Thursday, January 13, 2005
Aku Tidak Bermimpi Lagi
Of late ni Mak Lijah seringkali tersenyum sendirian teringatkan suatu mimpi yang aneh dan melucukan.
Mak Lijah bermimpi yang pada suatu hari itu, ketika Mak Lijah sedang menonton tv, Putiha tiba-tiba saja muncul di depan pintu, kembali dari Indonesia. Maka Mak Lijah berkata, "Eh, mimpikah aku ni? Tak mungkin Putiha dah balik." Mak Lijah berulang kali menyebut, "Mimpi, aku ni..." Melihatkan Mak Lijah berulang kali menyebutnya, Putiha pun berkata, "Agaknya betul lah ibu bermimpi."
Dan mimpi Mak Lijah pun berakhir di situ.
Tapi malam tadi Mak Lijah tidak bermimpi lagi. Putiha telah benar-benar kembali ke sini. Alhamdulillah. Maka berakhirlah episod yang penuh traumatik selama 42 hari.
Semasa berada di KLIA semalam, jantung Mak Lijah mengepam dengan amat deras sekali dan darah mengalir sebanyak 77 liter agaknya... kerna kerisauan takut-takut dia tak sampai jua.
Mak Lijah akan berusaha mengutip kembali cebisan-cebisan yang bertaburan dan mencantumkannya kembali menjadi jigsaw puzzle yang cantik, Insya-Allah.
Aku tidak bermimpi lagi.
Wednesday, January 12, 2005
7 hari sudah berlalu
Kakak dah mula comfortable about going to school. Masa first 2 days, dia memang nampak tension walaupun dia sebenarnya teruja teramat sangat about going to primary school.
Sekolah-sekolah sekarang diwajibkan menganjur program orientasi selama dua minggu. Murid-murid Tahun 1 mesti berada di dewan for the first half of the morning untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu bertujuan mengenali rakan-rakan baru dan lain-lain tujuan lagi.
Pun begitu, Mak Lijah rasa, budak-budak tu tidak comfortable dengan suasana begitu kerana keadaan dewan yang panas, murid-murid yang ramai dengan pelbagai karenah, bising dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka tension dan tidak selesa. Pendapat Mak Lijah disokong oleh semua ibu-ibu yang turut sama mengiringi anak-anak mereka ke sekolah.
Mujurlah masuk minggu ini, kakak dah mula menerima hakikat bahawa aktiviti-aktiviti sedemikian harus ditempuhi juga. Kakak juga teruja about going to school sebab mama sentiasa membuat bekalan yang sedap-sedap, katanya. So far Mak Lijah sudah membekalkan dia ayam goreng, nasi lemak, gulungan sosej, beehoon goreng dan macaroni (hari ini). Besok? Hmm... masih memikirkan menu yang interesting...
Monday, January 03, 2005
Ala...manda!
Akhirnya Mak Lijah berpeluang jua berkunjung ke situ hari minggu lepas. Ramainya manusia. Tempat parking dalam bangunan ada, tapi orang berebut-rebut nak menghias jalan dengan trafik kat luar. Kenapa, yek?
Yang Mak Lijah meng"Ala....manda"kan kat tempat tu ialah kerana sikap segelintir orang kita yang sungguh memalukan.
Semasa di Carrefour, memang Mak Lijah beratur untuk membayar dengan troli yang serong sedikit kedudukannya, kerana Mak Lijah datang dari bahagian fresh mart. Dek kerna kesempitan ruang, maka Mak Lijah tak dapat nak membetulkan troli Mak Lijah supaya queue itu lurus. Sedang dok melangun menunggu giliran untuk membayar, datang seorang lelaki ini dengan trolinya dan mendekati sangat rapat ke troli Mak Lijah. Makin pendek queue di depan, makin agresif pergerakannya untuk mengambil-alih tempat Mak Lijah. Aik? Apa dah jadi? Akhirnya dia berjaya juga "memotong" kedudukan Mak Lijah kerna Mak Lijah tidak begitu agresif untuk bertindak balas. Malu ah dong? Dah dewasa macam ni pun nak buat perangai macam tu?
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba cashier di sebelah dibuka. Apa lagi, Mak Lijahpun tolaklah troli ke cashier tu dan menjadi yang pertama membayar di situ, sekaligus "memotong" kembali mamat tadi. Mak Lijah memberikan dia senyuman sinis (macam kawan Mak Lijah yang sorang tu) sambil berlalu.
Alahai...manda....
Alam anda!
Saturday, January 01, 2005
Selamat Datang 2005
Tahun 2004 memang signifikan. Bukan bagi Mak Lijah seorang, malah bagi ramai rakan-rakan Mak Lijah. Menyambut orang baru, kehilangan orang tersayang, berpindah ke tempat baru, melanjutkan pelajaran, dapat kawan baru, fesyen rambut baru dan bermacam-macam lagi.
