Entah apa nak jadi kepada MakLijah. Addicted to tv. Especially sekarang dengan banyaknya masa senggang. Rancangan kegemaran dan menjadi addiction ialah CSI. Semua nak tengok, CSI:Miami (every Monday, 2 episode berturut2), CSI: NY (malam tadi) dan CSI (malam ni). Sekarang tertunggu-tunggu kemunculan CSI: Vegas. Entah-entah dah terlepaspun.
Dulu Mak Lijah addicted kepada rancangan seperti Birds of Prey, Friends, Sex & the City dan Charmed (masih addicted). Mujurlah rancangan tu semua disiarkan waktu malam, kalau siang, susah juga nak sesuaikan dengan routine dulu sebab dah nak mula masuk kerja.
To add to that, I realized that I actually liked watching reality show (except Fear Factor yang disgusting!). Rancangan realiti yang Mak Lijah paling gemar ialah The Apprentice, dan Amazing Race.
Itu belum mula musim baru Akademi Fantasia. Adakah lagi cutie macam Kaer dalam musim baru akan datang? Oh.. Kaer..
Wednesday, April 13, 2005
Aku dan TV Addiction
Tuesday, April 12, 2005
Siti Oh Siti
Malam Sabtu baru lalu Mak Lijah diberi peluang menonton konsert Siti Nurhaliza di PWTC. Itulah pertama kali Mak Lijah menonton Siti secara live in concert. Sebelum ni, hanya menonton shownya yang bernilai seminit RM1,000 selama setengah jam ataupun di kaca tv sahaja.
Konsert tersebut adalah yang pertama sekembalinya dari London. Tak jet lag ke Siti ni?
Apa lagi yang dapat dikatakan mengenai gadis itu. Konsertnya memang hebat. Hebat kerana kemeriahan di atas pentas, muzik latar yang bagus, prop yang ringkas tapi menarik dan tarikan Siti itu sendiri.
Mak Lijah pernah "berurusan" dengan crewnya suatu ketika dulu. Ternyata mereka begitu gigih untuk memprofesionalkan keseluruhan persembahannya, baik dari pengurusan, pemilihan lagu, susunan muzik, busana dan sebagainya. Pun begitu, Mak Lijah lihat Siti begitu curious cuba mengintai-intai melihat apa yang sedang kami bincangkan. Dia tidak mahu ketinggalan dalam proses membuat keputusan dan mahu tahu apa yang sedang berlaku. Sudah dewasa Siti itu dalam perihal pengurusan shownya.
Memang benar konsertnya 'gagal' di Royal Albert Hall. Bukan gagal menghiburkan, tetapi gagal membawa enough penonton yang berambut blonde, brunette dan bermata biru dan hijau untuk menyaksikan persembahan Siti. Bukankah itu matlamat utama? Mana silapnya, Fazley? Perbaikilah, sekiranya ada peluang kedua..
Selamat maju jaya, Siti. Semoga Siti terus berusaha membawa bendera Malaysia di persada dunia dalam seni hiburan.
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terik, hujan badai
Kita lalui bersama
Monday, April 11, 2005
35
Dah hampir 17 tahun Mak Lijah meninggalkan dia. Dah banyak berubah dia. Semakin cantik dan canggih.
Selamat ulangtahun ke 35 kepada Universiti Sains Malaysia yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis kepada Mak Lijah.
Walaupun mee bandung di Harapan dan mee gian dia Cahaya dah tak rasa seperti dulu, USM tetap dirasa di hati. Dulu, Ismail Tomyam sungguh sinonim dengan USM, kini dah hilang serinya....
Selamat Maju Jaya, USM!
Semoga cemerlang, gemilang dan terbilang....
Sepet
Menonton Sepet ibarat menonton program realiti yang tiada pertandingan dan juaranya. Mak Lijah kata begitu sebab tertarik dengan skripnya yang bersahaja dan tidak kaku. Enjoy menontonnya.
Seperti yang diduga, suami Mak Lijah tidak dapat menghayati cerita itu walaupun Mak Lijah pesan kepada dia supaya mendengar dengan teliti apa yang Jason dan Orked bicarakan sebab cerita itu tiada aksi kungfu seperti filem PGL. Kekuatan filem itu terletak kepada skrip yang menceritakan realiti.
Seronok menonton Adibah Noor yang selamba sahaja lakonannya tetapi sungguh berkesan sekali, walaupun wataknya kecil sahaja. Seronok melihat Ide Nerina dan partner Afdlin Shauki (lupa nama dia) berlakon menjadi pasangan suami-isteri. Seronok melihat Orked yang ayu dengan baju kurung kain kapasnya.
Pendek kata, seronoklah nonton cerita ni.... Janji, sebelum menekan suis play, bukalah minda dan tontonlah dengan hati yang juga terbuka...
Akhir yang Belum Rasmi
Hari ini Mak Lijah menghantar tiga naskhah tesis yang telah Mak Lijah "kerjakan" sejak beberapa bulan nan lalu. Tak sangka dah hampir setahun Mak Lijah belajar dan akan tamat tidak lama lagi. Cepat sungguh masa berlalu. Seronok sungguh rasa setahun ini walaupun penuh dengan cabaran. Apa lagi nak dikata, tinggal debaran 5 Mei sahaja lagi. Tapi Mak Lijah rasa macam dah tahu apa menanti. Apa nak buat, dah begitu takdirnya. Terima sajalah. Pun begitu, Mak Lijah rasa puas. Puas dipisahkan dari kerja-kerja pejabat selama setahun. Puas dapat menimba ilmu, mendapat kawan baru dan puas menggunakan duit gomen.....
Thursday, March 10, 2005
Ayah
Berjalan berkaki ayam setiap hari untuk ke sekolah yang terletak kira-kira tiga batu dari rumah. Sekolah Kebangsaan Santan hanyalah sebuah bangunan kayu yang kecil dan beratap rumbia. Tapi ia masih teguh hingga ke hari ini dan dikekalkan sebagai simbol genesis. Nama ayah terpahat di antara beberapa nama lain di atas sekeping tembaga dan tergantung di dinding, selaku perintis sekolah itu dan atas kejayaan ayah.
Dulu ayah hanya berbekalkan sebiji telur rebus dan 1 sen setiap hari untuk ke sekolah. Itu dikira sudah cukup mewah pada ketika itu. Sekali-sekala Tok Tijah akan membekalkan ayah dengan pisang atau ubi kayu rebus.
Bila ayah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Singapura, arwah Wan protes. Selain jarak, Wan bimbang ayah akan terpengaruh dengan dakyah orang putih. Ketika itu, British masih lagi mengibarkan Union Jacknya. Ayah akur dalam kekecewaan, namun menerima itu sebagai cabaran.
Sambil menguruskan kedai runcit Wan, ayah mencuri-curi mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjawat Pegawai Tadbir Negeri. The rest was history.
Ayah seorang yang tegas tetapi terlalu lembut hatinya terhadap anak-anak. Tidak pernah sekalipun seumur hayatnya dia meninggikan suara, pun menghinggapkan tangannya ke atas anak-anaknya. Setiap kali waktu makan, dia akan pastikan setiap anak-anaknya berada di meja dan selagi belum cukup, selagi itu dia tidak akan menyuapkan nasi. Dia akan pastikan tanggungjawabnya sebagai 'menteri pertahanan rumah' dilaksanakan dengan betul kerna setiap malam, routinenya sebelum tido, ialah memastikan pagar berkunci, setiap tingkap dirapat dan dikunci betul-betul, pintu dipadlockkan dan lampu dipadamkan, walaupun tugas-tugas itu telah dilaksanakan oleh samada tukang kebun, atau pembantu rumah kami. Bila kami demam, dia yang lebih risau dari mak. Setiap 15 minit dia akan meletakkan tangannya di dahi kami untuk mengetahui suhu badan. Tapi dia sendiri berat nak ke klinik kalau sakit. Walau sakit macamana sekalipun, dia akan menggagahi jua untuk ke pejabat kerna sifat kebertanggungjawaban dia.
Usah dicabar kesetiaannya kepada Raja dan negara kerna itu adalah prinsip dedikasinya terhadap tugas yang paling kukuh yang sedia ada pada dia.
Sekarang, ayah bergelar Pak Tok dan nilai-nilai halus itu disemaikan kepada anak-anak dan cucu-cucnya.
Itulah ayahku.
Tuesday, March 08, 2005
Dirimu Yang Memang Seorang Wanita
Makhluk unik yang dicipta Tuhan
Dengan ribuan wajah yang berbeda
Ciptakan wajah lemah dan lembut
Namun berhati keras
Dirimu yang memang seorang wanita
Sulit untuk digapai sulit untuk diinjak
Berkelit licin pada ribuan jemari
yang siap menerkam
Dirimu yang memang seorang wanita
Namun perkasa melebihi prajurit
Lindungi tiap anakmu dari takut akan dunia luar
Memapah tiap tapak langkah menuju masa depan
Dirimu yang memang seorang wanita
Pantas untuk kuabadikan dalam hati
Pantas bila aku bangun prasasti keberanianmu
Melukiskan tiap gerakmu untuk bawa diriku
pada kebahagiaan
Pantas bila kau tetap ada dalam ingatanku
Karena kau adalah prajurit wanita bagiku
JO YOLANDA KUSUMAWATI
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA KEPADA SRIKANDI DPA95-96
Sunday, March 06, 2005
Kembali
Kira-kira sejam yang lalu, Mak Lijah menerima perkhabaran yang sedih mengenai kembalinya ke Rahmatullah, guru seni kami di Penang Free School dulu, Allahyarham Cikgu Kamal, pada Khamis 3 Mac.
Di minda Mak Lijah sekarang ini ibarat pemain video yang mengulang-tayang pengalaman berguru dengan beliau kira-kira 19 tahun yang lalu. Alangkah cepatnya masa berlalu. Tak sangka beliau akan pergi sebegitu awal.
Allahyarham cikgu Kamal merupakan seorang guru yang unik. Kiranya dikarikaturkan wajahnya, tak ubah seperti Profesor Serbatau dalam majalah Gila-Gila. Beliau "kurang" rambut, tapi berjanggut kerinting dan berkaca mata bulat. Beliau sentiasa ditemani gitar dalam kelasnya. Pantang diminta petik, pastinya lagu Ebiet G. Ade yang berkumandang.
Cikgu Kamal begitu meminati Ebiet dan rakan2 seangkatannya. Beliau mempunyai band sendiri. Ketika kelab tingkatan 6, PFS menganjurkan satu jamuan di rumah Mak Lijah dulu, dia membawa bersama bandnya dan antara yang menyanyi malam itu adalah Suriani Abdul Rahman, pengacara RTM yang juga classmate Mak Lijah. Kelas senilukis beliau terhad bilangan muridnya. Selain Mak Lijah dan Suriani Abd. Rahman, turut sama menuntut ialah Pravin Karan, juga seorang personaliti TV (kini di MiTV) dan tetamu tetap kami, Al-Ishal Ishak, worih Mak Lijah, yang pernah menjadi "covergirl" majalah Malaysian Business seketika dulu.
Allahyarham Cikgu Kamal memang amat berseni orangnya. Jiwanya sentimental terhadap pergolakan dunia sehingga dinamakan anak sulungnya, Palestine. Dan yang penting, dia seorang insan yang amat baik bicaranya hingga kami terlalu menghormati beliau. Susah melupakan seseorang seperti itu. Susah untuk tidak mengingati dia kerana dia sebahagian besar daripada Prinsipal A bagi subjek Senilukis yang tercetak pada sijil STPM Mak Lijah.
Al Fatihah.
Tuesday, March 01, 2005
Pesan
Pagi ini Mak Lijah bangun dengan mata yang bengkak dan dada yang sebak. Arwah Tok Tijah muncul dalam mimpi sebelum subuh tadi memeluk Mak Lijah sambil menangis. Mak Lijah turut menangis sama.
Semasa menceritakan mimpi itu kepada ayah Mak Lijahpun (TokTijah adalah emak kepada ayah), airmata berjurai lagi dan suara menjadi tertahan-tahan sehingga ayah dapat mengesannya menerusi telefon. Agaknya arwah TokTijah ingin berpesan.
Insya-Allah bila balik Perlis masa cuti sekolah nanti, Mak Lijah akan membuat sedikit kenduri arwah untuk arwah-arwah Tok Tijah, Tok Munai dan kedua-dua Wan Leh. Insya-Allah, jika diizinkan.
Friday, February 18, 2005
Akhir Yang Debar
Hari ini merupakan hari terakhir Mak Lijah hadir kuliah dan kali terakhir membuat presentation untuk pengajian ini mengenai Global Social Movements:Resistance to Globalization. Selamat tinggal powerpoint!
Kini Mak Lijah rasa berdebar-debar. Di samping harus menumpukan 100% perhatian terhadap penghasilan tesis, Mak Lijah berdebar-debar dengan hari-hari di bulan Mei yang mendatang. What is in store for me?
Diimbau kembali masa-masa "bermalam" bermalam-malam di pejabat, ngeri dan menyeramkan rasanya. Pun disebalik itu, ada juga rasa musykil dan keraguan, bagaimana nak adapt di tempat baru, kiranya ada peluang.
Upset juga difikirkan, tak dapat lagi nak menyabunkan bahu kecil Danisy waktu dia mandi atau menyuapkan nasi ke mulutnya yang comel itu.
Well, life has to go on....