Dan pastinya yang paling signifikan adalah dugaan dari Yang Maha Esa ke atas hamba-hambanya yang kerdil di bumi yang hanyalah tempat menumpang ini. Sedangkan di bumi yang gersang dan kehausan dengan kepanasan boleh disaljikan. Amaran-amaran semakin keras bentuknya... Mungkin masanya semakin hampir. Cukupkah bekalan? Masakan cukup? Bekalanpun tak ada.
Mana ada pusingan kedua? Mana ada peluang kedua? Ini sajalah masa yang ada.
Selamat datang 2005, moga sempat aku menambahkan bekalan untuk suamiku, anak-anakku, ibubapaku dan seluruh anggota keluargaku juga rakan-rakan seperjuangan.
Thursday, December 30, 2004
Persiapan II
Minggu depan kakak akan memulakan persekolahannya di Tahun 1 di Sekolah St. Mary. Semua kelengkapan persekolahannya hampir 99% siap dan esok Mak Lijah dan dia akan menghadiri hari orientasi di sekolahnya.
Mak Lijah bersyukur kerna sebagai anggota kerajaan, bonus minimun RM1,000 diberi setiap hujung tahun. Kalau tidak, perit juga nak berbelanja untuk persiapan anak-anak ke sekolah.
Mak Lijah sebenarnya tidak menjangka langsung bahawa perbelanjaan dua orang untuk baju seragam (sekolah kebangsaan dan sekolah agama), kasut dan beg sekolah sahaja mencecah RM650. Buku teks bagi tahun 6, RM153 manakala tahun 1, RM173.40. Memang patutlah kita diberi bonus.
Mak Lijah ingin berterima kasih kepada individu yang yang telah mencadangkan supaya bonus dibayar minimum RM1,000 kerna, bagi kakitangan bawahan, nilai itu sungguh besar ertinya untuk persiapan ke dua selepas persiapan Hari Raya.
Monday, December 27, 2004
Patutlah 20 juta, tapi....
# Kampung-kampung dibina dan kemudiannya dibakar.
# Kampung-kampungnya lengkap berpenghuni yang ramai dan berpakaian kurun ke 15 (betul ke orang kurun itu berpakaian sedemikian?)
# Raja Demak menyerang Majapahit bersama tentera berkuda.
# Lajunya bahtera yang membawa Gusti Puteri Retno Dumilah.
# Pandainya mereka mereka keraton Jawa.
# Besarnya istana Melaka (terlalu di exaggerate).
Sayang.... Mak Lijah berasa malu benar apabila lakonan M. Nasir sebegitu kerdil di samping Alex Komang dan Slamet Rahardjo. Siapalah Tiara di sisi Christine Hakim? Tidak malukah dia berlakon di samping pelakon tersohor itu?
Mak Lijah menonton PGL sampai dua kali kerana Mak Lijah ingin mencari di mana kekuatan senilakon pada pelakon-pelakon Melayu, biarpun masa tayangannya 3 jam. Rasa terkilan sungguh Mak Lijah kerna hanya Dato' Rahim Razali sahaja yang sesuai dengan wataknya. Malu sungguh. Ada eloknya dibiarkan sahaja versi PGL ini dilakonkan 100% oleh orang Indonesia sahaja.
Malunya kerana Hang Tuah yang dikatakan hilang dan dicari-cari kuburnya hingga ke hari ini, rupa-rupanya hanya kerana kelemahannya terhadap perempuan. Tak sesuai langsung seorang pahlawan yang diagung-agungkan selama ini, digambarkan bergolek-golek dalam lumpur hanya kerna kekecewaannya terhadap seorang perempuan? Malunyaaaa...........
Peliknya, Hang Tuah dan rombongannya mengambil masa berhari-hari dan dipenuhi dengan rintangan untuk bertemu dengan PGL, tapi Tun Teja dapat bertemu dengan dia dengan mudahnya, waktu malam pulak tu. Bawa lampu pelita jer. Macam GL tu terletak kat belakang rumah dia saja.
Sarat sungguh dengan aksi ala-Hong Kong. Kecewa....
Pun begitu Mak Lijah kagum dengan settingnya yang sengaja dibesar-besarkan hingga menjadikan filem itu begitu menarik dan indah sekali. Tontonlah dengan hati yang terbuka seperti Mak Lijah.... yang tertutup hatinya kemudian kerna kecewa dengan pelakon Melayu....
VCD PGL boleh didapati dengan harga RM9.90 dengan sebarang sajian di KFC. Dapatkanlah yang original.
Friday, November 19, 2004
Putihah buat hal....lagi
"Bu, saya coba menukar tarikh kembali, nak diundurkan ke depan, tapi Air Asia kata tak boleh sebab tempahannya dibuat dengan internet."