Wednesday, February 16, 2005
Moga
Membesarkan anak-anak ibarat melihat ikan dalam akuarium. Kita boleh memegang ikan itu tetapi dengan kesukaran kerna kelicinan kulitnya dan menyebabkan ia merasa kelemasan. Bukan mudah bukan?
Mak Lijah berpendapat, kita harus 'pegang' anak-anak selama yang mungkin. Biar mereka bergantung hidup dengan kita supaya mereka tahu bahawa ibubapa adalah landasan mereka, namun pada masa yang sama mendidik mereka berdikari dalam ikatan kekeluargaan yang kukuh. Dengan cara ini, mereka tidak mudah terpesong dan terikut-ikut dengan pengaruh yang mengerikan. Pun begitu, Mak Lijah juga berpendapat, dalam membentuk identiti, biarlah kita ibarat bermain layang-layang. Lepaskan ia untuk melayari angkasa dan tariklah talinya bila ia jauh, tapi awas! Jangan terlalu jauh... Tak terkejar nanti.
Selamat ulangtahun ke 12 buat Affan yang mencecah usia itu pada 15 Februari yang lalu. Moga tabah dan bijak meniti kehidupan yang dihiasi dengan cabaran dan dugaan. Moga tidak dilupai mama ini yang sentiasa mendoakan kejayaan buatmu.
Mula Dulu
Mak Lijah mula berkarya di sini kira-kira setahun yang lalu atau to be precisenya, pada 10 Februari 2004. Masa tu, Mak Lijah digiat oleh seorang kawan Mak Lijah yang mempunyai falsafah dan pandangan yang unik. Karya beliau kini telah bertukar bentuknya.
Mula dulu Mak Lijah menulis untuk berkongsi apa yang ada di minda. Tak sangka pula mendapat maklumbalas yang memberangsangkan. Pun begitu, blog ini tidak lari dari ups and downsnya. Betullah, mata pena lebih tajam....
Kasut
Dalam kebisingan bunyi mercun sebelum sambutan tahun baru cina lalu, tak sedar kawasan rumah Mak Lijah dicerobohi. Pagar rumah dipotong dari bawah, terus sampai ke atas dan enam pasang kasut hilang sekaligus.
Hmmm... sakit hati Mak Lijah.
Tapi mujurlah rumah tak dimasuki. If not, takut juga kalau kami dibuat entah apa-apa untuk meragut hasil titik-peluh kami dari dalam rumah pulak. Aduh....
Habis tu? Mak Lijah dah tak boleh nak ikut Paula Abdul. Sakit hati rasanya nak kena beli kasut sukan baru.
Yang musykilnya, kalau nak dicuri kasut jer, buat apalah dipotong pagar tu sampai habis? Pagar tu, dua kali ganda tingginya dari Mak Lijah. Cukuplah untuk boloskan badan jer. Entah-entah diorang nak seret sekali motor Kawasaki buruk tu yang Mak Lijah dah recategorisekan sebagai national treasure atau lebih mudahnya, besi buruk.
Alahai...
Tuesday, February 08, 2005
Obersi-Epilogue
Akhirnya setelah lima setengah jam berada di atas pesawat yang tidak bergerak-gerak, pengumumanpun dibuat bahawa penerbangan ditunda ke pagi esok dan semua penumpang akan ditempatkan di Hotel Hilton di airport itu. Teringatlah Mak Lijah tentang tragedi pesawat SIA yang terhempas di Hong Kong yang berlaku dua bulan sebelum itu kerana Ketua Pramugara memberitahu Mak Lijah bahawa pesawat itu mengalami kerosakan teknikal dan juruterbang tidak mahu langsung berkompromi dengan risiko. Sebab itulah penerbangan ditangguhkan supaya alat ganti dapat dibawa dari London pada malam itu juga.
Mak Lijah berbuka dengan kurma yang dibekalkan oleh pramugara tadi, di tepi sebuah lif, dalam perjalanan ke hotel Hilton. Kami kemudiannya djamu dengan pasta berkuahkan sos tomato yang pekat (again!) di coffee housenya. Pada kira-kira pukul 11.30 malam itu, Mak Lijah memesan bubur oat dari room service kerana dah tak kuasa nak makan Indomie lagi. Setelah menabur the last pieces of serunding yang ada, maka bersahurlah Mak Lijah pada pukul 12.30 pagi.
Pukul 5.30 pagi, berjalanlah lagi dalam kegelapan dan kedinginan ke terminal dan akhirnya pesawat berlepas pada jam 7.30 pagi itu. Oleh kerana pesawat terbang melawan matahari terbit, maka Mak Lijah pun berbukalah pada kira-kira pukul 3.30 petang dengan aiskrim Haargen Daz (entah apa ejaannya) perisa cokelat, kegemaranku.
Mak Lijah tiba di KLIA pada suatu hari yang nyaman dalam kerimasan baju tebal yang dipakai sejak di Palermo lagi. Syukur selamat tiba. Harap-harap tak perlu berpuasa di luar negara lagi....
Obersi III
Di subuh yang bening dan suhu mencecah 0 darjah celcius, Mak Lijahpun melangkah dalam kegigilan ke dalam bas untuk dibawa ke terminal sebaik tiba di airport Rome. Serik sungguh rasanya berjalan dalam musim sejuk sebegitu sebab Mak Lijah ni jenis yang tak tahan sejuk.
Habis satu airport Rome Mak Lijah teroka untuk membunuh masa, kata orang putih. Agak canggih jugalah airport barunya (ketika itu) jika dibandingkan dengan airport Berlin, Geneva, Amsterdam, Madrid dan lain-lain lagi airport di bandar-bandar Eropah.
Tiba masanya, Mak Lijahpun menaiki pesawat Malaysia dengan separuh rasa kelegaan. Pun begitu, pesawat tidak juga bergerak-gerak setelah lebih 45 minit pintu ditutup.
Tidak berapa lama kemudian, pesawatpun mula mengundurkan badannya. Aaah... akhirnya! Mungkin ada orang lambat kut, fikir Mak Lijah. Tetapi, sebaik saja berundur dalam kira-kira 500 meter, tiba-tiba, pesawat terhenti. Aik? Apa lagi?...dan pesawat masih dalam keadaan begitu for the next three hours. Mat-mat dan Minah-minah Saleh mula kelihatan restless. Ada yang minta wain, minta untuk merokok, minta untuk turun pesawat dan berulang-ulang kali bertanya apa yang sedang berlaku. Jenuh jugalah pramugara dan pramugari melayan karenah mereka. ...dan jenuh juga Mak Lijah dilayan oleh pramugara kerana pada ketika itu, hanya ada lima orang di kelas bisnes. Macam-macam yang diberi, roti, kuih, kacang, cokelat, aiskrim... pun begitu, Mak Lijah sedang berpuasa. Simpan ajerlah semua itu.
Mak Lijahpun sambung tidur untuk kali ke dua.
Friday, January 28, 2005
Obersi II
Maka berangkatlah kami sekapal ke Parlemo, Sicily dengan keluarga Melayu tadi duduk nun jauh di belakang. Tekak Mak Lijah berasa semakin perit sekali kerna kehausan.
Sesampai di airport Parlemo, Mak Lijah disambut oleh wakil sebuah pertubuhan perniagaan Malaysia yang memang Mak Lijah kenali dan juga Ketua Eksekutif beliau. Mereka memberi sambutan yang sungguh baik dalam kedinginan musim luruh di Eropah. Keluarga Melayu tadi turut diberi sambutan yang sama dan Mak Lijah diperkenalkan kepada mereka oleh wakil pertubuhan itu. Rupa-rupanya Dato' berkenaan mewakili ahli perniagaan Malaysia dan merupakan peserta delegasi Malaysia ke persidangan yang diketuai oleh pejabat Mak Lijah.
Mak Lijah bersahur dengan Indomie campur serunding di bilik hotel yang sempit, manakala berbuka dengan buah zaitun dan secawan kopi panas Itali. Indomie direndam dalam air suam-suam kuku yang diambil dari shower bilik air. Yuck! Semoga Allah menerima amalan Mak Lijah pada ketika itu kerna Mak Lijah tidak dapat memastikan arah kiblat dengan tepat untuk bersolat.
Setiap kali lepas kembali dari persidangan (dan berbuka ala kadar), Mak Lijah dibelanja makan malam di restoran makanan laut oleh wakil-wakil pertubuhan tadi. Lazatnya menikmati ikan segar yang digrill. Ada sekali tu, disebabkan kemaruk nak makan nasi, Mak Lijahpun meminta risotto. Apa yang Mak Lijah dapat? A rice dish made of short fat (almost round) grain of rice in thick tomato sauce. Yuck!
Suatu hari, Mak Lijah berjumpa dengan keluarga Melayu itu di sebuah bakery. Setelah puas membelek segala roti yang ada di situ, akhirnya Mak Lijah jumpa satu sahaja roti yang tidak mengandungi lard. Rotinya keras tapi, tak apalah, janji dapat mengisi perut waktu sahur nanti. Ketika beratur, Mak Lijah melihat Dato' tadi hendak membeli roti yang mengandungi lard (bungkusan roti itu tertulis kandungannya dalam bahasa Inggeris), yang Mak Lijah awal-awal lagi kembalikan ke raknya. Lalu Mak Lijahpun memberitahu dia, dengan niat yang baik, bahawa roti berkenaan mengandungi lard dan Mak Lijahpun tunjukkan pada dia di mana tertulisnya perkataan itu. Kemudian, Dato' itu bertanya kepada cashier itu (yang tidak mengerti Bahasa Inggeris), "This bread has got lard?"
Mak Lijah terus beredar selepas itu tanpa ingin mengetahui apa yang berlaku berikutnya.
http://www.sicilian.it/province.cfm?provincia=pa&p=palermo
Obersi
Mak Lijah tak pernah belajar obersi. Mak Lijah tak pernah menyentuh salji. Kali pertama Mak Lijah ke obersi ialah ketika Mak Lijah berusia 16 tahun. Ke Australia. Ayah Mak Lijah membawa kami sekeluarga bercuti.
Kali pertama Mak Lijah berpuasa di obersi ialah pada tahun 1999, di Italy. Mak Lijah tiba di airport Rome di suatu subuh yang dingin. Dah bersahur di dalam kapalterbang tadi, tapi haus sungguh rasa tekak ini. Menolak trolley ke hulu ke hilir mencari kaunter Alitalia, tak ketemuan. Kalau rapuh iman pada kala itu, memang sudah tewas di cawan cafe latte atas dasar musafir. Pun begitu Mak Lijah fikir, aaahh... bukannya nak mati sangat, kalau nak buka puasa pun.
Dari jauh kelihatan sebuah keluarga yang seperti keluarga Melayu, kerana ada seorang wanita yang memakai tudung seperti wanita di Malaysia. Mereka juga kelihatan seperti mencari-cari sesuatu. Lalu Mak Lijah menghampiri mereka. Anehnya, wanita tadi terus berlalu sebaik sahaja Mak Lijah mendekati mereka, walaupun Mak Lijah melemparkan senyuman perkenalan setelah pasti mereka adalah orang Melayu Malaysia. Tak apa, lah...
Setelah hampir sejam melilau, akhirnya ketemu jualah kaunter Alitalia yang baru dibuka rupanya. Ditakdirkan bertemu lagi keluarga Melayu tadi yang sedang beratur untuk check-in. Mak Lijahpun beratur di belakang mereka. Sambil itu, Mak Lijah mendengar perbualan anak-anak mereka yang berusia di antara tujuh hingga 10 tahun. Antara yang Mak Lijah tertangkap perbualan mereka ialah, "Abah, orang putihpun ada Dato' ke, macam abah?"
Friday, January 21, 2005
Aku dan Nescafe
Sebelum menulis di blog ini tadi, Mak Lijah membancuh segelas nescafe berais. Masuk yang ini, dah 5 gelas nescafe Mak Lijah minum hari ini.
Nescafe semacam memberi ilham untuk Mak Lijah menulis. Sekarang ini Mak Lijah sedang bertungkus-lumus menghabiskan term paper untuk dihantar hari Isnin nanti. Powerpoint presentation, belum buat lagi.
Semasa Mak Lijah menuntut di USM dulu, Mak Lijah berasa sukar untuk belajar pada lewat malam kerana tiada nescafe untuk dihirup dan tiada ais untuk menyejukkannya. Masa tu, Mak Lijah tinggal di Desasiswa Permai.
Semasa Mak Lijah berada di Madrid tiga tahun lalu, setiap malam Mak Lijah akan turun ke bar hotel untuk menikmati kopi Sepanyol yang sungguh enak rasa dan baunya. Ketika bersahur di airport Madrid bersama roti nan yang lazat, sempat juga Mak Lijah membeli nescafe (buat kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia) di vending machinenya dan menikmati aromanya yang sungguh enak. Terfikir juga Mak Lijah, kenapa nescafe di vending machine kat Malaysia tidak selazat itu.
Itu dulu. Bila nescafe memperkenalkan kopi Arabicanya, Mak Lijah dah kurangkan intakenya kerna Mak Lijah kurang menggemari rasa dan bau barunya. Jenuh Mak Lijah mencari alternatif yang sesuai. Indocafe, Moccona, Kopiko, dsb telah dicuba namun tidak memenuhi citarasa Mak Lijah. Pun begitu, baru-baru ini, Mak Lijah terjumpa botol nescafe yang bertulisan asing. Ia bukan nescafe yang selalu dilihat, tetapi kertas pembalutnya berwarna keemasan dan berbahasa Sepanyol. Mak Lijahpun mencubalah. Amboi lazatnya. Sekarang Mak Lijah dah ada alternatif, maka intake nescafe pun kembali seperti dulu. Kalau tak bernescafe sehari, rasa semacam pulak...