Aik? Kalau iyapun, tanyalah dulu samada Mak Lijah boleh beri dia cuti tambahan atau tidak? Ini terus assume yang dia dah boleh sambung cuti dan dengan senang-lenangnya nak mengubah tarikh balik ke Malaysia.
"Bu, kata Air Asia, boleh ditukar, tapi kena bayar RM250. Macam mana ya?"
Kepala hotak engkau! Itu bukannya tukar, itu beli tiket baru. Ingat aku nak tolong bayarkan? Mintak maap. Aku dah belikan tiket untuk pulang pada 21 November 2004. Selain dari itu, tanggung sendiri.
"OK lah, assalamualaikum." Klik. Terus diletakkan telefonnya.
Danisy, Aku dan Lipas
Ya, terjumpa lipas dalam spagheti Kyros Kebab. Tinggal beberapa suap jer lagi nak habis.
Dah tinggal sehari jer lagi sebelum kami bertolak balik ke Perlis dan Putihah berangkat ke kampungnya. Kamipun mengambil keputusan untuk tidak mengotorkan dapur lagi dan disokong oleh mood raya yang sakan, maka pergilah kami ke Jaya Jusco Metro Prima untuk berbuka di Arena.
Seperti biasa, Mak Lijah akan memesan makanan yang tidak akan dimasak di rumah, dan juga menu kegemaran Danisy, iaitu, spagheti. Rasanya memang lazat, mungkin sebab kelaparan, tapi Danisy memang benar-benar meminatinya. Sambil-sambil itu, menghirup teh tarik.. Aaahhh... lazatnya...
Seperti tajuk dan mukaddimahnya... maka Mak Lijah langsung tertutup selera dan bukan setakat itu sahaja, rasa macam nak keluar balik pun ada, tapi terpaksa maintain....
Nak pulangkan balik dan minta pampasanpun rasa tak berbaloi kerna yang membuatnya seorang wanita Indon yang lurus bendul dan tak berapa cerdik. Langsung Mak Lijah terputus selera sampai ke esok nya. Alahai nasibku....
Monday, November 08, 2004
Persiapan Syawal
Kawan Mak Lijah meminta Mak Lijah menulis mengenai persiapan untuk menyambut lebaran dalam versi Mak Lijah.
Lama juga memikirkan apakah bentuk persiapan Mak Lijah untuk menyambutnya kerana masa dan akal Mak Lijah sentiasa saja dipenuhi dengan persiapan Ramadhan, iaitu persiapan untuk berbuka ataupun bersahur. (Lagipun, apalah bezanya persiapan Mak Lijah dengan orang lain?)
Ini semua kerana Mak Lijah mempunyai terlalu banyak masa senggang berbanding (secara relatifnya) semasa Mak Lijah berpejabat dulu. Makanya, Mak Lijah kini ada autoriti penuh untuk menentukan juadah berbuka berbanding dulu yang sentiasa terkejar-kejar ke pasar ramadhan. Pun begitu, sekarangpun Mak Lijah masih jua ke pasar ramadhan, tapi dalam suasana yang aman dan tidak terkejar-kejar semata-mata untuk mencari kuih akok dan lain-lain kuih yang Mak Lijah rasa complicated sikit untuk dibuat.
Bila dah tinggal tak berapa hari jer lagi nak masuk bulan Syawal, barulah Mak Lijah terperasan untuk bersiap-sedia menyambutnya. Perkara pertama, tentulah membuat kuih Raya. Projek kuih Raya yang pertama hancus kerna resepi kuih semperit bertukar menjadi kuih MT. Perit untuk mengingatinya kerna bimbang puasa Mak Lijah kurus jadinya.
Pun begitu, setelah mengumpul semangat selama seminggu, Mak Lijah bangkit semula (bukan untuk buat kuih bangkit) dan membuat tiga jenis kuih sekaligus dalam masa sehari, diikuti dengan kuih semperit yang ternama tu. Maka siaplah empat jenis. Kuih yang lain-lain tu, adalah kuih tunjuk belaka.
Tibalah masa untuk membeli baju Raya. Bab ni Mak Lijah boring sikit sebab anak-anak jantan Mak Lijah ni jenis yang tak suka menerai baju kat fitting room. Jenuh mengejar diaorang, ibarat main baseball jadinya. Membeli baju untuk Danisy, perlu berhati-hati sikit kerna Mak Lijah perlu membelikan dia saiz yang dua kali lebih besar, maknanya, Mak Lijah kena beli saiz untuk budak empat tahun untuk dia. Berbanding dengan kakak, yang saiz bajunya mestilah samada seusia dengan dia ataupun setahun kurang. Ini adalah kerna kakak adalah seorang yang petite.
Eh, mana persiapan untuk Mak Lijah sendiri?
Thursday, October 28, 2004
Macam-macam ada...