Thursday, January 13, 2005
Aku Tidak Bermimpi Lagi
Of late ni Mak Lijah seringkali tersenyum sendirian teringatkan suatu mimpi yang aneh dan melucukan.
Mak Lijah bermimpi yang pada suatu hari itu, ketika Mak Lijah sedang menonton tv, Putiha tiba-tiba saja muncul di depan pintu, kembali dari Indonesia. Maka Mak Lijah berkata, "Eh, mimpikah aku ni? Tak mungkin Putiha dah balik." Mak Lijah berulang kali menyebut, "Mimpi, aku ni..." Melihatkan Mak Lijah berulang kali menyebutnya, Putiha pun berkata, "Agaknya betul lah ibu bermimpi."
Dan mimpi Mak Lijah pun berakhir di situ.
Tapi malam tadi Mak Lijah tidak bermimpi lagi. Putiha telah benar-benar kembali ke sini. Alhamdulillah. Maka berakhirlah episod yang penuh traumatik selama 42 hari.
Semasa berada di KLIA semalam, jantung Mak Lijah mengepam dengan amat deras sekali dan darah mengalir sebanyak 77 liter agaknya... kerna kerisauan takut-takut dia tak sampai jua.
Mak Lijah akan berusaha mengutip kembali cebisan-cebisan yang bertaburan dan mencantumkannya kembali menjadi jigsaw puzzle yang cantik, Insya-Allah.
Aku tidak bermimpi lagi.
Wednesday, January 12, 2005
7 hari sudah berlalu
Kakak dah mula comfortable about going to school. Masa first 2 days, dia memang nampak tension walaupun dia sebenarnya teruja teramat sangat about going to primary school.
Sekolah-sekolah sekarang diwajibkan menganjur program orientasi selama dua minggu. Murid-murid Tahun 1 mesti berada di dewan for the first half of the morning untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu bertujuan mengenali rakan-rakan baru dan lain-lain tujuan lagi.
Pun begitu, Mak Lijah rasa, budak-budak tu tidak comfortable dengan suasana begitu kerana keadaan dewan yang panas, murid-murid yang ramai dengan pelbagai karenah, bising dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka tension dan tidak selesa. Pendapat Mak Lijah disokong oleh semua ibu-ibu yang turut sama mengiringi anak-anak mereka ke sekolah.
Mujurlah masuk minggu ini, kakak dah mula menerima hakikat bahawa aktiviti-aktiviti sedemikian harus ditempuhi juga. Kakak juga teruja about going to school sebab mama sentiasa membuat bekalan yang sedap-sedap, katanya. So far Mak Lijah sudah membekalkan dia ayam goreng, nasi lemak, gulungan sosej, beehoon goreng dan macaroni (hari ini). Besok? Hmm... masih memikirkan menu yang interesting...
Monday, January 03, 2005
Ala...manda!
Akhirnya Mak Lijah berpeluang jua berkunjung ke situ hari minggu lepas. Ramainya manusia. Tempat parking dalam bangunan ada, tapi orang berebut-rebut nak menghias jalan dengan trafik kat luar. Kenapa, yek?
Yang Mak Lijah meng"Ala....manda"kan kat tempat tu ialah kerana sikap segelintir orang kita yang sungguh memalukan.
Semasa di Carrefour, memang Mak Lijah beratur untuk membayar dengan troli yang serong sedikit kedudukannya, kerana Mak Lijah datang dari bahagian fresh mart. Dek kerna kesempitan ruang, maka Mak Lijah tak dapat nak membetulkan troli Mak Lijah supaya queue itu lurus. Sedang dok melangun menunggu giliran untuk membayar, datang seorang lelaki ini dengan trolinya dan mendekati sangat rapat ke troli Mak Lijah. Makin pendek queue di depan, makin agresif pergerakannya untuk mengambil-alih tempat Mak Lijah. Aik? Apa dah jadi? Akhirnya dia berjaya juga "memotong" kedudukan Mak Lijah kerna Mak Lijah tidak begitu agresif untuk bertindak balas. Malu ah dong? Dah dewasa macam ni pun nak buat perangai macam tu?
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba cashier di sebelah dibuka. Apa lagi, Mak Lijahpun tolaklah troli ke cashier tu dan menjadi yang pertama membayar di situ, sekaligus "memotong" kembali mamat tadi. Mak Lijah memberikan dia senyuman sinis (macam kawan Mak Lijah yang sorang tu) sambil berlalu.
Alahai...manda....
Alam anda!
Saturday, January 01, 2005
Selamat Datang 2005
Tahun 2004 memang signifikan. Bukan bagi Mak Lijah seorang, malah bagi ramai rakan-rakan Mak Lijah. Menyambut orang baru, kehilangan orang tersayang, berpindah ke tempat baru, melanjutkan pelajaran, dapat kawan baru, fesyen rambut baru dan bermacam-macam lagi.
Dan pastinya yang paling signifikan adalah dugaan dari Yang Maha Esa ke atas hamba-hambanya yang kerdil di bumi yang hanyalah tempat menumpang ini. Sedangkan di bumi yang gersang dan kehausan dengan kepanasan boleh disaljikan. Amaran-amaran semakin keras bentuknya... Mungkin masanya semakin hampir. Cukupkah bekalan? Masakan cukup? Bekalanpun tak ada.
Mana ada pusingan kedua? Mana ada peluang kedua? Ini sajalah masa yang ada.
Selamat datang 2005, moga sempat aku menambahkan bekalan untuk suamiku, anak-anakku, ibubapaku dan seluruh anggota keluargaku juga rakan-rakan seperjuangan.
Thursday, December 30, 2004
Persiapan II
Minggu depan kakak akan memulakan persekolahannya di Tahun 1 di Sekolah St. Mary. Semua kelengkapan persekolahannya hampir 99% siap dan esok Mak Lijah dan dia akan menghadiri hari orientasi di sekolahnya.
Mak Lijah bersyukur kerna sebagai anggota kerajaan, bonus minimun RM1,000 diberi setiap hujung tahun. Kalau tidak, perit juga nak berbelanja untuk persiapan anak-anak ke sekolah.
Mak Lijah sebenarnya tidak menjangka langsung bahawa perbelanjaan dua orang untuk baju seragam (sekolah kebangsaan dan sekolah agama), kasut dan beg sekolah sahaja mencecah RM650. Buku teks bagi tahun 6, RM153 manakala tahun 1, RM173.40. Memang patutlah kita diberi bonus.
Mak Lijah ingin berterima kasih kepada individu yang yang telah mencadangkan supaya bonus dibayar minimum RM1,000 kerna, bagi kakitangan bawahan, nilai itu sungguh besar ertinya untuk persiapan ke dua selepas persiapan Hari Raya.
Monday, December 27, 2004
Patutlah 20 juta, tapi....
# Kampung-kampung dibina dan kemudiannya dibakar.
# Kampung-kampungnya lengkap berpenghuni yang ramai dan berpakaian kurun ke 15 (betul ke orang kurun itu berpakaian sedemikian?)
# Raja Demak menyerang Majapahit bersama tentera berkuda.
# Lajunya bahtera yang membawa Gusti Puteri Retno Dumilah.
# Pandainya mereka mereka keraton Jawa.
# Besarnya istana Melaka (terlalu di exaggerate).
Sayang.... Mak Lijah berasa malu benar apabila lakonan M. Nasir sebegitu kerdil di samping Alex Komang dan Slamet Rahardjo. Siapalah Tiara di sisi Christine Hakim? Tidak malukah dia berlakon di samping pelakon tersohor itu?
Mak Lijah menonton PGL sampai dua kali kerana Mak Lijah ingin mencari di mana kekuatan senilakon pada pelakon-pelakon Melayu, biarpun masa tayangannya 3 jam. Rasa terkilan sungguh Mak Lijah kerna hanya Dato' Rahim Razali sahaja yang sesuai dengan wataknya. Malu sungguh. Ada eloknya dibiarkan sahaja versi PGL ini dilakonkan 100% oleh orang Indonesia sahaja.
Malunya kerana Hang Tuah yang dikatakan hilang dan dicari-cari kuburnya hingga ke hari ini, rupa-rupanya hanya kerana kelemahannya terhadap perempuan. Tak sesuai langsung seorang pahlawan yang diagung-agungkan selama ini, digambarkan bergolek-golek dalam lumpur hanya kerna kekecewaannya terhadap seorang perempuan? Malunyaaaa...........
Peliknya, Hang Tuah dan rombongannya mengambil masa berhari-hari dan dipenuhi dengan rintangan untuk bertemu dengan PGL, tapi Tun Teja dapat bertemu dengan dia dengan mudahnya, waktu malam pulak tu. Bawa lampu pelita jer. Macam GL tu terletak kat belakang rumah dia saja.
Sarat sungguh dengan aksi ala-Hong Kong. Kecewa....
Pun begitu Mak Lijah kagum dengan settingnya yang sengaja dibesar-besarkan hingga menjadikan filem itu begitu menarik dan indah sekali. Tontonlah dengan hati yang terbuka seperti Mak Lijah.... yang tertutup hatinya kemudian kerna kecewa dengan pelakon Melayu....
VCD PGL boleh didapati dengan harga RM9.90 dengan sebarang sajian di KFC. Dapatkanlah yang original.
Friday, November 19, 2004
Putihah buat hal....lagi
"Bu, saya coba menukar tarikh kembali, nak diundurkan ke depan, tapi Air Asia kata tak boleh sebab tempahannya dibuat dengan internet."
Aik? Kalau iyapun, tanyalah dulu samada Mak Lijah boleh beri dia cuti tambahan atau tidak? Ini terus assume yang dia dah boleh sambung cuti dan dengan senang-lenangnya nak mengubah tarikh balik ke Malaysia.
"Bu, kata Air Asia, boleh ditukar, tapi kena bayar RM250. Macam mana ya?"
Kepala hotak engkau! Itu bukannya tukar, itu beli tiket baru. Ingat aku nak tolong bayarkan? Mintak maap. Aku dah belikan tiket untuk pulang pada 21 November 2004. Selain dari itu, tanggung sendiri.
"OK lah, assalamualaikum." Klik. Terus diletakkan telefonnya.
Danisy, Aku dan Lipas
Ya, terjumpa lipas dalam spagheti Kyros Kebab. Tinggal beberapa suap jer lagi nak habis.
Dah tinggal sehari jer lagi sebelum kami bertolak balik ke Perlis dan Putihah berangkat ke kampungnya. Kamipun mengambil keputusan untuk tidak mengotorkan dapur lagi dan disokong oleh mood raya yang sakan, maka pergilah kami ke Jaya Jusco Metro Prima untuk berbuka di Arena.
Seperti biasa, Mak Lijah akan memesan makanan yang tidak akan dimasak di rumah, dan juga menu kegemaran Danisy, iaitu, spagheti. Rasanya memang lazat, mungkin sebab kelaparan, tapi Danisy memang benar-benar meminatinya. Sambil-sambil itu, menghirup teh tarik.. Aaahhh... lazatnya...
Seperti tajuk dan mukaddimahnya... maka Mak Lijah langsung tertutup selera dan bukan setakat itu sahaja, rasa macam nak keluar balik pun ada, tapi terpaksa maintain....
Nak pulangkan balik dan minta pampasanpun rasa tak berbaloi kerna yang membuatnya seorang wanita Indon yang lurus bendul dan tak berapa cerdik. Langsung Mak Lijah terputus selera sampai ke esok nya. Alahai nasibku....
Monday, November 08, 2004
Persiapan Syawal
Kawan Mak Lijah meminta Mak Lijah menulis mengenai persiapan untuk menyambut lebaran dalam versi Mak Lijah.
Lama juga memikirkan apakah bentuk persiapan Mak Lijah untuk menyambutnya kerana masa dan akal Mak Lijah sentiasa saja dipenuhi dengan persiapan Ramadhan, iaitu persiapan untuk berbuka ataupun bersahur. (Lagipun, apalah bezanya persiapan Mak Lijah dengan orang lain?)
Ini semua kerana Mak Lijah mempunyai terlalu banyak masa senggang berbanding (secara relatifnya) semasa Mak Lijah berpejabat dulu. Makanya, Mak Lijah kini ada autoriti penuh untuk menentukan juadah berbuka berbanding dulu yang sentiasa terkejar-kejar ke pasar ramadhan. Pun begitu, sekarangpun Mak Lijah masih jua ke pasar ramadhan, tapi dalam suasana yang aman dan tidak terkejar-kejar semata-mata untuk mencari kuih akok dan lain-lain kuih yang Mak Lijah rasa complicated sikit untuk dibuat.
Bila dah tinggal tak berapa hari jer lagi nak masuk bulan Syawal, barulah Mak Lijah terperasan untuk bersiap-sedia menyambutnya. Perkara pertama, tentulah membuat kuih Raya. Projek kuih Raya yang pertama hancus kerna resepi kuih semperit bertukar menjadi kuih MT. Perit untuk mengingatinya kerna bimbang puasa Mak Lijah kurus jadinya.
Pun begitu, setelah mengumpul semangat selama seminggu, Mak Lijah bangkit semula (bukan untuk buat kuih bangkit) dan membuat tiga jenis kuih sekaligus dalam masa sehari, diikuti dengan kuih semperit yang ternama tu. Maka siaplah empat jenis. Kuih yang lain-lain tu, adalah kuih tunjuk belaka.
Tibalah masa untuk membeli baju Raya. Bab ni Mak Lijah boring sikit sebab anak-anak jantan Mak Lijah ni jenis yang tak suka menerai baju kat fitting room. Jenuh mengejar diaorang, ibarat main baseball jadinya. Membeli baju untuk Danisy, perlu berhati-hati sikit kerna Mak Lijah perlu membelikan dia saiz yang dua kali lebih besar, maknanya, Mak Lijah kena beli saiz untuk budak empat tahun untuk dia. Berbanding dengan kakak, yang saiz bajunya mestilah samada seusia dengan dia ataupun setahun kurang. Ini adalah kerna kakak adalah seorang yang petite.
Eh, mana persiapan untuk Mak Lijah sendiri?
Thursday, October 28, 2004
Macam-macam ada...
Dalam kelas Mak Lijah ada 19 orang pelajar yang pelbagai karektornya atas dasar latarbelakang mereka. Ada lima orang pelajar asing, Russia, Croatia, Senegal, Cambodia dan Liberia. Yang lain-lainnya adalah warganegara Malaysia, lapan daripadanya anggota beruniform termasuklah juruterbang pejuang wanita pertama Malaysia.
Masing-masing dengan pe'el masing-masing. Yang pelajar-pelajar asing ni, sifatnya suka menunjuk-nunjuk dalam kelas, persistent, penuh syak wasangka, sering keliru atau pura-pura keliru dan suka memperkecilkan orang lain. Tapi mereka rajin, hard working kata orang putih. Tapi dalam bersifat rajin itu, mereka kedekut ilmu. Tak mahu berkongsi maklumat dengan orang lain.
Pelajar Malaysia pula, yang signifikan adalah pelajar anggota beruniform. Bukan kerana apa, mereka signifikan kerana seringkali terlupa bahawa bukan semua pelajar adalah anggota beruniform yang hanya mengikut perintah. Maka pertuturan mereka seringkali berunsurkan perintah, bukannya meminta kerjasama. Sesama merekapun masih berbahasakan Tuan. Sifat angkuh tu, tak payah ceritalah... Bila ada group study, seorang yang berpangkat Kolonel, memarahi seorang Mejar kerana Mejar itu berani meminta dia (Kol.) membuat kerja. Padahal itu adalah group study di mana setiap seorang akan diminta berbincang mengenai sesuatu topik. Tetapi mereka rajin tolong orang dan orang yang selalu kena tolong ialah Mak Lijah. Mereka juga sporting dan banyak jenaka-jenaka tentera yang telah Mak Lijah ketahui.
Mak Lijah bukan apa, sebut tentera ajer, dah semacam ada fobia dengan kelompok itu. Dari merekalah Mak Lijah dapat tahu yang Azmil telah diminta berhenti dari Askar Wataniah atas sebab-sebab tertentu yang enggan mereka ceritakan. Nak coverlah tu.
Tuesday, October 19, 2004
Di Peluang Ini
Bukannya mudah Mak Lijah nak dapat peluang sebegini. Dapat duduk saja kat rumah, menjadi surirumah sepenuh masa. Dapat melihat anak-anak pergi dan balik sekolah. Dapat masak full time dan tak perlu bergantung sepenuhnya kepada Putihah. Dapat duduk and take my time untuk membaca buku resepi dan dapat privilege untuk memilih yang mana satu untuk dimasak. Dapat memandikan Danisy saban pagi, meggosok giginya yang comel itu, memakaikan baju kesukaannya (t-shirt Elmo adalah favoritenya) dan menyikat rambutnya yang kerinting seperti Daddynya.
Dapat 'bergaduh' saban hari dengan Abang dan Kakak tentang kerja rumah dan exam mereka. dapat memberi mereka kelas tuition dengan personal touchnya lagi.
Alangkah bahagianya! Alangkah bahagianya kiranya ini berpanjangan. Tapi itu semua hanyalah idealisme dan Mak Lijah perlu kembali ke alam nyata. Dan itu jugalah merisaukan kerna khuatir anak-anak akan menjadi terlalu selesa dengan kehadiran mamanya sentiasa di rumah. Mereka juga perlu belajar mengenai realiti kehidupan. Realisme...
Pun begitu, Mak Lijah akan memenuhi jua setiap ruang yang ada di peluang ini.
Monday, October 18, 2004
Persiapan
Putihah akan berangkat pulang untuk bercuti di kampung halamannya mulai 11 November ini. Maka persiapan mental yang sepatutnya perlulah dibuat. Antaranya ialah mengambil tahu:
1. Bagaimana nak menggunakan mesin basuh.
2. Di manakah letaknya bekas-bekas makanan, selain dari yang kat kabinet.
3. Jangan lupa menyiram pokok bunga setiap hari.
4. Check barang dapur sentiasa.
5. Mesin cili kering untuk stok.
6. Belajar melipat dan menggosok baju.
7. Basuh kereta sendiri.
8. Menjaga Danis etc 100%
9. Memastikan susu Danis sentiasa ada stok.
10.Basuh SEMUA pinggan sendiri.
11. Bersiap untuk masak sendiri (kupas bawang, halia, ambil serai, potong cili, siang ikan, ayam etc).
12.Explore peti sejuk.
13.Semua kerja yang berkaitannnnnnnnnn
Bukannya persiapan untuk berhari raya, tapi persiapan untuk berdikari. Mujurlah tengah cuti belajar. If not.. celaru jadinya.
Alaaa... Bukannya tak biasa buat, seperti yang Mak Lijah bicarakan dulu. Alah bisa, tegal biasa. Tak gitu?
Monday, August 16, 2004
Phenomenon II
Dahpun berakhir wabak hiburan itu dan jelas memang Zahid deserved to win.
Mak Lijah terlupa akan bakat Farah. Semasa menonton semula konsert semi-final, ternyata persembahannya sungguh menakjubkan dengan lagu "Mengapa" (bukan lagu A. RahmanHassan). Seperti yang diulaskan oleh Ramli M.S, suara Farah bagus range nya, dari setinggi-tinggi key hinggalah ke serendah-rendahnya. Sayang, undi tidak memihak kepadanya.
Adam dan Linda ternyata menang populariti. Pun begitu, Kaer, Farah dan Bob tetap menang di hati Mak Lijah kerna mereka akan popular juga dalam kumpulan peminat mereka sendiri.
Sunday, August 08, 2004
Phenomenon
1 fact or occurance, esp in nature or society, that can be perceived by senses.
2 remarkable person, thing or event.
-Advanced Learner's Dictionay (Oxford, 1994)
Bagi Mak Lijah, yang relevan ialah yang no. 2, dan berwarna itu.
Wabak Akademi Fantasia (AF) itulah yang merebak sekarang ni. Kini ia dah hampir sampai ke kemuncak. Akhirnya keadilan jua yang memihak. Sorrylah kepada mereka yang mengundi kerna simpati kerna itu tidak menjadi. Mak Lijah tak kisah dah siapa yang akan mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga kerna bagi Mak Lijah, kesemuanya sudahpun menjadi juara kerna semuanya sangat talented berbanding musim pertama. Memang tough fight kali ini.
Pandangan peribadi mengenai pilihan Mak Lijah (mengikut turutan):
Dan yang paling 'terganggu' dengan phenomenom ini ialah Putihah. Pada malam konsert AF, jangan diminta dia membuat apa-apa kerna tiba-tiba sahaja sistem pendengarannya tidak berfungsi. Mulutnya juga akan ternganga sentiasa. Mujurlah sistem pengawalan aliran air liur berjalan baik. Suaranya dah tak dapat dikawal. Gelak mengikik macam tak ada orang lain kat situ. Pada kala itu, dia terlupa siapa majikan, siapa tetamu dan siapa dia, kerna dia akan duduk di sofa seperti tiada siapa yang hadir di kelilingnya dan dunia milik dia.
Minatnya dikongsi dengan pembantu abang Mak Lijah, yang tinggal di Sg. Buluh. Maka mereka akan berbicara mengenai siapa yang akan dan dah keluar,apa yang dikatakan di laman chatting, peratus undian, lagu dsb menerusi talian tetap. Mujur tak ada telefon genggam. Kalau tidak, hotlink memang hot dengan Indons.
Itulah yang dinamakan phenomenom yang bakal berakhir minggu depan.
Friday, August 06, 2004
Sekali Lagi
Mak Lijah dikejutkan lagi. Kenapalah harus terjadi lagi. Lagi....lagi...
Semasa berhenti di sebuah simpang di jalan belakang dekat Mesjid Wilayah, sebuah teksi mengehon dari belakang. Beriya sungguh dia mengehon. Apakan daya, banyak kereta. Masakan boleh melintas.
Maka pemandu teksi itupun decided to memintas kereta Mak Lijah. Tak kisahlah, asalkan Mak Lijah tak dilanggar mana-mana kereta. Kebetulan pula, sebaik-baik saja dia memintas, Mak Lijahpun dapat melintasi jalan dengan teksi itu kini berada di depan pula.
Kira-kira 50 meter kemudian, tiba-tiba teksi itu berhenti di tengah jalan. Eh, apahal? Mak Lijahpun terpaksalah berhenti juga. Begitu juga dengan van di belakang kereta Mak Lijah dan kereta-kereta lain di belakang van itu. Kenapa teksi tu berhenti di tengah jalan?
Maka 20 saatpun berlalu dengan teksi itu tidakpun menunjukkan sebarang tanda yang ia akan bergerak. Sebagai tindakbalas biasa, Mak Lijahpun menekan hon. Tiba-tiba seorang lelaki yang memegang sebatang besi keluar dari teksi itu dan berjalan menuju ke arah kereta Mak Lijah dengan aksi seolah-olah hendak memukul kereta Mak Lijah. Apa lagi... Mak Lijahpun menekan minyak dan memintas teksi itu dengan ketakutan.
Lagi-lagi orang dari bangsa itu. Bukanlah Mak Lijah prejudis, tapi lagi-lagi merekalah yang mengganggu hidup Mak Lijah.
Filem Kita Wajah Kita
Suami Mak Lijah terperanjat sakan mengetahui Mak Lijah menonton filem Melayu.
Mak Lijah sendiri heran dengan perubahan itu.
Mak Lijah amat jarang sekali menonton filem Melayu. Menontonpun kerna terpaksa. Semasa mengambil kursus Penerbitan Filem di USM dulu, Mak Lijah dipaksa menonton dan mengkritik Hati Bukan Kristal. Filem itu dikatakan berbeza dari filem-filem Melayu yang sezaman dengannya.
Mak Lijah terpanggil untuk menonton Pontianak Harum Sundal Malam selepas adik Mak Lijah mengklasifikasikan filem itu sebagai 'a good attempt'. Bagi seorang yang anti filem Melayu, komen tersebut amat berpengaruh. Terpanggil jua kerna banyaknya kritikan-kritikan dari pengamal media.
Pun begitu, Mak Lijah hanya memberi 3.5 bintang saja. Itupun kerna attemptnya. Kisahnya sangat menarik tetapi plotnya gagal diangkat untuk mengukuhkan penceritaan. Ada beberapa plot yang tak logik, tapi tak apalah kerna plot itu tidak begitu penting dan tidak memberi kesan kepada plot-plot yang berikutnya. Pendukung karektor, kecuali Rosyam Nor, Ida Nerina dan Nanu, gagal menjiwai watak. Lokasi penggambaran juga terlalu sempit, nampak sangat cuba melindungi kelemahan tidak dapat mencipta lokasi yang lebih real. Solekan juga tidak bersesuaian dengan zamannya. Terlalu tebal dan tak nampak natural.
Namun, Mak Lijah harus puji jua kerna filem itu menyimpang dari genre filem-filem Melayu yang lain. Teknik selitan flashbacknya cukup menarik sehingga berjaya membuatkan Mak Lijah sentiasa tertanya-tanya what really happened?
Komen terakhir Mak Lijah mengenai filem ini ialah bahawa ia tidak cukup menyeramkan. Tapi, Mak Lijah nak juga rekemenkan filem ini untuk ditonton kerna ceritanya menarik.
....dan Mak Lijah tak sabar menunggu Puteri Gunung Ledang semata kerna hero pujaan Mak Lijah berlakon dalam filem itu...jangan marer...
Friday, July 16, 2004
Apa Kesudahannya?
Miyarsih telahpun berlepas pulang semalam, menurut kata majikan perempuannya. Moga-moga dia selamat tiba di Surabaya. Berita ini belum lagi disampaikan kepada adikya, Putihah, kerna dia telahpun tidur sewaktu majikan Miyarsih menelefon tadi. Maka berakhirlah episod duka Miyarsih yang bertimpa-timpa.
Dan Mak Lijah... terus serik...
Thursday, July 15, 2004
Kakak
Hari ini Mak Lijah blew the top dengan kakak. Dah lama berkarat dalam hati, akhirnya hari ini terlepas jua.
Sejak akhir-akhir ini kakak kerap menangis dan kuat memaksa berkehendakkan sesuatu. Ini berlaku setiap kali pulang dari IDFR lewat 4-5 petang, dalam keadaan keletihan. Sekecil-kecil barang yang dikehendaki itu harus berada di tangannya pada waktu yang diminta itu juga.
Bila tak keletihan atau mudah diperolehi, dapatlah Mak Lijah belikan apa yang dikehendaki. Tapi sejak akhir-akhir ini, permintaannya makin menjadi-jadi, harus disusuli dengan pemberontakan, dan sejak akhir-akhir ini juga dia makin bersifat malas menyiapkan kerja sekolah. Dia juga mahu kami ikut cara dia dalam apa jua keadaan. Menjerkah adik dan abangnya sudah menjadi tabiat walaupun puas dididik cara yang betul dan beradab untuk berbicara dengan adik-beradik, kami as parent mahupun Kak Putihahnya.