Dalam kelas Mak Lijah ada 19 orang pelajar yang pelbagai karektornya atas dasar latarbelakang mereka. Ada lima orang pelajar asing, Russia, Croatia, Senegal, Cambodia dan Liberia. Yang lain-lainnya adalah warganegara Malaysia, lapan daripadanya anggota beruniform termasuklah juruterbang pejuang wanita pertama Malaysia.
Masing-masing dengan pe'el masing-masing. Yang pelajar-pelajar asing ni, sifatnya suka menunjuk-nunjuk dalam kelas, persistent, penuh syak wasangka, sering keliru atau pura-pura keliru dan suka memperkecilkan orang lain. Tapi mereka rajin, hard working kata orang putih. Tapi dalam bersifat rajin itu, mereka kedekut ilmu. Tak mahu berkongsi maklumat dengan orang lain.
Pelajar Malaysia pula, yang signifikan adalah pelajar anggota beruniform. Bukan kerana apa, mereka signifikan kerana seringkali terlupa bahawa bukan semua pelajar adalah anggota beruniform yang hanya mengikut perintah. Maka pertuturan mereka seringkali berunsurkan perintah, bukannya meminta kerjasama. Sesama merekapun masih berbahasakan Tuan. Sifat angkuh tu, tak payah ceritalah... Bila ada group study, seorang yang berpangkat Kolonel, memarahi seorang Mejar kerana Mejar itu berani meminta dia (Kol.) membuat kerja. Padahal itu adalah group study di mana setiap seorang akan diminta berbincang mengenai sesuatu topik. Tetapi mereka rajin tolong orang dan orang yang selalu kena tolong ialah Mak Lijah. Mereka juga sporting dan banyak jenaka-jenaka tentera yang telah Mak Lijah ketahui.
Mak Lijah bukan apa, sebut tentera ajer, dah semacam ada fobia dengan kelompok itu. Dari merekalah Mak Lijah dapat tahu yang Azmil telah diminta berhenti dari Askar Wataniah atas sebab-sebab tertentu yang enggan mereka ceritakan. Nak coverlah tu.
Tuesday, October 19, 2004
Di Peluang Ini
Bukannya mudah Mak Lijah nak dapat peluang sebegini. Dapat duduk saja kat rumah, menjadi surirumah sepenuh masa. Dapat melihat anak-anak pergi dan balik sekolah. Dapat masak full time dan tak perlu bergantung sepenuhnya kepada Putihah. Dapat duduk and take my time untuk membaca buku resepi dan dapat privilege untuk memilih yang mana satu untuk dimasak. Dapat memandikan Danisy saban pagi, meggosok giginya yang comel itu, memakaikan baju kesukaannya (t-shirt Elmo adalah favoritenya) dan menyikat rambutnya yang kerinting seperti Daddynya.
Dapat 'bergaduh' saban hari dengan Abang dan Kakak tentang kerja rumah dan exam mereka. dapat memberi mereka kelas tuition dengan personal touchnya lagi.
Alangkah bahagianya! Alangkah bahagianya kiranya ini berpanjangan. Tapi itu semua hanyalah idealisme dan Mak Lijah perlu kembali ke alam nyata. Dan itu jugalah merisaukan kerna khuatir anak-anak akan menjadi terlalu selesa dengan kehadiran mamanya sentiasa di rumah. Mereka juga perlu belajar mengenai realiti kehidupan. Realisme...
Pun begitu, Mak Lijah akan memenuhi jua setiap ruang yang ada di peluang ini.
Monday, October 18, 2004
Persiapan
Putihah akan berangkat pulang untuk bercuti di kampung halamannya mulai 11 November ini. Maka persiapan mental yang sepatutnya perlulah dibuat. Antaranya ialah mengambil tahu:
1. Bagaimana nak menggunakan mesin basuh.
2. Di manakah letaknya bekas-bekas makanan, selain dari yang kat kabinet.
3. Jangan lupa menyiram pokok bunga setiap hari.
4. Check barang dapur sentiasa.
5. Mesin cili kering untuk stok.
6. Belajar melipat dan menggosok baju.
7. Basuh kereta sendiri.
8. Menjaga Danis etc 100%
9. Memastikan susu Danis sentiasa ada stok.
10.Basuh SEMUA pinggan sendiri.
11. Bersiap untuk masak sendiri (kupas bawang, halia, ambil serai, potong cili, siang ikan, ayam etc).
12.Explore peti sejuk.
13.Semua kerja yang berkaitannnnnnnnnn
Bukannya persiapan untuk berhari raya, tapi persiapan untuk berdikari. Mujurlah tengah cuti belajar. If not.. celaru jadinya.
Alaaa... Bukannya tak biasa buat, seperti yang Mak Lijah bicarakan dulu. Alah bisa, tegal biasa. Tak gitu?