Setiap hari asyik bergaduh dengan adiknya kerana berebutkan sesuatu atau keengganan dia berkongsi barangnya dengan adik mahupun abang. Jarang sekali mahu kompromi. Kalau ada ketika yang dia memberikan sesuatu dengan rela, Mak Lijah rasa macam nak sujud syukur.
Dia juga lupa akan konsep "kakak" yang sepatutnya memahami bahawa adiknya lebih muda dari dia dan memerlukan lebih perhatian. Dulu tidak begitu. Dulu dia rajin melayan karenah adiknya dan bangga membawa gelaran "kakak".
Musykilnya ini berlaku baru-baru ini saja. Dulu dia tidak begitu. Ceria, rajin, jarang menangis dan tak begitu kedekut.
Dan kemuncaknya ialah apabila dia menerima "buah tangan" dari Daddynya hari ini apabila Mak Lijah dah blew the top, mungkin jua dicampur dengan tension kerna kisah Miyarsih yang belum selesai.
What did I do? Where did I go wrong?
I must have been a bad parent.
Tuesday, July 13, 2004
Gangguan II
Tengahari tadi Putihah telefon. Dalam esakan bertanya agaknya bilakah Kak Miyarsih dia dapat pulang. Pulang ke mana tak tahulah. Pulang ke TTDI ke, atau ke Jember. Maka Mak Lijahpun terangkan bahawa menurut majikan lelakinya, imigresen mahu melihat resit sebagai bukti bayaran telah dibuat. Tak taulah bayaran apa. Dan resit itu disimpan oleh majikan perempuannya yang kini berada di Jepun, akan pulang Jumaat ini. Maknanya, hanya majikan perempuannya sahaja yang boleh menyelesaikan masalah ini. Kalau boleh selesai. Sabtu ini cuti minggu ke tiga pulak. Alamatnya tiga minggulah Miyarsih bermalam di pusat tahanan.
Kalau tak kerna Danisy, Kakak dan Abang, rasanya tak nak balik rumah dan berhadapan dengan Putihah yang monyok memanjang. Tapi apa nak buat....
Gangguan
Hari ini, masuk hari ke tujuh Miyarsih bermalam di lokap/detention camp. Dan hari ini jua masuk hari ke tujuh Mak Lijah berada dalam ketensionan. Pantang telefon ke rumah, kalau disambut dek Putihah, itulah soalan pertama yang diaju. Itu baru telefon. Kalau kat rumah....
Entah kenapa Mak Lijah rasa terganggu dengan semua ini. Terganggu kerna, prestasi kerja Putihah sudah merosot. Bukan salah dia.
Semua ini adalah domino effect, bagi Mak Lijah. Bila masalah ini berlaku, maka terganggulah fikiran Putihah. Bila fikiran Putihah terganggu, dia mengganggu fikiran Mak Lijah. Bila fikiran Mak Lijah terganggu, terfikirlah Mak Lijah, kenapalah majikan Miyarsih tidak mengambil langkah awal untuk mencegah semua ini dari berlaku? Kenapalah susah sangat untuk mereka bertindak apabila ini sudah berlaku. Bukanlah niat nak bz body, tapi Mak Lijah tak mahulah gangguan-gangguan ini. Susah nak study! Susah nak buat assingment! Susah nak telefon rumah! Susah...susah...!
Thursday, July 08, 2004
Serik Al Kisah Pembantu Rumah
Mak Lijah betul-betul serik untuk menguruskan perihal pembantu rumah (lebih mudah menyebut maid) dari Indonesia. Banyak betul perihal mereka ini berlaku yang bersangkut-paut dengan Mak Lijah.
Molanya maid yang ditolong bawa masuk ke Mesia lari dari majikannya. Punyalah tak sedar diri. Gatal pulak tu. Entah Bangla mana yang menggoda, terus ikut saja. Tak sempat seminggu, dah jadi illegal. Padan muka. Rugi saja beribu-ribu ringgit yang dilaburkan untuk membawa dia masuk.
Bila dah dilapor ke polis dan imigresen, majikan kena bayar lagi. Tak ke menyusahkan namanya? Tak cukup dengan itu, si Putihah dapat panggilan dari pompuan Indon mana entah mengugut untuk bunuh dia kerna katanya, "...kalau tidak dijumpa adik aku, nahas ko! Aku bunuh ko!" Bengong betul! Dia yang lari kita pulak yang disalahkan! Dan sipemanggil juga memaki-hamun abang Putihah (yang membantu membawa maid itu ke Malaysia)dengan mengatakan dia penipu dan sengaja menyembunyikan maid itu. Giler betul diorang ni.
Penggantinya dah ada tapi ongkos membawanya ke Mesia enggan ditanggung oleh keluarga sibengong itu. Putihah juga dimaki-hamun dengan kata-kata yang sungguh kesat kerna menyuruh mereka menanggung kos itu. Aku pun jadi kebingungan atas semua ini.
Itu baru cerita yang pertama yang berlaku seminggu yang lalu. Dua hari lepas, kakak Putihah yang bekerja di Taman Tun telah menerima berita buruk yang suaminya telah meninggal dunia. Oleh kerna majikan perempuannya berada di Taiwan dan majikan lelakinya berada di PCC atas urusan rasmi yang tidak membenarkan dia pulang, maka Mak Lijah atas dasar kemanusiaan dan kerna dia ada kaitan dengan Putihah, maka Mak Lijahpun tolonglah menghantarnya ke KLIA.
Esoknya, sedang berkuliah, Putihah menelefon dan memberitahu yang kakaknya tidak sampai di Surabaya mahupun di rumahnya di Jember. Mak Lijahpun menyiasat (atas dasar kemanusiaan juga). Dipendekkan cerita, rupa-rupanya permit kerjanya telah tamat. Aduh! Mana bisa majikannya tidak bertanggung-jawab langsung! Dia masih berada di KLIA dan telah bermalam di situ kerna ditahan oleh Imigresen. Dia telah dianggap illegal dan bakal dimasukkan ke dalam lokap.
Maka Mak Lijah berusahalah dengan penuh kesukaran untuk menghubungi majikan lelakinya. Mujurlah atas bantuan dua orang kawan Mak Lijah, akhirnya dapat jua dihubungi walaupun nombor yang diberikan adalah tidak betul.
Dalam pada itu, si Putihah asyik menanyakan Mak Lijah perihal kakaknya. Mana bisa aku membantu lagi kerna itu adalah tanggungjawab majikannya. Sehingga ke saat ini Mak Lijah tak tahu apa dah jadi kepada kakak Putihah. Moga-moga dia selamat.
Aduuuuuhhhhh....... tensionnya....!!!!
Sunday, June 13, 2004
Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin
1 ekor ikan patin
6-7 biji cili padi
1 biji cili merah
2 tangkai daun kesum
1 keping asam gelugur
1 senduk kecil tempoyak
4 gelas air
gula, garam, serbuk perasa, ikut rasa
Cara-cara:
Blend cili dan masukkan ke dalam periuk bersama air, asam gelugur, daun kesum dan kacaukan tempoyak, disusuli dengan ikan dan semua perasa. Jerang hingga mendidih dan tunggu ikan masak ikut kesesuaian.
Itulah resepi yang biasa Mak Lijah guna untuk memasak menu kegemaran setiap kali pulang dari Pahang apabila mendapat bekalan ikan patin yang segar.
Pun begitu, rasanya masih tidak sama dengan yang Mak Lijah makan di restoran S.Z. Rahimah di Temerloh. Rasa masakan ikannya sungguh lazat, kuahnya boleh dihirup selepas ikan tinggal tulang saja. Memang patutlah, harga seketul ikan itu bermula dari RM18 dan saiznya adalah sebesar tapak tangan Affan. Sebabnya, ikan patin yang dihidangkan itu, adalah ikan patin yang dipancing di Sungai Pahang, yang ori, bukan yang dibela dalam sangkar.
Jadi, mana nak tahu betul ke yang tu ori ke tak ori? Bagi Mak Lijah yang baru mula menjamah ikan itu 11 tahun nan lalu, hanya kebelakangan ini Mak Lijah dapat mengenal ikan patin sungai ori dan ikan patin bela. Yang ori, isinya agak pejal sebab sifatnya yang merayau di dalam sungai. Maka ototnya agak keras kerna berenang jauh mencari makanan, namun isinya manis. Warnanya agak cerah, kelabu, berbanding patin bela yang hitam di belakangnya. Patin ori kurang lemak. Isi ikan patin bela amat lembut sesuai dengan sifatnya yang dimanjakan dalam sangkar.
Ikan Patin juga ada banyak jenisnya, ada patin muncung, patin buah dsb. Masing-masing ada keistimewaannya. Kalau ketemunya di Pekan Sehari setiap Ahad di Maran, maka ia adalah yang ori dan harga sekilo minimum RM30.
Apa-apapun Mak Lijah akan berusaha jua untuk singgah di Restoran S.Z. Rahimah itu setiap kali pulang ke Pahang demi menikmati juadah patin ori dan masak lemak udang galah. Ada juga beberapa kali Mak Lijah kempunan nak makan di situ. Oleh kerna kemasyuran restoran itu, lauk-pauknya habis seawal jam 1.30 petang.
Oleh itu, kepada kengkawan yang curious mengenai ikan itu dan bercita-cita untuk menikmati juadah ikan patin sungai masak tempoyak yang ori lagi lazat, singgahlah di restoran itu kerna Mak Lijah highly recommend.
Restorannya kecil dan simple saja, tidak glamour langsung. Kalau dari KL, letaknya selepas jambatan Temerloh. Sebaik-baik melintasi Hospital Temerloh (di sebalah kanan) yang hampir siap, cari stesen minyak BP di sebelah kiri kerna Restoran S.Z. Rahimah terletak betul-betul di sebelahnya.
Bersiap-sedialah dengan ongkos yang bersesuaian dengan selera anda dan pastikan anda tiba sebelum jam 1.00 petang, kalau tidak, kempunan....!
Thursday, June 10, 2004
Bila Kakak Pula Sakit
Kakak semalam disahkan demam campak selepas tompok-tompok merah mula keluar di mukanya. Patutlah demamnya tak mahu kebah-kebah walaupun Panadol dah habis dua botol. Patutlah sakit tekaknya tak lega-lega juga. Patutlah dia sentiasa mengantuk hinggakan nak rasuahkan dengan mengajak ke kedaipun tidak dilayan.
Jadi apa perlu dibuat? Dulu, Mak Tok yang siapkan semua, cari daun, air penawar, buat bedak sejuk dsb. Sekarang aku yang kena buat semua ni.
Cari pokok semambu, tak susah. Nak mengait daunnya yang susah sebab daun-daunnya tumbuh agak tinggi. Dahan yang berdaun hanya tumbuh pada paras 7 kaki ke atas. Itupun daun yang muda. Daun muda cepat layu, kenalah ambil yang tua. Yang tua, lagilah tinggi tumbuhnya. Mana bisa aku mengait sedangkan tinggi aku ngam-ngam 5 kaki. Mujurlah tuan punya pokok itu tolong kaitkan untuk aku. Agaknya dah berapa ratus orang meminta daun itu kerana dia mempunyai galah berpenyangkuk yang cukup panjang untuk mengait seberapa banyak daun yang dikehendaki.
Kata Mak Timah, daun-daun itu hendaklah diramas dalam air mandian bersama pokok kangkung kampung. Tapi kalau tak ada kangkung tu pun tak apa. Tujuan dibuat air mandian itu adalah bagi mengurangkan miang ruam-ruam campak itu. Minum air kelapa sebab air kelapa akan mengsurfacekan semua ruam-ruam yang degil.
Kata Mak Timah, makan sup ayam kampung. Waduh... mana nak cari ayam kampung? Kat Pasar Malam Sungai Buluh ada, lah. Tapi itu hari Sabtu saja. Belasah ajer ayam bandar.
Kata Mak Timah, makan telur rebus ayam kampung. Itu tak susah cari, tapi... waduh.. harganya 40 sen sebiji?
...dan kakakpun dapat tidur dengan lena selepas dimandikan dengan daun semambu dan meminum air penawar. Tunggulah pulak apa nak jadi pada Danisy.. Minta disimpang dulu.
Tuesday, June 08, 2004
Antara Idealism dan Realism
Hari ini mulanya kursus Theory and Concepts of International Relations. Professor Rama dari UKM yang memberi kuliah.
Termangu-mangu mendengar lecture dia, walaupun baru hanya INTRODUCTION. Rasa macam mendengar orang berbicara dalam bahasa Sanskrit.
Baru nak tangkap makna Idealism dan Realism.
Pun begitu, Mak Lijah cuba mendekatkan diri kepada maknanya dengan cara yang tersendiri supaya lebih memahami. Hidup ini tak dapat lari dari kedua-duanya.
Idealnya jika bertemu pasangan yang bersesuaian dan bahagia hingga ke akhir hayat.
(Selamat ulangtahun perkahwinan kepada kawan Mak Lijah - POKCIK)
Idealnya jika dapat memenuhi hobi yang ditinggalkan sekian lama atau terpendam begitu saja.
Idealnya jika boleh makan sebanyak yang mungkin dan tak perlu berisiko mendapat obesiti atau dihinggapi penyakit.
Idealnya jika dapat bekerja di tempat yang bersesuaian dengan jiwa atau minat.
Idealnya jika kerja dari pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang setiap hari, ataupun terbabas ke pukul 6.00 petang sekali-sekala.
Idealnya jika setiap hujung minggu dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga.
Idealnya jika anak-anak belajar setiap malam dan dapat markah yang baik dalam peperiksaan.
Idealnya...idealnya.
Jadi? Mana Realismenya? Aaah... malaslah nak bicara sebab baru terhantuk dengan 1% realiti semasa Putihah sakit. Macam dicabar dalam Fear Factor pulak.
Saturday, June 05, 2004
Bila Putihah Sakit
Think postive. Itu perkara pertama yang difikirkan. Bukannya tak pernah buat. Cuma ditinggalkan seketika dulu. Alah bisa tegal biasa. Tapi bila tak tahu nak tekan button mana kat washing machine, barulah tersedar, lamanya tak really get into doing housework.
Mulanya dengan menyediakan sarapan. Aaahh... roti canai kat kedai sana sajalah buat pagi ni. Lagipun kempunan tak dapat makan roti canai Tanglin dengan Atoque dan Lini semalam. Ok, settle bab sarapan. Maka bersemukalah dengan mesin itu. Nombor mana nak dipusing? Aaaah.. belasah saja nombor 4, kalau tak jalan, pergi nombor 5. OK. Nak letak sabun basuh kat ruang mana, no problem, tapi nak masukkan softener tu, kat sebelah kiri ke kanan? Belasah saja lagi. OK.
Oh... bersepahnya rumah... Biasanya, sebaik-baik saja bangun pagi dan turun ke bawah, semuanya dah rapi, tapi tidak pagi ini. Cari penyapu lidi dulu. Put everything away, away.. Tapi away tu kat mana?
DONE.
Back to the machine. OK. Dah settlepun membasuh. Keluarkan baju dan sidai. Sedang membuat itu, saja pi check kat machine tu, tarik "laci" tempat sabun basuh diletakkan. Waduh! Tak terusikpun? Masih sebanyak tadi. Maka masuk baliklah kain-kain lembap tu untuk dibasuh semula. Aaa... mana bisa ini terjadi? Takkan nak tunjuk aku tak reti? Aku kan majikan? Mesti lebih terer daripada pembantu. Bab masak untuk lunch, tak der masalah. Lagipun Fendi tak ada. Dah berangkat ke Trengganu untuk enam hari.
Dan begitulah seterusnya hingga saat ini, jam 1731, teragak-agak membuat sesuatu. Pun begitu, terurus jua. Bukannya susah sangat.
Anak-anakku tidak terlalu memberi masalah. Abang sibuk dengar CD lagu Khayalan dsb. Kakak dengan aktiviti kreatifnya dan Danisy sedang nyenyak tidor selepas menonton Barney buat entah kali ke berapa puluh. Dan aku berpeluang untuk membuat satu post hari ini.
Pun begitu, esok adalah sehari lagi. Semoga Putihah sepat sembuh. Not that I can't handle housework....
Wednesday, May 26, 2004
Perjalanan ini
Mak Lijah mula menukar routine hidup mulai 5 Mei 2004 apabila mendaftar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL)atau Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) sebagai pelajar sepenuh masa bagi peringkat Sarjana dalam Strategi dan Diplomasi. Setelah meninggalkan dunia akademik lebih 10 tahun yang lalu, routine ini ibarat memakai kasut baru.
Pun begitu, tidaklah seperti 10 tahun dulu. Suasana amat berbeza. Pergi kuliah mengenakan baju pejabat dan kuliah adalah setiap hari dari 9 pagi hingga 12 tengahari dan sekali-sekala terbabas hingga 1 petang, Isnin hingga Khamis. Tidaklah seperti seorang pelajar universiti yang sebenar-benarnya.
Pun begitu, Mak Lijah bersyukur kerana tiga tahun terkahir dalam perkhidmatan sebelum memulakan pengajian ini merupakan waktu-waktu yang benar-benar mencabar kesabaran bukan sahaja Mak Lijah, tetapi suami dan anak-anak. Syukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku sewaktu itu. Maka pengajian ini adalah suatu break dari kemelut suatu kekusutan dan atau bagi Mak Lijah, suatu operasi menyelamat.
Maka perjalanan di laluan ini baru bermula. Semoga Mak Lijah dapat melaluinya dengan tabah.
Tuesday, April 20, 2004
Thank you
Thank you for all the comments. All is said. My PRIMARY idea was just to remind. Now both husbands (from Mak Lijah) and wives (from the comments) are being reminded and that I feel that it has gone out of proportion. To Mars Odyssey, I know who you are.
As for this blogspot, it shall be put to rest for a while although many thoughts are not being placed as yet.
Saturday, April 17, 2004
Siapa Tak Sayang Bini...
Mak Lijah selalu dengar ayat ini. Ayat yang keluar dari seorang suami selepas dia rasa dia telah membuat jasa kepada isterinya.
Betul kata Datuk Dr. Fadilah Kamsah. Seorang isteri amat menghargai sebarang bentuk hadiah yang diberi oleh suaminya kerana baginya, ingatan itu lebih berharga dan bermakna daripada nilai hadiah itu. Tapi bagi seorang suami, nilai hadiah itu perlu disemak di Sogo, KLCC atau Mid Valley. Pun begitu Mak Lijah rasa tidaklah semua suami mempunyai sikap demikian. Ada suami yang baik, dalam erti kata yang sebenar, iaitu jujur, setia, mengasihi dan bertanggungjawab. Inilah suami yang ideal, yang dicari-cari.
Apalah erti kasih sayang dalam sebuah rumahtangga kalau ia hanyalah pentas opera semata? Siapa penontonnya? Isteri atau suami itu sahaja atau buat tontonan di saluran ceria anda?
Suatu ketika dulu Mak Lijah pernah mengenali seorang kawan yang berulang-alik seminggu sekali ke kampungnya di Bentong dari Maran untuk menemui isterinya. Siapa tak sayang bini... Namun, jodoh mereka tak panjang kerana isterinya buat hal. Maka diapun menasihatkan suami Mak Lijah supaya berhati-hati kerana Mak Lijah ketika itu juga berulang-alik ke Maran, seminggu sekali. Kisah itu berlaku kira-kira 11 tahun lalu. Khabarnya kawan itu sudahpun berumahtangga semula dengan kenalannya semasa di maktab perguruan dulu.
Ada juga dari kalangan kawan-kawan Mak Lijah yang masih berulang-alik untuk menemui isteri yang tinggal di negeri lain. Sungguh setia mereka ini pada isteri masing-masing. Sanggup berbelanja lebih dan menyusun kewangan mereka supaya dapat meluangkan masa dengan isteri dan anak-anak di hujung minggu. Siapa tak sayang bini....
Kepada suami-suami, hargailah isteri anda. Jangan nakal-nakal yang keterlaluan dan jangan pula menaruh syak-wasangka terhadap isteri sendiri dan isteri orang! Menyesal nanti.
Sunday, April 11, 2004
Hubungan Sulit
Satu dunia gempar. Atau macam... expected? Adakah benda-benda macam tu sesuatu yang boleh dijangka dan boleh diterima kerana dia seorang yang dikenali dunia?
Habis tu, kenapa dipanggil hubungan sulit? Sulit kepada siapa? Kalau paparazi dah ada koleksi, sulit kepada siapa lagi? Tapi mengapa tiba-tiba rahsia itu boleh bocor dan bagaimana ia boleh bocor? Ada konspirasi?
Kat Malaysia, kalau nak berkonspirasi untuk menjatuhkan seorang politikus, senang saja. Bayarlah, untuk sensasikan cerita seseorang politikus dalam akhbar utama. Tapi yang paling berkesan ialah yang berkaitan dengan perempuan. Sudah berapa orang politikus yang rebah kerana perempuan?
Apa itu hubungan sulit? Mesti melibatkan isteri atau suami, bukan? Ia adalah suatu hubungan istimewa yang dirahsiakan daripada pengetahuan isteri atau suami. Betul? Bagaimana pula kalau dia sorang saja yang rasa itu adalah hubungan sulit sedangkan 'pasangannya' tidak mempunyai apa-apa perasaan? Adakah itu juga hubungan sulit?
Kalau berlaku kepada orang biasa, tidak terkenal, bagaimana tindakbalas masyarakat? Adakah akan memandang serong atau akan menggiatkan lagi? Bergantung kepada di mana anda berpihak, bergantung kepada bagaimana anda menafsir dan bergantung kepada kematangan anda menilai. Jangan salah tafsir! Bahaya! Naiya!
Wednesday, March 31, 2004
Kenduri Kawin Zaman Ini - Akhir
Kek perkahwinannya setinggi tujuh tingkat. Masa dulu-dulu mana ada potong kek kawin? Kek pun tak der. Kalau adapun untuk hantaran purpose saja.
Kalau dulu, masa tengah makan setelah lauk dihidang, akan datanglah gadis-gadis genit membawa bakul yang berisi bunga telur untuk diedarkan kepada tetamu. Masa tu, memang betul yang dihadiahkan adalah bunga yang digubah dan, bertelur. Apa yang Mak Lijah dapat pada majlis tu? Tak adapun gadis-gadis genit pergi keliling meja menghadiahkan bunga telur. Kami dihadiahkan bekas comel (berwarna beige, pastinya) berisi sabun berbentuk hati dan kotak kecil berisi kek, yang mana telah siap diletakkan di atas meja siang tadi.
Dan apa yang tetamu VIP dapat selain dari dua benda itu? Miniature labu sayong berwarna keemasan yang diletakkan di dalam bekas kaca. Nampak begitu eksklusif sekali.
Kalau dulu-dulu, bila pergi kenduri kawin, biasanya kita diberi jangkawaktu, umpamanya dari pukul 12.00 tgh hingga 5 petang. Kita boleh pergi di antara waktu itu. Tetapi sekarang, mesti berada dan duduk di kerusi dalam dewan, sebelum pukul 8.00 malam kerana VIP akan masuk pukul 8.15 malam. Lebih senang begitu, sebab paling lama kena melayan tetamu adalah 3 jam saja lepas tu "wrap-up session".
Kalau dulu-dulu, bila pergi kenduri kawin, kita akan dibawa hidangan nasi dan lauk ke meja. Kalau kenal rapat dengan keluarga pengantin, siap boleh mintak tambah lauk lagi. Kat kampung Mak Lijah, lauk yang dianggap eksklusif ialah gulai nangka dan gulai ikan kering. Tapi sekarang, kena beratur untuk mengambil lauk dan nasi, buffetlah namanya. Alaaa... macam kenduri kat rumah Mak Lijah hari tu... Tapi malam tu, kami dihidang, tak payah beratur. Nama lauk yang menarik, dan kombinasi yang unik. Ada lauk Cina, India, Western dan tentulah Melayu.
Budaya ini bukanlah baru dalam kenduri kawin zaman ini. Budaya ini telah mula serap sejak kira-kira 10-15 tahun yang lalu dan khususnya jika kenduri dilangsungkan di tempat yang lain dari kediaman pengantin.
Begitulah antara al-kisah Kenduri Kawin Zaman Ini. Bagaimana dengan kisah kenduri kawin anda? Tak nak kongsi?
Tuesday, March 30, 2004
Kenduri Kawin Zaman Ini - Bhg II
Kesian ibu bapa pengantin lelaki. Macam robot. Ada remote controller. Agaknya mereka berlatih lebih seminggu untuk "berlakon" di atas pelamin. Bagaimanapun, syabas jua kepada mereka kerana berjaya melaksanakan tugas merenjis dengan baik. Cuma ada kalanya ibu/bapa pengantin macam teragak-agak samada mereka dibenarkan mencium kedua-dua pengantin atau salah seorang sahaja.
Majlis merenjis diserikan dengan pantun, dan Mak Lijah nak clarify di sini bahwa Mak Lijah tidaklah menjadi MC sepanjang majlis seperti yang dihebohkan oleh Kerabu Sotong tu. Tapi Mak Lijah confess memang suara Mak Lijah ke udara semasa merenjis itu.
As spring applauds the singing dove
Alone comes sparrow down in the cove
Happy in marriage, honor and love
Blessed in unity by God above
With dates of gold we sail away
Missing at heart words can't say
Love wasn't put in the heart to stay
For love isn't love til you give it away
Monday, March 29, 2004
Kenduri Kawin Zaman Ini - Bhg I
Mak Lijah berkesempatan menghadiri sebuah majlis perkahwinan hujung minggu lalu. Perkahwinan antara benua. Perkahwinan anak orang ternama.
Itu adalah kali pertama Mak Lijah menghadiri majlis perkahwinan antara benua walaupun seringkali membaca mengenainya dalam majalah Wanita mahupun Jelita. Sungguh menakjubkan. Sungguh interesting. Warna tema majlis itu adalh beige dan emas.
Majlis perkahwinan pada malam itu penuh dengan surprises bagi Mak Lijah yang agak kekampungan ini. Satu demi satu Mak Lijah ditakjubkan. Majlis bermula dengan perarakan masuk VIP. Itu tidaklah begitu menakjubkan. Yang menakjubkan ialah ibubapa pengantin yang sedondon memakai baju Melayu dan berkebaya biru (ibu bapa pengantin lelaki sudah berpisah dan bapanya mempunyai isteri baru). Pengapit pengantin lelaki adalah saudara kembarnya, memakai baju Melayu berwarna beige. Malahan keseluruhan rombongan pengantin lelaki, dari adik perempuan hinggalah kepada bapa saudaranya berpakaian Melayu.
Mak Lijah juga takjub dengan bunga manggar yang mengiringi mempelai. Ia tidaklah berbentuk berjurai-jurai dan berwarna-warni seperti yang biasa kita lihat di mana-mana kenduri, tetapi setiap batang manggar tu, adalah helaian daun-daun berwarna keemasan yang disusun jarang-jarang.
Pengantin yang berbaju keemasan amat secocok sekali. Wajah dan gaya kedua-duanya ibarat model yang terbit dari majalah, hasil tangan Radzuan Radzwil yang menawan sekali. Secara realitinya tak tahulah samada mereka secantik itu atau tidak.
Paluan kompang mengiringi pengantin hingga ke tengah dewan disusuli dengan lagu-lagu pengantin. Hati Mak Lijah tersentuh jua apabila pengantin disambut dengan salawat dan salam oleh Uztaz Nik.
Dan majlis merenjispun bermula....
Friday, March 26, 2004
Rumah Wan
Struktur rumah kayu Wan agak unik bagi sesetengah orang yang sezaman dengan beliau pada ketika itu. Mungkin kerana sifat beliau yang inovatif maka seringkali beliau muncul dengan idea-idea menarik.
Mak Lijah masih ingat, untuk memasuki rumah Wan, kita perlu menjejaki beberapa anak tangga terlebih dahulu untuk naik ke suatu ruang kecil selepas itu. Ruang kecil yang berbumbung itu, agaknya untuk menyimpan kasut, payung, dsb. Kemudian kita kena naik lagi beberapa anak tangga untuk sampai ke suatu lagi ruang yang lebih besar. Ruang itu bolehlah dinamakan sebagai holding lounge untuk zaman ini. Ruang itu berkonsep terbuka kerana sebahagiannya bertingkap dan sebahagian lagi hanya separuh dindingnya. Ada beberapa kerusi duduk dan sebuah kerusi malas tempat Mak Lijah melepak. Untuk naik ke atas kerusi malas itu, Mak Lijah perlu memanggil emak atau ayah, atau abang Mak Lijah untuk mengangkat Mak Lijah kerana ianya agak tinggi.
Mak Lijah rasa, inilah tempat Wan menerima tetamu supaya tidak mengganggu ruang dalam rumah. Mungkin beliau mahukan privacy.
Untuk masuk ke dalam rumah, ada sebuah pintu yang sangat tebal, mungkin setengah kaki tebalnya. Untuk membuka pintu ini, Mak Lijah perlu memanggil emak, atau ayah, atau abang atau Tok Munai untuk menolak/menariknya kerana Mak Lijah tak tercapai penyelaknya dan kerana isipadu pintu yang berat.
Di dalam rumah Wan ada empat bilik tidur dan suatu ruang yang luas tempat melepak dan menonton tv. Mak Lijah masih ingat lagi, setiap malam rumah itu akan penuh dengan kaum kerabat Wan yang hendak menonton tv. Pada ketika itu, hanya Wan yang memiliki peti tv di kawasan itu.
Untuk pergi ke dapur, kita perlu turun beberapa anak tangga. Ruang dapur rumah Wan sungguh luas dan bersambung dengan bilik Wan di depannya, tempat Wan melepak sambil menghisap rokok daun. Untuk ke luar rumah dari pintu dapur, kita perlu melalui bilik air. Pada zaman itu, mempunyai bilik air yang bersambung dengan rumah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Jadi untuk menjaga hati orang kampung, Wan pun membina sebuah lagi bilik air di luar rumah, dekat dengan pokok jambu batu.
Bagitulah bentuk rumah Wan. Bagi Mak Lijah yang masih kecil ketika itu, rumah Wan adalah ibarat mahligai dan Mak Lijah senantiasa ternanti-nanti untuk pulang ke situ.
Thursday, March 25, 2004
Sebuah tempat bernama Tambun Tulang
Semasa kecil dulu, Mak Lijah seringkali dibawa oleh Wan (grandfather) menaiki mobilnya, sebuah Morris biru, ke suatu tempat yang bendangnya sayup mata memandang. Sungai mengalir dengan tenang, pokok kelapa di pinggir jalan, jalan masih lagi tanah merah dan tidak banyak kereta lagi pada masa itu (Wan antara sebilangan kecil orang yang memiliki kereta di Perlis ketika itu, selain dari kerabat diRaja dan kakitangan kerajaan).
Kami cucu-cucunya dibawa bersama untuk meninjau bendangnya yang diusahakan oleh anak-anak saudaranya dan waris-waris lain. Antara yang menjadi penduduk di situ adalah arwah Tok kepada Bang Mat. Tok kepada Bang Mat dan Tok Munai (isteri Wan), dua-beradik. Bang Mat yang dimaksudkan adalah Ahmad Tajudin, Tenaga Nasional.
Mak Lijah masih ingat lagi melihat bagaimana umpan menyauk udang dibuat. Rupa teksturnya adalah seperti nestum yang pekat. Apabila sauk diangkat, akan kelihatanlah udang-udang sungai berlompat-lompatan di dalamnya. Mak Lijahpun terlompat-lompat excited melihat udang-udang itu. Sekarang ni, udang-udang tu semua dah tak ada lagi. Yang ada mungkin, kalau disauk ialah kertas pembalut aiskrim, kotak rokok, botol plastik dsb.
Wan memiliki sebuah rumah di situ, buat tempat dia berehat bila berkunjung. Tiada elektrik dan paip air. Mandinya di sungai dan cahayanya dari pelita. Hitam hidung Mak Lijah terkena asap pelita itu.
Setiap kali ke situ, pasti ada habuan buah mempelam dari pokok-pokok yang Wan tanam di atas batas ban. Apa lagi kalau bukan mempelam Siam yang sungguh manis itu. Kalau kena musimnya, penuhlah pula dengan buah berduri itu.
Masa itu, tiada lagi bendera hijau-putih, pun biru-putih. Bendera apapun tak ada. Haron Din pun belum berdoktor lagi. Beliau bukan orang situ. Tapi beliau begitu dihormati di situ dan di tempat-tempat lain atas sifat peribadi dan pencapaian beliau. Mak Lijah amat menghormati dan mengagumi beliau. Sayang beliau tidak berpeluang mewakili suara penduduk di situ. Dan sayang juga bila bendera-bendera yang berkibar kemudian itu merenggangkan silaturrahim sesama kaum kerabat Wan.
Kini, tempat tu dah berubah. Tak banyakpun perubahannya. Pun begitu, Mak Lijah dah tak ingat di mana letaknya rumah hinggap arwah Wan. Kalau disuruh tunjuk sungai tempat Mak Lijah mandi dulu, entah kat manalah agaknya nak dituju. Namun, pemandangan bendang yang sayup mata memandang, masih kekal dalam ingatan dan dalam kenyataan... dan itulah keindahan asli sebuah tempat yang bernama Tambun Tulang.
Wednesday, March 24, 2004
Macam-macam pada 23 Mac 2004
Rusuhan di Kuala Trengganu dan Marang kerana ketidak-puasan hati pengundi mengenai keputusan pilihanraya - antara kandungan SMS yang paling sibuk diforwardkan.
Tapi SMS tu, tak pulak diforwardkan ke Mak Lijah. Kenapa?
Chek nak pi Jepun pulak?
Takkan sorangpun tak amik gambar kat mejelis semalam? Frustnya Mak Lijah...
Kecoh betul 2 row terakhir kat Dewan A, PCC.
Mana pergi pulak handbag Mak Lijah ni.... Masya Allah...
Atoque buat revision SPSS semasa penceramah sedang berkempen di depan.
Amboi.... si dot..dot..dot... tu semakin sihat kelihatannya.
Perbezaan setahun kursus DPA adalah bersamaan dengan 4 hari sahaja disahkan jawatan.
Pegawai Kerajaan = Pegawai untuk Kerajaan, ...baru sedar semalam.
Mana kuah bihun sup ni? Laaa... dah sejuk pulak...
Nak pindah rumah within Putrajaya sebab rumah sekarang ni, jauh. JAUH?
Cantiknya batik yang diimport oleh Pah dari Kelantan....
Mak Lijah dapat topi Mexico.
Friday, March 19, 2004
Excuse me....
Semasa Mak Lijah pergi ke IDFR baru-baru ini, Mak Lijah bertemu dengan seorang kenalan yang pernah bekerja di tempat yang sama dengan Mak Lijah beberapa tahun lalu. Mak Lijah bertemu dia semasa Mak Lijah sedang memerah otak untuk menulis esei mengenai Globalisation seperti yang dikehendaki oleh IDFR (masa tu dah dekat 2 jam).
Kenalan Mak Lijah tersebut sama umur dengan Mak Lijah tetapi dilantik ke perkhidmatannya setahun selepas Mak Lijah dilantik. Sepanjang Mak Lijah mengenali dia, Mak Lijah dapati dia seorang yang sangat peramah walaupun mempunyai karakter yang sedikit pelik.
Dalam perbualan kami, sambil menerangkan kenapa Mak Lijah berada di situ, secara berseloroh Mak Lijah berkata, "Boleh tak you tolong tuliskan esei ni untuk I?" Tiba-tiba air muka dia berubah menjadi serius dan menjawab, "Excuse me, I'm not a PP anymore, you know?" (PP = Penolong Pengarah/Setiausaha).
Mak Lijahpun memohon maaf. Kawan Mak Lijah yang seangkatan dengan Mak Lijah yang duduk di sebelah dan mendengar sepanjang perbualan kami turut memohon maaf. Maka perbualan kami menjadi singkat selepas itu dan dia pun beredar.
Tinggallah Mak Lijah dan kawan Mak Lijah di situ sambil berfikir, "What just happened?"
Thursday, March 18, 2004
Mana udang, maka ketam, jikalau direbus tidak merah
Mak Lijah petik peribahasa ini dari "Koleksi Terindah Peribahasa Melayu" oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (2003). Sekali imbas memang tak boleh nak tafsir maksudnya. Ianya tak seperti peribahasa lain yang jelas maksudnya, umpamanya "rusa ditembak, kijang yang kena".
Maksud, "Mana udang...." itu adalah : Memperdaya dengan menukar sifat, kelakuan dan rupa.
Dalam filem X-Men, ada satu watak tu memang sesuai dengan peribahasa ini. Tapi itu adalah dalam alam fantasi, untuk hiburan semata. Bagaimana pula di alam realiti? Ada tak elemen sebegini dalam kehidupan kita?
Masa tengah sibuk berkempen ni, ada tak udang dengan ketam ni?
Masa tengah sibuk buat penilaian prestasi, merah tak udang dengan ketam kalau direbus?
Masa tengah sibuk komen karya penulis, mana udang, maka ketam?
Jika sengaja hendak bercekak pinggang
Tinggallah rebana beralih ke gelanggang
Tidak tahu pipit tidak tahu enggang
Yang rapat kelak jadi renggang
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas.
Sama-samalah kita fikirkan.
Saturday, March 13, 2004
Wanita
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan siti hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, istri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.
Tak logis kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya: JANGAN COBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .
Suburkanlah karena dari situlah nanti merka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana mentri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahwa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki2 wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIRUSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIRUSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BISA MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
JANGAN MENGHARAP ISTRI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PRIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI
Dikutip dari milis Padang Mbulan dari sebuah e-mail yang dipostingkan oleh Enny Handayani (1/12/1999)
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA ANTARABANGSA 2004 KEPADA SEMUA WANITA DPA95-96@YAHOOGROUPS.COM
Friday, March 12, 2004
Frust
Frust betul Mak Lijah. Penat ajer taip lepas tu hang. Bukan senang nak datang ilham, bukan senang nak ada masa senggang.
Banyak betul perkara frust.
Frust bila keadaan trafik setiap pagi tidak improve sejak Mak Lijah berhijrah ke ibukota ini.
Frust bila nilai tol sentiasa meningkat, tetapi jalan sesak juga.
Frust bila yang accidentnyer di seberang jalan, tapi sesaknya sampai ke Templer Park.
Frust bila anak mengadu cikgu tak masuk kelas dah 3 hari.
Frust bila balik dari kerja, anak dah tidur.
Frust bila sampai Pahang, soalan pertama yang keluar, "Putihah mana?"
Frust bila penat buat report, bukan saja tak dibaca, tapi terus suruh ubah teks.
Macam-macam jenis frust. Tapi life has to go on. Di sebalik kefrustan, kita harus bersyukur dengan kos melepas yang ada. Kena fikir apa ada disebalik semua ini.
Kalau tak nak jumpa jalan sesak langsung, pi balik kerja kat Kangaqlah. Keluar rumah pukuk 8.05 pun sempat beli pulut udang lagi. Kalau tak sempat jumpa anak sebelum dia tidur, telefonlah rumah dan bersembang-sembang dengan dia. Kalau frust kena ubah teks, suruhlah dia buat sendiri.
Thursday, March 11, 2004
Kaya
Kecoh betul pasal kaya. Disebut sekali saja, macam disambar api menjadi sesuatu yang happening. Semuanya sebab buat tafsiran sendiri, tanpa buat kajian. Mana probabilitinya? Mana hipotesisnya? Aduh.... pening Mak Lijah dibuatnya. Apa-apapun, semua itu adalah exaggeration semata.
Jangan salah tafsir. Kaya ada banyak jenis kaya, dan yang paling kerap disebut:
Kaya ilmu
Kaya budi bahasa
Kaya raya (sumbangan Affan)
Kaya roti (juga sumbangan Affan)
Seri kaya (lebih popular disebut seri muka)
Aku Kaya (filem Senario)
Yang suka sangat dibicarakan ialah kaya harta. Kaya hartapun ada banyak jenis. Harta apa yang dimaksudkan? Bukupun harta. Almari, meja, tv, patung barbie, semua tu pun harta. Kalau ada benda-benda tu, dan lain-lain lagi, cukuplah untuk dikira kaya. Kaya di mata kita. Kaya pada standard kita. Kaya pada tafsiran kita. Kaya secara relatifnya.
Sudahlah tu. Mak Lijah ni, hanyalah
Orang biasa
Basikal tua...
Tuesday, March 09, 2004
Antara KITA dan KAMI
Ramai yang keliru antara KITA dan KAMI. Kekeliruan ini sudah merebak sehingga telah diterima sebagai betul. Salah penggunaan akan membawa salah penafsiran.
Kalau seorang wanita berkata kepada teman lelakinya, "Kita kena beli gincu baru." Bahaya tu. Adakah teman lelakinya juga memakai gincu?
Tetapi kalau seorang budak lelaki berkata kepada ustazahnya, "Kami akan menang dalam perlawanan kali ini." Itu betul.
Penggunaan KITA lebih digunakan kerana ia bernada lembut, tidak bersifat ke'aku'an sedangkan KAMI bernada individualistik kerana hanya bercakap mengenai mereka saja.
Semasa Mak Lijah berkarya di USM dulu, Mak Lijah ditegur kerana penggunaan "Kita" semasa melaporkan suatu wawancara. Beliau menegur kerana katanya, yang diwawancara itu bukan wakil rasmi institusi pendidikan itu. Namun, Mak Lijah tetap dengan pendirian Mak Lijah kerana laporan tersebut dibuat secara verbatim di mana Mak Lijah menggunakan pembuka kata "..." semasa menulis. Begitulah kekeliruan.
Begitulah juga dalam setiap sidang media yang disiarkan. Mereka akan sering berkata, "Kita sedang menyiasat kes tersebut." Adakah ini bermaksud wartawan dan penonton juga turut terlibat dalam siasatan itu? Begitulah kekeliruan.
Sekian, kelas bahasa untuk hari ini.
AKU, KAU BERBEZA
Monday, March 08, 2004
Perubahan
Sampai suatu ketika itu, tiba masanya untuk kita berubah. Kita perlukan perubahan untuk memajukan diri. Kalau katak kekal duduk di bawah domainnya seperti dalam peribahasa tu, maka dia akan mati seperti peribahasa tentang dia juga.
Kalau kita menjual pulut udang sepuluh sen sebiji dari sejak 30 tahun lalu, bila kita nak maju? Semua kos dah meningkat. Kelapa, walaupun ditanam di belakang rumah, tak boleh dimesin sendiri sebab tak ada mesin. Terpaksa pergi ke kedai, minta dimesinkan kelapa tu. Kena bayar upah. Harga minyak dah naik sejak 20 tahun lepas. Ini tak termasuk beras pulut yang kini makin sukar untuk diseludup dari Padang Besar. Harga cili? Aaahh... semerah-merahnya cili, merah lagi duit yang nak dihulurkan untuk beli cili. Kalau tanam sendiri, asyik dibuat tandas awam dek kucing sebelah. Kalau harganya macam tu dari dulu, penjual pulut udang itu kini ibarat mengadakan jamuan petang di gerainya saja. Buatlah suatu perubahan untuk kemajuan.
Kalau kita buat sesuatu kerja yang sama dan berulang-ulang sejak sedekad yang lalu, tak bosan ke? Kenapa tak berubah? Perubahan akan memberi kita nafas baru dalam bertugas. Perubahan akan memberi kita peluang untuk memperbaiki diri, dari lemah kepada mahir dalam sesuatu bidang, atau kalau dah mahir, mempelbagaikan kemahiran. Perubahan tu bagus. Perubahan akan memberi kita warna kehidupan, seperti tajuk lagu ini.
Tapi ada yang berpendapat bahawa dia tak boleh diubah kerana tak yakin dengan bakal pengganti yang tidak dikenali. Ataupun kerana dia terlalu bagus, kekalkan dia di situ dan kita "kerjakan" dia habis-habisan. Habis tu, mana kesudahannya?
Tapi apa pula akan berlaku kalau "Kasih Berubah"? Bahaya tu.....
Sunday, March 07, 2004
Ikhlas tapi jauh
Apa sebenarnya maksud tu? Bila ada saja elemen "tapi" dalam sesuatu frasa, ia diandaikan mempunyai maksud di sebalik pernyataan itu. Kalau dikatakan "Dia kacak tetapi tidak cukup tinggi." Maka, "tidak cukup tinggi" dikatakan sesuatu yang negatif. Jadi, kalau dia "Ikhlas tapi jauh"... apa yang tersirat?
Bagaimana kita nak tahu kalau seseorang itu ikhlas? Kalau di musim bendera biru/merah-putih, hijau-putih, biru muda-putih dsb. ni, banyakkah keikhlasan yang ditaburkan?
Sekiranya seorang guru memuji anak muridnya kerana mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, kita tahu dia ikhlas memujinya.
Jika ibu mertua memuji menantu perempuannya cantik, putih gebu, rajin mengemas, pandai memasak dsb., adakah terdapat "tetapi" yang tidak didengari lalu menjurus kepada persoalan keikhlasan pujian itu?
Mestikah pujian dari suami perlu ditapis sehalus-halusnya? Perlukah isteri sentiasa berasa syak wasangka akan pujian dari suaminya atau sekali-sekala sahaja? Adakah sang suami mengaku bahawa selama ini mereka tidak ikhlas dalam pujian mereka?
Friday, March 05, 2004
Standard
Bangga juga Mak Lijah semalam bila suami memuji kelazatan lauk kegemarannya yang dimasak Mak Lijah. Bangga sebab selama ni katanya, hanya ibunya saja yang pandai masak lauk tu. Dulu Mak Lijah juga diuji oleh adiknya bila Mak Lijah memasak ayam masak merah. Katanya sedap SEPERTI yang dimasak oleh si polan tu.
Mestikah kita menentukan sesuatu standard itu bersandarkan kepada hasil orang lain? Mesti! Mesti sebab kita tak tahu sesuatu itu bagus sehingga kita melihat sesuatu yang buruk. Mesti ada unsur perbandingan.
Pun begitu kita perlu berhati-hati. Standard di mata barat hanyalah untuk meletakkan gelas kaca di antara kita dan mereka. Kita perlu memecahkan kaca itu. Kita perlu buktikan kaca yang pecah itu boleh menikam mereka kembali. Kita perlu buktikan bahawa standard kita juga setanding. Bagaimana kita nak buktikan standard itu kalau kita mengikut resmi katak dalam peribahasa? Dalam peribahasa itu, jika dikaji, katak hanya dapat melihat dalam jarak 7-8 cm radius (bergantung kepada saiz) di sekelilingnya saja. Sedangkan di luar sana adalah sebuah lapangan yang keluasannya adalah infiniti.
Kesimpulannya, Mak Lijah bukannya pandai sangat memasak. Mak Lijah masak ikut standard Mak Lijah saja. Sekadar cukup kenyang sudahlah....
Thursday, March 04, 2004
Apa ada pada nama
Di tempat Mak Lijah dilahirkan terdapat beberapa nama yang sungguh unik. Kata mak Mak Lijah, ada sesetengah tu berkaitan dengan apa yang berlaku kepada individu itu ataupun dikaitkan dengan saudara/isteri/suami/bapa individu itu. Nama-nama itu adalah yang selain dari nama yang dipendekkan seperti Choh, Ya, Cha, Din, Sop, Dali, Yam, Zah, dsb. Pun begitu ada juga nama yang tak berkaitan langsung, tak ada korelasi, umpamanya Pak Ma'e Korea (dia tak pernahpun ke sana), Lan Cha-cha (pastinya dia tak pandai bercha-cha mahupun masak bubur tu), Mi Poro (nama sebenar Azmi) dsb.
Kawan-kawan Mak Lijahpun ramai yang mempunyai nama gelaran. Kadangkala nama gelaran ini begitu kukuh sehingga Mak Lijah tak ingat langsung nama sebenarnya. Pernah sekali Mak Lijah terpaksa meminta maaf kepada operator di suatu kementerian yang dihubungi kerana Mak Lijah terlupa nama sebenarnya. Mak Lijah dengan tersipu-sipunya terpaksa meminta bantuan kawan lain (yang Mak Lijah pasti nama penuh dia) di sebuah agensi lain untuk mendapatkan nama penuh kawan tersebut. Kuatnya pengaruh nama ini.
Nama-nama gelaran bagi kawan-kawan Mak Lijah dihadiahkan sesama kawan-kawan juga. Ada yang kerana identiti dia sendiri ataupun faktor lain. Ada sesiapa nak buat kajian?
Nama tempat-tempat di Malaysiapun banyak juga yang unik kerana ada yang bersifat katakerja dan katanama yang mempunyai makna dan bukan semata-mata nama khas, contohnya, Lubuk Paku, Hutan Melintang, Tanah Merah, Lumut, Utan Aji, Air Hitam, Jawi (di utara, masuk jawi bermakna berkhatan), Selekoh, Mambang di Awan, Pengkalan Kubur, Padang Serai, Pasir Puteh, Masjid Tanah, Lubuk Antu dan sebagainya. Meriahnya nama-nama tersebut.
Tuesday, March 02, 2004
Hujan dan Kawan
Hari ni tak hujan. Panas terik. Tapi pagi semalam hujan. Trafikpun hujan juga. Mak Lijahpun teringat masa modul OBS, masa solo camping. Hujan turun dari malam sampai ke pagi. Ada camp pun tak guna.
Mak Lijah juga tak boleh lupa hujan di rumah panjang di Sarawak. Ketika hujan gerimis di malam buta Mak Lijah berjalan balik sorang-sorang ke tempat penginapan kerana dah terlalu letih dengan aktiviti malam tu. Sedang nyenyak Mak Lijah tidur, tiba-tiba terdengar suara kuat kawan Mak Lijah berkata-kata sesuatu kepada seorang lagi kawan di bilik sebelah. Mak Lijah hairan kenapa dia bercakap terlalu kuat. Esoknya barulah Mak Lijah tahu sebabnya. Rupa-rupanya dia terlalu kenyang minum semalam tu.
Di tengah lautpun Mak Lijah terkena hujan dan ribut. Kayuh kuat manapun tak bergerak perahu tu. Mak Lijah tak sudah-sudah bengang kerana dibuat main-main jer nyawa orang. Mujurlah Mak Lijah dikelilingi oleh kawan-kawan yang memberi semangat. Sememangnya kawan-kawanlah yang menjadi pendorong yang kuat. Kawan-kawanlah yang menjadi tempat merujuk dan merajuk. Kawan-kawanlah tempat nak berkongsi rahsia, meluahkan perasaan marah, sedih, gembira dan segala emosi yang ada. Kawan-kawanlah yang selalu kita minta tolong dan menolong.
Kalau terasa nak minum teh tarik atau makan mee maggi goreng, biasanya kita akan ajak kawan-kawan. Kita tak ajak spouse kita, atau mak kita, atau ayah kita, kenapa yek?
Kawan-kawan Mak Lijah bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja kerana kualiti mereka tetapi kerana ada dari mereka berada di luar negara dan mereka sentiasa bersedia menanti, menyambut dan melayan kita yang asing di negara itu. Kawan-kawan Mak Lijah juga rajin menjamu kawan-kawan. Masa itu, agenda yang penting ialah berjumpa dan bergurau-senda sambil bertukar-tukar pendapat. Bukan sangat tentang menu, atau lokasi, cuma ia adalah bonus bagi perjumpaan itu.
Mak Lijah sungguh berbangga mempunyai kawan sedemikian dan Mak Lijah bersyukur dipertemukan dengan kawan-kawan seperti itu.
Bila lagi nak berjumpa ya?
Monday, March 01, 2004
Imej
Susah nak jaga imej. Lebih susah kalau individu tu dikenali ramai...dan tersangatlah susah kalau itulah yang difikirkan sepanjang masa. Apa itu imej? Bagi Mak Lijah, (dalam konteks imej diri, sebab imej juga merujuk kepada perkara lain) "imej" adalah penyesuaian status dengan penampilan dan tingkah-laku diri.
Ada banyak cara orang menjaga imej. Siti Nurhaliza terpaksa mengawal cara dia menguap dan sendawa kerana menjaga imej dia sebagai seorang personaliti yang dikenali. Bagaimana pula Normala Samsudin menjaga imej dia?''
Politikus pandai memainkan imej di mata penyokongnya. Tapi bila ke luar negara, masya-Allah... Mana pergi imej tadi? Pun begitu bukanlah semua politikus sedemikian, mungkin 89 peratus sahaja.
Bagaimana KSU-KSU atau KP-KP atau lain-lain jawatan setaraf menjaga imej? Mungkin dengan mengamalkan lebih banyak "tidak", iaitu tidak ke Cafe untuk minum pagi atau makan tengahari, tidak bercakap dengan M48 ke bawah, tidak memandu sendiri ke pejabat, tidak menarik sendiri kerusi untuk duduk, tidak bercakap banyak, dan pelbagai lagi tidak yang sesuai dengan jawatan beliau.
Ada juga yang menjaga imej dengan tidak menanya sesuatu soalan di khalayak. Takut soalan itu mengganggu imejnya. Jadi soalan itu akan ditanya kemudian apabila tidak ramai orang atau pada masa lain yang dirasakan sesuai. Itupun dikatakan jaga imej.....